Cara Gantung Airplants Guna Tali Pancing

Jun 06, 2021

 


Hari ni pokok-pokok Syu dekat depan rumah habis terbalik dikerjakan dek kucing liar. Geram betul!! Apa dibuat bertenggek dekat pasu tu pun tak tahu. Nak marah kucing tu pun tak boleh. Nama pun binatang, bukan tahu apa pun. Kita marahlah macam mana sekalipun esok mesti jadi lagi. Nak tak nak redha jelah. Walaupun semuanya jatuh dalam longkang, tapi masih lagi dapat diselamatkan 😒. Nasib baiklah time tu tak hujan. Kalau tak memang tak jumpa dah pokok-pokok Syu tu πŸ˜…. Silap-silap boleh nangis tak berlagu dibuatnya. 

Pada awalnya Syu gantung dekat pasu sebab tak nak bagi nampak kosong. Tapi bila dah jadi macam ni, Syu rasa lebih baik Syu gantung semua jer pokok-pokok Syu ni dekat besi awning. Lagi selamat. Tak adalah Syu terkilan pokok jatuh masuk longkang lagi πŸ˜‚. Sedih tau kalau tengok pokok-pokok kita kena pedajai macam ni. Dah lah lama kita bela.

Masa ni pemberat & keychain ring tak jumpa. So, snap gambar barang ni jer dulu πŸ˜‚.

Untuk buat penggantung airplants ni, apa yang korang kena ada cuma pokok korang, tali pancing, pemberat, keychain ring & gunting. Mula-mula, tali pancing tu korang kena sukat ikut ketinggian airplants dulu, then lipat empat kali [Nak lipat lebih pon boleh]. Make sure kesemua tali yang dilipat tu sama panjang tau. Kalau pokok airplants korang besar, korang boleh gandakan jumlah lipatan tali pancing korang. Disebabkan pokok Syu ni kecik, Syu just gandakan empat kali jer lipatan tali. Once korang dah lipat, korang boleh potong lebihan tali, then ikat bahagian atas & bawah dia jadi macam ni. 

Kedua-dua hujung tali diikat macam ni.

Tali yang korang dah ikat tadi tu korang boleh lah guna untuk letak airplants korang macam ni. Part nak letak ni korang memerlukan kegigihan sikit yer 😁. Setiap tali pancing tu korang kena selak & bukak satu-satu. Bila dah bukak korang selitlah airplants korang dekat tengah-tengah bukaan tali tu. Make sure tali tu korang selit celah-celah daun pokok airplants supaya tak mudah jatuh. 

Bila dah siap terletak korang boleh lah letak pemberat dekat bahagian hujung bawah tali tu. Tapi kalau korang nak sambung letak pokok lain korang boleh guna keychain ring sebagai connector. Then last sekali baru korang letak pemberat. Untuk pemberat, kalau ada batu ladung yang kecik tu memang helok sangat. Kalau suami atau adik korang kaki pancing, benda alah tu mesti ada punya. Kalau diorang kata tak ada memang pembohong besar!!😜

Bahagian bawah tali kena letak pemberat supaya pokok tak terbang kena tiup angin


Untuk keychain ring tu, korang akan gunakan bila korang nak sambung letak pokok dekat bawah. Kira dalam satu gantungan tu akan ada banyak pokok airplants. Bila buat macam ni, korang dapat jimatkan space untuk korang mengantung pokok 😁. Ruang yang lain tu korang bolehlah guna untuk gantung pokok lain pulak. Orkid ke hoya ke kan. Tak adalah airplants jer sepanjang-panjang awning korang tu. Meluat jugak tengok kan. Macam tak ada varietis langsung πŸ˜‚. Bila campur-campur gantung pokok barulah nampak meriahkan πŸ˜‰.

Ring tu fungsi dia sebagai connector jer. Nak sambung baru letak.

Dah siap!! Atas tali tu korang gunalah dawai ke apa ke untuk gantung dekat awning korang πŸ˜‰.

What My Bawagian Says

  1. Wah, kreatif betul DIY nie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau akak ada airplants,cubalah gantung macam ni kak.Jimat sikit space nak gantung-gantung😁.

      Padam
  2. Terbaik! πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    BalasPadam
  3. Oh kreatif juga buat macam ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alah,biasa-biasa jer Cik TK.Bolehlah sekadar nak jimatkan ruang letak pokok 😁.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!