Drama Semanis Senyumanmu - Episod 7

Jun 21, 2021

Semanis Senyumanmu

Hari ni Azim & Azra sama-sama luangkan masa improvise resepi roti untuk event catering nanti. Memang enjoy sangat diorang time tu. Sambil-sambil masak, Azim sempat tanya Azra pasal hubungan dia dengan Joe. Azra pun cakaplah dekat Azim yang hubungan dia dengan Joe dah tak ada apa-apa. Bila Azim dah tanya soalan macam tu, Azra tak semena-mena jadi macam tak tentu arah. So, secara tak sengaja Azra terpecahkan mangkuk yang dia pengang. Azra cuba nak bersihkan kaca yang berterabur tu, malangnya kaca tu terkena dekat tangan dia, So, tangan Azra pun terluka. 

Masa, Azim cuba nak tolong cuci luka Azra, tiba-tiba Joe datang. Memang kacau daun betul lah masa ni. Tapi tulah, Azra pun macam masih suka lagi jer dengan Joe. Azim pun jadi macam patah hatilah bila tengok Azra macam dah berbaik semula dengan Joe. So lepas dari kejadian tu, Azim sekali lagi hilang dari radar. Even rumah kakak dia pun Azim tak ada datang. Sampaikan Nisa & Azreen datang bercari Azim dekat bakeri. Nisa cuba tanya Azra pak su dia dekat mana, sebab Azim cakap dia sibuk belajar memasak dengan Azra. Azra pun pun macam peliklah. Sebab Azim pun dah lama tak datang Imazra Bakeri. Nisa pun jadi tertanya-tanya, sebab pak su dia memang tak pernah buat perangai macam tu.

Semanis Senyumanmu Episod 7

Lepas 3 hari menghilang, Azim datang ke Imazra Bakeri. Azim datang pun sebab nak bincang sikit pasal hal event catering Izat. Masa Azim sampai dekat bakeri, Iman yang in charge jaga kaunter. Azra tak ada dekat depan , sebab dia ada dekat dapur. Tapi tulah tak sangka pulak masa tu Azim datang tak kena time. Ngam-ngam Azra keluar dari dapur, Joe pun keluar sekali. Muka Azim memang automatik berubahlah bila nampak Azra masih lagi dengan Joe. Nampak gayanya memang Azra dah betul-betul return balik dengan Joe. Azim malas nak tunggu lama, so dia pun terus balek. Frust agaknyer. 

Semanis Senyumanmu Episod 7

Masa tea time petang tu, Iman nasihatkan Azra supaya tak menafikan perasaan dia dekat Azim. Sebab Iman perasan yang Azim macam ada menaruh hati & perasaan dekat Azra jugak. Kalau tak, nak buat apa Azim terus balek macam tu jer bila nampak Azra dengan Joe. Tapi malangnya, Azra cakap yang dia dah ada Joe. Lagipun Azim cuma anggap Azra sebagai kawan jer & tak lebih dari tu. Lusanya masa dekat event catering Izat, Azra dengan Azim masing-masing bersikap dingin & langsung tak bercakap sepatah apa pun sampailah event tu habis.  Bersambung... 

Comments