Review : Luca [2021]

Jun 23, 2021


Genre : 

 Animation, Comedy, Adventure

Pelakon : 

Jacob Tremblay [Luca],  Jack Dylan [Alberto], Emma Berman [Giulia], Saverio Raimondo [Ercole], Jim Gaffigan[Lorenzo], Maya Rudolph [Daniela] 


Pengarah : 

Enrico Cadarosa


Rating :

๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ๐ŸŒŸ/5


✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽


Kali ni, Pixar Animation Studio came out dengan satu filem animasi yang bertajuk Luca. Dengan berlatarkan bandar Portorosso Italy, ia menjadikan jalan cerita filem animasi ni lebih bertambah menarik untuk ditonton. Kalau nak tahu, jalan cerita Luca ni sebenarnya seakan-akan cerita The Little Mermaid dalam filem Disney, tapi versi budak lelaki ๐Ÿ˜.


Dalam filem animasi ni, Luca seorang budak lelaki yang juga seekor raksasa laut bersama dengan kawan dia yang bernama Alberto berusaha mengeksplore dunia manusia di darat semata-mata untuk mendapatkan sebiji motor Vespa ๐Ÿ˜…. Pada awalnya, Luca memang tak berani. Tapi disebabkan terikut-ikut dengan ajakan Alberto, Luca menjadi lebih confident & indipendent. 


Ketika berada di bandar Portorosso , Luca & Alberto bertemu dengan Giulia. Sejak dari tu diorang bertiga mula berkawan rapat & nekad untuk berusaha bersama-sama memenangi pertandingan triathlon tahunan bandar tu. Namun, usaha diorang selalu terbantut dek seorang budak nakal bernama Ercole. Ercole ni juara bertahan pertandingan triathlon tu. Untuk mengekalkan statusnya sebagai juara bertahan, selagi boleh Ercole & konco-konco dia cuba berusaha menghalang Luca & kawan-kawan dia daripada memenangi pertandingan tu. 


Pada Syu, secara keseluruhannya filem animasi ni memang lawak!! Tambah-tambah dengan perangai Luca yang lurus bendul tu ๐Ÿ˜‚. For those yang ada anak kecik, Syu sarankan korang bagi anak-anak korang tengok. Memang tak dinafikan yang cerita ni cerita kartun, tapi ada banyak pengajaran yang boleh dipelajari dalam filem animasi Luca ni ๐Ÿ˜‰!! Syu bagi 5๐ŸŒŸ!!

What My Bawangians Say

  1. Okayyy boleh masuk waiting list! Asyik naik dekat netflix selalu hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena tengok Tiqah.Best ceritanyer๐Ÿ˜Š.

      Padam
  2. Waah... mcm best ni tengok2 time PKP...

    BalasPadam
  3. Best semut senyum.Memang layan.Tambah-tambah time lockdown ni banyak freetime๐Ÿ˜.

    BalasPadam
  4. wahh best ni :) boleh tgk nnt!

    BalasPadam