Guna Semula Plastik Wrap & Kotak Parcel Untuk Return Barang Defect Shopee

Jun 09, 2021

Seminggu sebelum lockdown, husband Syu ada submit order dekat SHOPEE. Syu dapat tahu pun lepas received parcel Selasa minggu lepas. Actually, kasut safety yang husband Syu pakai pergi kerja dah tak berapa elok. So, dia belilah baru dekat SHOPEE. Seller dari Indonesia. Tapi yang terkilannya kasut yang sampai banyak gila defect. Dengan koyak lepas tu kulit kasut berkedut-kedut menggerekot macam kesan melecur. Memang tak syoklah kan. Dahlah, harga pun boleh tahan jugak. Dekat description tulis brand KICKERS. Tapi bila sampai tengok tak macam KICKERS pun πŸ˜….

Nak tak nak terpaksa jugak submit RETURN/REFUND dekat SHOPEE. Lepas dah deal dengan pihak SHOPEE & seller, at last diorang suruh return jugak barang dekat warehouse SHOPEE. Pada awalnya,SHOPPE nak refund separuh harga kasut tu. Tapi husband Syu refused. Barang ada defect takkan nak pakai jugak kan. Bahaya. Dahlah nak pakai untuk protection masa kat tempat kerja. Tapi kalau dah terima condition kasut macam ni, dekat mana yang safetynyer ye dak πŸ˜‚? Maka terpaksalah bungkus balik kasutnya. Kalau ikutkan nak bungkus jer macam bungkusan asal yang seller tu buat 😁. Tapi memandangkan kita ni jenis tak sampai hati, so kita balutlah dengan cermat & tertib. Kalau kita packing tak semenggah takut ada pulak isu yang lain pulak timbul. Lagipun sebelum pos, kena snap picture untuk hantar dekat customer services SHOPEE. Tak packing proper nanti, takut tak boleh dapat refund full.

Kita bagi seller hati bunga-bunga sikit bila bukak parcel ni nanti 😁.

Kebiasaannya, kalau Syu beli barang memang Syu akan simpan bubble wrap yang besar-besar macam ni, sebab pada Syu ianya berguna untuk balut apa-apa di kemudian hari. Daripada dibuang, lagi baik kita recycle semula. At least kalau terkena kes kena return barang macam ni, kita boleh guna & tak payah kita nak keluar duit berbeli wrapper. Lagipun barang ni kita nak return dekat seller. Segala kos pengeposan bukan diorang tanggung pun. Jadi, kalau korang ada wrapper yang elok-elok macam ni korang janganlah buang okay. Korang kumpul & simpan dekat satu bekas. Nak guna baru keluarkan. Sekurang-kurangya, tak adalah nampak semak berbundut-bundut plastik wrapper dalam rumah πŸ˜‚.

Siap!! Boleh lah keluar pergi hantar dekat JnT kejap lagi. 

Kepada sellers yang jenis suka packing caca merba, mintak tolonglah yer. Kami ni customer beli barang bukan FOC tau. Kalau boleh packing tu biarlah helok & molek sikit. At least, kalau packing molek-molek tak adalah kes barang barai bila sampai. Tak payah balut fancy-fancy. Cukup wrapper tu boleh balut & protect barang dekat dalam. Bila jadi kes macam ni kan dah rugi. Lepas tu satu kerja pulak buyer nak kena hantar pergi return barang.  

Comments

  1. Pernah jadi macam ni. Barang yang seller hantar, bungkus tak elok. Lepas buka, barang defect. Bila return, kita tak sampai hati nak bungkus ala kadar.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Memang tak sampai hati nak buat macam yang diorang buat.Tapi yang jenis suka packing caca merba ni bukan ada mentaliti macam kita.Diorang fikir nak untung jer.

      Padam
  2. Samalah, kita recycle jugak kalau bubble wrap tuuu. Sayang nak buang incase ada nak pakai ke kannn, tak payah susah susah pergi beli hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betol.Sayang nak buang.Bubble wrap ni pun kadang-kadang boleh tahan jugak mahal dia.Kalau orang meniaga beli banyak-banyak tak ngape sebab hari-hari guna.Kita yang guna sikit-sikit ni kalau beli banyak macam membazir pulak 😁.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!