Posts with the label Tillandsia
Memaparkan catatan dengan label Tillandsia. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Tillandsia. Papar semua catatan

Januari 10, 2026

Air Plant Dah Keluar Bunga! 😍

Hari tu airplant ni just bertukar warna jer - Air Plant Tukar Warna Pink Tanda Nak Berbunga . Hari ni dia dah selamat keluarkan bunga! Yang tak pernah tengok bunga air plant, macam ni lah rupa dia. Panjang-panjang warna purple. Esok lusa bunganya dah layu, keluarlah anak pokok dia yang kecil-kecil tu. Lepas dah cerdik sikit, baru asingkan dari induk.

 

Air plant
Cantik tak saya? 😍

Ada sesetengah spesis, bunganya warna putih. Ada sesetengah tu pula bunganya macam sepit udang ada bulu-bulu. Entahlah. Tak kisahlah macam mana rupa bunga dia. Yang pasti, kita seronok tengok air plant kita ni berbunga. Tak sabar nak tengok pokok ni beranak-pinak pula 😁.

Air Plant Dah Keluar Bunga! 😍

Januari 10, 2026

Januari 08, 2026

Air Plant Tukar Warna Pink Tanda Nak Berbunga!

Air plant
Kemarin ada hijau-hijau sikit warna dia. 


Tillandsia streptophylla ni Syu beli sekali dengan Tillandsia vanhyningii masa kat Foodfest Batu Gajah tahun lepas. Sepokok RM10. Hari tu masa bela dekat rumah lama, tak nak dia ni berbunga beranak pinak. Sama macam pokok airplants Syu yang lain. Sampai ada yang dah kembali bertemu dengan pencipta pun ada 😂. Lepas jer pindah rumah, elok pula airplant yang ini bertukar warna & stanby nak berbunga. Suka agaknya cuaca kat sini - Hujan, redup & panas-panas manjah gittew! Cepatlah keluar bunga. Tak sabar nak tengok rupa dia macam mana!

 

Air Plant
Semalam masa balik kerja tengok dah pink macam ni. Lawa. Tak sabar nak tengok bunga dia keluar 😍

 

Air Plant Tukar Warna Pink Tanda Nak Berbunga!

Januari 08, 2026

Jun 06, 2021

Cara Gantung Airplants Guna Tali Pancing

Hari ni pokok-pokok Syu dekat depan rumah habis terbalik dikerjakan dek kucing liar. Geram betul!! Apa dibuat bertenggek dekat pasu tu pun tak tahu. Nak marah kucing tu pun tak boleh. Nama pun binatang, bukan tahu apa pun. Kita marahlah macam mana sekalipun esok mesti jadi lagi. Nak tak nak redha jelah. Walaupun semuanya jatuh dalam longkang, tapi masih lagi dapat diselamatkan 😢. Nasib baiklah time tu tak hujan. Kalau tak memang tak jumpa dah pokok-pokok Syu tu 😅. Silap-silap boleh nangis tak berlagu dibuatnya.



Pada awalnya Syu gantung dekat pasu sebab tak nak bagi nampak kosong. Tapi bila dah jadi macam ni, Syu rasa lebih baik Syu gantung semua jer pokok-pokok Syu ni dekat besi awning. Lagi selamat. Tak adalah Syu terkilan pokok jatuh masuk longkang lagi 😂. Sedih tau kalau tengok pokok-pokok kita kena pedajai macam ni. Dah lah lama kita bela.


Masa ni pemberat & keychain ring tak jumpa. So, snap gambar barang ni jer dulu 😂.


Untuk buat penggantung airplants ni, apa yang korang kena ada cuma pokok korang, tali pancing, pemberat, keychain ring & gunting. Mula-mula, tali pancing tu korang kena sukat ikut ketinggian airplants dulu, then lipat empat kali [Nak lipat lebih pon boleh]. Make sure kesemua tali yang dilipat tu sama panjang tau. Kalau pokok airplants korang besar, korang boleh gandakan jumlah lipatan tali pancing korang. Disebabkan pokok Syu ni kecik, Syu just gandakan empat kali jer lipatan tali. Once korang dah lipat, korang boleh potong lebihan tali, then ikat bahagian atas & bawah dia jadi macam ni. 


Kedua-dua hujung tali diikat macam ni.


Tali yang korang dah ikat tadi tu korang boleh lah guna untuk letak airplants korang macam ni. Part nak letak ni korang memerlukan kegigihan sikit yer 😁. Setiap tali pancing tu korang kena selak & bukak satu-satu. Bila dah bukak korang selitlah airplants korang dekat tengah-tengah bukaan tali tu. Make sure tali tu korang selit celah-celah daun pokok airplants supaya tak mudah jatuh. 



Bila dah siap terletak korang boleh lah letak pemberat dekat bahagian hujung bawah tali tu. Tapi kalau korang nak sambung letak pokok lain korang boleh guna keychain ring sebagai connector. Then last sekali baru korang letak pemberat. Untuk pemberat, kalau ada batu ladung yang kecik tu memang helok sangat. Kalau suami atau adik korang kaki pancing, benda alah tu mesti ada punya. Kalau diorang kata tak ada memang pembohong besar!!😜


Bahagian bawah tali kena letak pemberat supaya pokok tak terbang kena tiup angin


Bila dah letak pemberat, tali pancing akan jadi tegang & pokok udara korang akan elok terletak.





TIPS JIMAT LEBIH RUANG MENGGANTUNG


Keychain ring tu fungsi dia sebagai connector jer. Nak sambung baru letak.

Untuk keychain ring tu, korang akan gunakan bila korang nak sambung letak pokok dekat bawah. Kira dalam satu gantungan tu akan ada pokok airplants yang lain. Bila buat macam ni, korang dapat jimatkan space untuk korang mengantung pokok 😁. 



Ruang yang lain tu korang bolehlah guna untuk gantung pokok lain pula. Orkid ke hoya ke kan. Tak adalah airplants jer sepanjang-panjang awning korang. Meluat & serabut jugak tengok kan. Macam tak ada varieti langsung 😂. Bila  korang  campur-campur gantung pokok barulah nampak meriah 😉.


Dah siap!! Atas tali tu korang gunalah dawai ke apa ke untuk gantung dekat awning korang 😉.

Cara Gantung Airplants Guna Tali Pancing

Jun 06, 2021

April 16, 2021

Penyejuk Mata Di Penghulu Segala Hari


Ramadhan ini...

Bersaksikan Penghulu segala hari 

Dikau...wahai sang pencinta 

Maha pemurah menitipkan mutiara 

Mutiara pembasah dunia 

Menghilangkan ketandusan & kekeringan semesta


Bumi kau basahi 

Tanaman kau segari

Dan aku dikau beri kudrat untuk terus berdiri

Bernafas tanpa henti

Maka nikmat apa lagi yang mahu aku dustai


Cewah, sempat bermadah pujangga pepagi gini. Memandangkan hari ni hari Jumaat. So, mood tu ada helok & gumbira sikit. Maklumlah esoknya hudah weekend😁. Sebenarnyer takda apa sangat pon post entri Syu hari ni. Just post gambar Syu cuci mata jer sebelum nak pergi kerja. Lama tak kelebek anak-anak kayangan Syu ni. Selalu lepas balik kerja, siram-siram terus jenguk mini garden kat belakang rumah pulak. Memang takde masa untuk diorang-diorang ni. Weekend baru ada kesempatan. 



Pagi ni adalah lah lebihan masa sikit untuk kelebek diorang ni sementara nak tunggu hujan renyai reda. Actually, anak-anak kayangan Syu ni duduknyer di dalam garage. Tak kena sunlight sangat. Jadi, condition & pertumbuhan diorang masa tu macam terbantut sikit. Tapi, sejak letak diluar berpanas berhujan, takde dibelai & dimanja, helok pulak diorang ni beranak-pinak. Sungguh lah korang ni memang suka jadi anak-anak terbiar & terpinggir 😂!! 


Air plants
Barisan anak-anak kayangan Syu 😘. Alhamdulillah elok segar bugar.

Air plants | T. Ionantha Stricta
T.Ionantha stricta : Tak sedar dah beranak-pinak😍.

Air plants | T. Pseudobaileyi
T.Pseudobaileyi

Air plants | T.Caput medusae
T.Caput Medusae

Air plants | T.Streptophylla
T.Streptophylla

Air plants | T. Capitata domigensis
T.Capitata domigensis

Air plants | T.Vanhyningii
T.Vanhyningii

Air plants | T. Xerographica
T. Xerographica : Ini antara collection Syu yang paling mahal 😂.

Air plants | T.Funckiana
T.Funckiana : Budak ni kalau keluar bunga memang cantik yakmat!!

Okey done tengok & siram budak-budak ni. Esok-esok tengok lagi. Itupun kalau teringat. Kih3. Lagipun pokok udara ni bukan boleh siram selalu pun. Seminggu sekali dah cukup. Senang bela, sebab tak banyak kerenah. So, moh ler kite kerojer!! Tak kerojer ape ha nyer😆. Selamat bekerja semua!!

Penyejuk Mata Di Penghulu Segala Hari

April 16, 2021

Februari 20, 2021

Bertambah Lagi Rakyat Kayangan Beta!!

Air plants


Time-time weekend macam ni apa lagi rutin Syu kalau bukan melayan air plants. Asal celik mata jer airplant, nak tutup mata pon airplants lagi😂. Tapi takpe, layan airplants ni sekejap jer. Tak lama mana pon. Rendam, shake pastu gantung. Senang!! Dalam sambil-sambil Syu dok sibuk-sibuk merendam airplant dalam baldi, brother J&T pon sampai hantar parcel. So, ini lah dia barang yang dalam parcel tu kalau korang nak tau.



Maka dengan ini, bertambah lah lagi rakyat kayangan Syu kat depan rumah nun & pada masa yang sama berterbangan jugak lah duit-duit Syu kat RAZINA AIRPLANT 😅. Lepas ni kena cari & buat rumah diorang pula. Jangan main-main, korang ingat bila rakyat bertambah, rumah tak bertambah??Ha3!! 😂


T. Streptophylla
T. Streptophylla : Syu memang dah lama nak tambah spesis airplant ni dalam koleksi Syu. Akhirnya dapat jugak tambah 😊💕.

T. Streptophylla
Tengoklah dia punya curl tu. Menggoda betul!! 😍

T.Ionantha Silver
T.Ionantha Silver : Actually spesis ni Syu dah ada dah. Just beli sikit lagi buat tamba-tambah.

T. Pseudobaileyi
T. Pseudobaileyi : Kembar si Caput Medusae.

T. Pseudobaileyi
Tengok dia punya stripe tu, tersangatlah tempting.

Pada korang-korang yang berniat nak menambah koleksi airplants korang, Syu sarankan korang beli dengan trusted seller yang pernah Syu mentioned dalam post ni - POKOK KAYANGAN,PALING SENANG NAK JAGA!! atau korang boleh klik pada link dibawah untuk terus membeli di Shopee. Baca juga TIPS PENJAGAAN yang Syu dah kongsi pada entri Syu sebelum ni supaya korang tahu macam mana nak jaga pokok-pokok udara ni 😊💕.

Bertambah Lagi Rakyat Kayangan Beta!!

Februari 20, 2021

Disember 01, 2020

Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!

Okay, last time syu ada cerita sikit pasal pokok ni kan? Pokok ni namanya POKOK UDARA atau nama saintifiknya dikenali sebagai Tillandsia spp.  Kalau nak tahu, pokok ni tergolong dalam famili Bromeliad. Setakat ni ada 450 spesis yang dah diperakui & jumlah spesis ni pulak belum termasuk yang hybrid tau. Kalau termasuk yang hybrid tak tau lah ade berapa spesis semuanya.



Syu gelar pokok ni pokok kayangan bukannya apa, sebab nak membela dia tu just gantungkan aje. Lepas tu dia punya harga tu boleh katakan harga kayangan lah jugak. Tambah-tambah kalau jenis hybrid & rare species. Kadang boleh cecah ribu-ribu jugak seketul kecil macam ni 😅. Macam Syu, Syu tak mampulah. Koleksi yang sedia ada ni pun koyak poket nak berbeli 💸🤑.


T.bulbosa


Pokok ni seriously senang nak dapat!! Kat shopee melambak ada. Ada bermacam-macam spesis korang boleh beli. Tapi, kena cari yang trusted seller tau. Setakat ni seller yang Syu selalu beli kat shopee Razina Airplants, AugustFame Nursery, Ecoway Enterprise & Georgeloh75. Tapi majoritinya beli kat Razina Airplants lah sebab banyak pilihan & harga pon harga mampu milik!!



Kalau korang nak tau, Syu start berjinak-jinak bela pokok ni since 2016. Syu beli masa time pergi ekspo pertanian kat Bt. Gajah. Masa tu Syu just dapat grab dalam 5 spesis jer sebab harga dia memang boleh kata mahal jugak la untuk sepokok. Tapi majoriti yang Syu bela semua mati😔. Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih rajin!!


T.ionantha druid

Pokok ni standard jer pokok kayangan, tapi ownernya tak kayangan sangat pon tak ngapa 😆!! Sebab pokok ni pon memang senang nak dapat dah sekarang ni. Harga pun busuk-busuk boleh lagi dapat dalam bawah RM10. pada yang baru starting nak berjinak-jinak dengan pokok ni korang boleh lah beli yang murah-murah dulu. At least kalau mati, korang takda lah rasa ralat sangat. 



Antara tips penjagaan yang korang mesti tahu : 

💕 Rendam air seminggu sekali (cuaca panas 2 hari sekali - waktu pagi sahaja)
💕 Baja (cecair) : 3 bulan sekali (kalau guna air hujan tak payah baja pon tak apa!!)
💕 Medium tanaman : Tali pancing, dawai & kayu mati
💕 Pesticide & insecticide : Bila perlu
💕 Indirect sunlight : Make sure bukan tempat yang redup yer


T.ionantha stricta


😂So, kesilapan terbesar Syu mase bela pokok-pokok ni dulu adalah sebab TERLEBIH RAJIN. Hari-hari asyik nak siram jer sampai kena serangan kulat kawan tu dibuatnya. Kepada korang-korang yang tak berapa nak rajin tu, ape lagi?? Inilah pokok kayangan yang paling sesuai untuk korang bela. Pokok yang sememangnya tak banyak kerenah. Tak payah tanah & baja segala. Siram pun seminggu sekali jer. Lepas siram lepapkan ajer dekat luar rumah. Tapi, maka sure tak dedahkan pokok-pokok udara ni dengan direct sunlight okey!! Takut pokok-pokok tu mati nanti 😉💕.

Pokok kayangan, paling senang nak jaga!!

Disember 01, 2020

November 04, 2020

Pokok Udara (Tillandsia spp.)

Pokok udara
Sumber Foto : Google


Sejak 2016, Syu memang suka sangat dengan pokok udara ni. Kalau korang nak tahu nama scientific pokok udara ni adalah Tillandsia spp. Pokok ni ade bermacam-macam jenis & rupa bentuk yang sememangnya sangat unik. Malah, harga dia boleh tahan kayangan juga. Tambah-tambah kalau spesis hybrid & rare.



Sebenarnya pokok udara ni dah ramai dah orang bela. Kalau korang nak tau, pokok janggut hantu atau juga dikenali sebagai Spanish Mosses (T. usneoides) tu pun antara salah satu spesis pokok udara juga. CARA PENJAGAAN pokok ni nak kata susah pun tak. Nak kata senang pon tak juga. Kalau kena cara penjagaannya, insyaallah...memang meriah dia beranak pinak 😂. Silap-silap korang boleh buat jual. Nanti ada kelapangan Syu explain lagi pasal pokok udara ni di entri seterusnya okay!! 

Pokok Udara (Tillandsia spp.)

November 04, 2020