Cantik Manis Berscrunchy Bersama Jshimz Co.

Jun 29, 2021



Sebelum melabuhkan tirai, tak salah kalau Syu ambik kesempatan ni untuk promote sikit bisnes kecil-kecilan sahabat Syu. Mana tau ada dikalangan rakan-rakan blogger Syu yang berminat nak beli. Siapa tahu kan 😁? Kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya yer dak? Okey, malam ni Syu nak promote scrunchies comel ni dekat korang. Kalau nak tahu scrunchies ni memang fully handmade oleh sis Jes. Sebelum tu, pada yang tak tahu, Scrunchies ni sebenarnya adalah sejenis getah rambut jugak. Cuma ia direka khas dengan menggunakan fabrik untuk menjadikan getah rambut tu lebih cantik & presentable untuk diletakkan di atas kepala. At least bila pakai, korang bolehlah nampak elegant sikit. Siapa-siapa yang ada anak perempuan tu memang sesuai sangat kalau bagi diorang pakai scrunchies ni. Tambah pulak scrunchies ni memang senang nak basuh.


Actually ada banyak pilihan warna yang korang pilih. Yang pasti, semua scrunchies yang sis Jes kita buat memang warna dia cantik-cantik & comel.  Selain dari menjual scrunchies, sis Jes pun ada jual produk handmade lain jugak. Contoh macam table runner, blanket, pouch & pelbagai aksesori wanita seperti subang. Harga barang yang sis Jes jual pun sememangnya harga mampu milik. Sekiranya korang berminat, korang boleh buat pembelian terus melalui SHOPEE sis Jez sendiri. Lagi senang πŸ˜‰. Di SHOPEE setiap pembelian RM30 ke atas di kedai sis Jes, korang akan dapat diskaun sebanyak RM2. By the way, Syu dah update dah senarai peserta untuk pencarian bloglist Syu [KLIK SINI], cuma Syu belum sempat buat blog walking lagi πŸ˜‚. Bagi Syu masa okey. Nanti ada kelapangan, Syu akan tinggalkan jejak dekat ruangan komen korang. 

 

World of Scrunchie ##scrunchies ##jshimz ##homebasedbusiness ##smallbusiness ##lovesewing


GOOD NIGHT & SLEEP TIGHT πŸ˜˜πŸ’•!!

What My Bawagian Says

  1. Cantikkkk! Orang cakap pakai scrunchy ni elak rambut gugur, tak tahu betul salah hehehe

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kawan akak yang jual Tiqah.
      Owh, yang itu akak tak pastiπŸ˜….

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!