Kulit Kuih Legend Buat Cicah Kuah SardinπŸ˜‹

Jun 17, 2021

Actually, Syu tak berapa suka sangat makan kuih ketayap ni πŸ˜‚. Tak tahulah kenapa. Kiranya kan kalau Syu teringin nak makan kuih, kuih ni memang bukan dalam carta favourite kuih untuk Syu buat tea-time. Melainkan kalau betul-betul teringin nak makan baru, Syu buat. Tapi hari ni special case sikit. Disebabkan atas permintaan husband, so Syu buatkan jer lah. Husband Syu kata nak bawak bekal kuih ketayap pergi kerja. Kita yang tengah WFH ni pun layankan jer lah. Lagipun nak buat kuih ketayap ni pun bukan susah mana. Bahan-bahan nak buat pun memang dah sedia ada dekat dapur. Campak-campak siap!!Ha3πŸ˜†

Kulit ketayap ada lebih dalam 4 keping. Sebab lapar punya pasal, tercetuslah idea nak cicah kuah sardin πŸ˜‚. Kalau pasal makan, idea tu memang akan sentiasa ada!!😁

Layan jugak buat ketayap ni sebenarnya. Tambah-tambah kalau dapat pan yang jenis tak melekat. Sebut pasal ketayap ni, teringat masa Syu menganggur dedulu.Kuih ni lah yang Syu selalu buat jual time meniaga. Pagi-pagi celik mata dah buat kuih. Merasa jugaklah pengalaman jadi tukang buat kuih kejap. Time tu lah baru Syu faham keringat orang buat kuih ni macam mana 😒. Awal-awal pagi dah bangun nak siapkan order. Tu belum lagi yang buat macam-macam jenis kuih. Nak buat kemain lah renyah. Bila jual tu untung dia alahai...sikit jer. Tu pasal kalau Syu beli kuih, Syu tak kisah harga diorang jual berapa. Sebab Syu tahu, nak buat dia bukannya mudah. Tambah pulak dengan untung yang tak seberapa. Tu belum tolak komisen tukang jual lagi. Silap-silap, 4 biji RM2 tu dapat untung RM1.50 jer.

Sedap jugak perkena kulit ketayap dengan kuah sardin πŸ˜‹. Macam lempeng, tapi version lembut sikit.

Nak dijadikan cerita, tepung nak buat kulit ketayapnya ada lebih. Nak buang sayang. So, Syu habiskan jelah masak tepung ketayap tu. Ngam-ngam masa nak bubuh semua kuih dalam tudung saji, Syu terpandang balance kuah sardin yang Syu masak tengahari tadi. Tangan pun apa lagi, laju lah taruk atas kulit ketayap πŸ˜†. Empat keping kulit ketayap habis macam tu jer. Sedap!!Itulah dia...Kalau bab-bab makan ni kan, otak memang tak kan pernah ketandusan idea. Nasib aiskrim tak ada dekat rumah. Silap-silap makan dengan aiskrim pun boleh jadi!! πŸ˜†

What My Bawagian Says

  1. Best kuih ni. Lagi-lagi isi kelapa gula melaka. πŸ˜‹

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yang akak dah gulung tu memang isi kelapa BK.Cuma yang tak gulung tu jer akak buat makan dengan lauk sardin 😁.

      Padam
  2. Sangat sangat kreatif .ketayap inti sardin . Nak cuba la !

    BalasPadam
  3. canteknya kejadian ketayap dia...:)

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!