Cara Langgan Disney+Hotstar

Jun 07, 2021

Alhamdulillah, akhirnya semalam Syu berjaya jugak langgan Disney+Hotstar. Tak sangka terjebak. Thanks abang Jularipin πŸ˜‚. Selalu sangat dok iklan dekat TV tanpa henti-henti. Actually nak langgan Disney+Hotstar ni takdalah susah mana pun. Janji ada duit jer. Semua jalan 😁. Tapi kalau langgan pun, yuran bulanan dia takdalah mahal manapun. Cuma bila dia letak harga RM54.90 untuk 3 bulan tu yang menampakkan dia macam mahal sikit. Kalau ikutkan harga langganan bulanannya lebih kurang jer sebenarnya dengan video-video streamer yang lain. 


Pada Syu, langgan Disney+Hotstar ni memang berbaloi sangat.  Sebab korang boleh guna satu akaun guntuk dua peranti yang berbeza pada masa yang sama. Tak kisah apa jenis peranti korang sekalipun. Yang pasti line internet korang kena laju. Tapi kalau line macam siput sedut memang ke laut lah jawabnyer nak tengok movie πŸ˜‚. Bukan tu jer, ada banyak movie-movie pecah panggung korang boleh tengok dekat video streamer ni. Rata-rata banyak movie yang dikeluarkan hasil terbitan Disney, Pixar & Marvel. Memang best-best semuanya.



Before korang nak gigih submit payment, make sure korang download & signup dulu applikasi ni terlebih dahulu okay. Aplikasi ni korang boleh download samada dekat GoogleApps Store atau AppleApp Store. Nak signup senang jer. Apa yang korang perlu hanya key-in nombor telefon bimbit. Once, korang dah submit nombor telefon korang tu, korang akan terima nombor pin melalui SMS . Korang key-in jer dekat ruangan yang dia suruh then tekan proceed. Dah selesai korang akan return baleh dekat main page Disney+Hotstar.

Tiga method pembayaran disediakan. Terpulang pada korang nak pilih yang mana.

Untuk pembayaran, korang boleh pilih tiga cara, samada dengan menggunakan kredit kad, debit kad mahupun online banking. Terpulang pada korang nak pilih cara pembayaran yang macam mana. Yang pasti lepas bayar baru korang boleh tengok movie 😝. Macam Syu, Syu pilih untuk bayar guna debit kad. Actually boleh jer guna online banking. Tapi saja nak try bayar guna debit kad. Selalu asyik buat payment guna online banking jer, kali ni guna method lain pulak. Oncee korang dah submit payment, korang boleh start tengok movie macam biasa. Senangkan? Setakat ni Syu baru sempat layan  tiga movies. So far so good lah setakat ni. Next time, Syu update lagi pasal Disney+Hotstar ni okay πŸ˜‰.

Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!