Februari 15, 2026
Resepi Sambal Hitam Pahang Simple Mudah & Sedap

Buat sambal hitam ni renyah tau sebenarnya. Banyak proses & makan masa berjam-jam nak masak. Belimbing buluh tu nak kena direbus sampai kecut dengan garam kasar sampai hitam legam. Bahan-bahan menumisnya tu pula nak kena pandai adjust. Kalau terlebih letak belimbing buluh, sambal hitamnya tu nanti jadi terlampau masam & tak sedap.
Kalau korang ada buah belimbing buluh & teringin sangat nak makan sambal hitam. Boleh try cara Syu ni. Senang. Cepat! Sedap & confirm makan bertambah-tambah nasi punya 🫣. Ni dah nak masuk bulan Ramadhan kan, memang elok sangat standby sambal hitam ni buat makan dengan nasi time sahur or berbuka puasa.
![]() |
| 😍 Bergayut-gayut buah belimbing buluhnya. Geram tengok! Rasa nak petik bagi perabis. |
![]() |
| Kalau korang ada kuali legend dulu-dulu yang jenis tebal & tak melekat tu korang pakailah yang itu. Periuk tak hitam legam. Belimbing pun tak melekat. |
![]() |
| Nak sambal hitam sedap kena lebihkan bawang & ikan bilis. Baru mantop rasa dia! |
Bahan-bahan nak buat sambal hitam ni tak banyak pun sebenarnya. Just pakai cili padi, bawang merah, ikan bilis, belimbing buluh yang dah dimasak sampai hitam, gula & sedikit perasa - garam tak payah letak dah sebab dalam belimbing buluh tadi kita dah letak garam siap-siap. Nak sambal hitam sedap, jangan kedekut bahan. Masa menumis, lebihkan bawang merah & juga ikan bilis. Baru puas hati dapat makan sambal hitam sedap.
![]() |
| Kena masak sambalnya sampai kering & pecah minyak macam ni. Barulah sambal hitamnya tahan lama & lambat berkulat. |
Januari 16, 2026
Roti Jala Hijau Oren

Dah lama betul Syu tak buat roti jala. Nak buat cadangnya, tapi bekas menjalanya pula entah ke mana. Bila dah pindah-pindah rumah ni almaklumlah. Pekakas masak-memasak semua pakai sumbat-sumbat jer kat mana-mana kotak. Udahlah label pun tidak. Jenuh nak mengorek. Maleyh ler kita!
![]() |
| Cicah dengan kuah durian. Urmmmm..dapnyer! 😋 |
![]() |
| Nak buat warna kuning. Tapi, jadi warna oren sebab tersalah beli warna 😅. Bila dikawankan dengan warna hijau macam cantiklah pula roti jalanya. |
Semalam kita langkah kanan. Rezeki! Alhamdulillah. Ada orang tu rajin menjala petang-petang - Dia cuti tak pelah. Kita ni kerja. Bila masa nak menjalanya. Time weekend baru ada masa 😂. Katanya dah lama tak buat roti jala. Saja nak test dia punya skills. Terer lagi ke tidak buat roti jala. Roti jalanya warna hijau oren pula tu. Saja dibuat lebih.
Lepas tu, dibaginya kat kita dalam sebekas, sekali dengan kuah durian buat ghaso-ghaso - Sekarang tak tahu musim durian kat celah mana. Tapi, kat Perak ni Syu tengok berleluasa orang jual durian longgok. Murah-murah pulak tu jualnya. Apa-apa pun terima kasih daun keladi Sarah Deris! Sedap & lembut roti jalanya. Dapat pula cicah dengan kuah durian. Memang layan! 😋
Disember 24, 2025
Burn Cheesecake Special Untuk...
![]() |
| Cantik & sedap. Makan banyak pun tak muak 😋. |
![]() |
| Happy brithday Choy! 😘 |
First time makan burn cheesecake sedap & tak muak. Selalu kalau beli mesti dapat yang rasa cheese-nya terlalu heavy & masam. Yang ini sumpah sedap! Dah makan satu slice rasa nak repeat lagi. Disebabkan kek ni si Wana yang beli untuk celebrate birthday si Choy, idak ler kita nak sapu licin sampai habis. Kita makan sekadar buat ghaso-ghaso jer.
Apa-apa pun kita dah minta contact number seller siap-siap kat Wana supaya next round kita boleh repeat order untuk kita punya next occassion. Cadang nak beli untuk celebrate birthday mak nanti. Untuk saiz 6 inci ini seller jual RM45. Macam mana? Korang rasa okay tak harga macam tu?
Disember 19, 2025
Love Gila Buah Peach!

Hari tu masa pergi Imigrisen Putrajaya dengan si Choy, Syu ada beli buah potong kat IOI Mall sana. Diorang jual murah-murah. Sebekas RM6 jer. Dalam tu ada macam-macam jenis buah diorang letak. Ada Buah tin, strawberi, ceri, pink guava, mangga & buah peach! Buah peach tu memang Syu love sangat! First time makan yang fresh punya. Selalu dapat makan yang kering & dah infused dalam teh jer 😗.
Susah betul nak jumpa buah Peach ni kat area Ipoh ya. Jenuh bercari kat pasaraya. Ronda cari dekat AEON Station 18 & AEON Kinta City hari tu pun tak ada. Baru ini Syu jumpa. Itupun tak banyak stoknya. Betul-betul ada dua jenis jer. Yang bulat montel ni dengan yang bentuk macam donut tu - Ramai yang minat agaknya. Itu yang sampai tak ada stok tu. Tambah-tambah buat import. Stok dah tentu-tentu terhad.
![]() |
| Yang Syu makan hari tu peach donut. Kali ni kita rasa yang jenis ni pulak 🍑😋. |
Cadang nak beli donut peach. Tengok harga dia, mak aiiihhhh...mahal gila! Harga sekotak nak dekat RM40. Udah ler awak belum gaji lagi ni. Ha3. Beli jugak sebab nak sebab dah teringin sangat nak makan - Ini kalau beli beras, lepaslah beli dalam dua kampit yang berat 10Kg tu 😂 .
Dari segi rasa, pada Syu donut peach lagi win lah! Ngamlah dengan harga kan? Buah peach yang Syu beli ni pun sedap juga sebenarnya. Ada manis-manis. Masam-masam. Cuma peachy flavour-nya tu tak kuat sangat macam yang bentuk donut tu. Macam kurang kick sikit. It's okay! Kita tunggu gaji tahun depan! Time tu kita beli. Tak apalah mahal sikit pun 😁 - Arwah abah pernah pesan. Kalau nak makan beli jer!
BACA JUGA
September 04, 2025
Gulai Lemak Nangka Ulam Pucuk Putat

Pokok nangka yang arwah abah tanan kat kebun tumbang hari tu kena ribut. Pokoknya memang tak dapat nak diselamatkan dah pasal akarnya dah kena makan dek anai-anai. Buah nangka pulak banyak kat pokok. Semua muda-muda lagi. So, nak tak nak mak pun clear-kan lah sikit-sikit buah nangka mudanya. Siang bersih-bersih. Rebus bagi lembut. Lepas tu simpan dalam frozen. Nak masak keluarkan.
![]() |
| Akar pokoknya dah tak kuat pasal dah kena makan dengan anai-anai 😟. |
Syu tak tahu menu apa lagi yang boleh dimasak dengan nangka muda ni. Yang pasti Syu satu famili suka buat masak gulai lemak nangka, kerabu & pecal 😋. Tapi bab nak perisi nangka tu yang maleyh tu. Banyak getah! - Mak cakap kena siang guna air mengalir. Baru getahnya tak melekat kat tangan. By the way, jemput makan korang!
![]() |
| First time makan pucuk putat. Sedap juga makan dengan sambal belacan. Makan dengan sambal kelapa pun sedap juga ni. |
![]() |
| Ni kalau tak makan dengan nasi. Ratah macam tu jer pun jadi. |
September 02, 2025
Kuih Tepung Torak

Kuih ni namanya Kuih Tepung Torak! Seumur hidup Syu, baru ini pertama kali Syu makan. Itupun Syu "accidentally terbeli" dekat satu gerai kuih ni masa on the way balik dari Sabak Bernam. Masa tu kuihnya tinggal lagi 5 ketul jer. Since pak cik gerai kuih tu dah racun kita kata kuih tu sedap - Sumpah! Memang sedap pun kuihnya korang 😩. So, kita clearkan Kuih Tepung Torak pak cik tu bagi habis.
![]() |
| Sedap Kuih Tepung Torak ni. Wangi! Cukup lemak, cukup lembut & kuihnya pun tak terlalu manis. |
Selain Kuih Tepung Torak, Kuih Cara Berlauk pak cik ni pun boleh tahan sedap juga 😋! Dia punya sedap tu sampai kitaorang repeat beli lagi 3 bungkus bawa balik kampung. Selalu kuih cara berlauk orang letak inti daging kan?! Yang ini tak. Dia guna inti sardin. Memang sedap sangat. Nasib baiklah sempat rasa masa kat dalam kereta. Kalau dah sampai kampung baru makan, confirm rasa ralat sebab tak beli lebih 😂.
By the way, berbalik pada Kuih Tepung Torak tadi. Syu ada lah search sikit pasal kuih ni. Rupa-rupanya, Kuih Tepung Torak ni antara kuih tradisi orang Banjar & boleh dikatakan kuih legend juga - No wonder lah rupa bentuk kuih ni ada iras-iras macam Burasak. Area belah-belah Teluk Intan & Sabak Bernam memang banyak orang Banjar, that's why kuih ni ada orang buat jual. Korang pernah makan Kuih Tepung Torak ni??
Julai 14, 2025
Misi Menyambal Belimbing Buluh 🤤

Dulu memang tak pernah teringin nak makan sambal hitam ni. Pertama kali makan sambal ni masa tiga tahun lepas. Itupun accidentally terselit order dengan si mama Fairil. Ingatkan tak sedap sambal hitam ni. Rupa-rupanya sedap juga- Kenapa?? Kenapa baru hari ni aku tahu yang sambal hitam ni sedap nak mampus! 😂
![]() |
| Dulu hidup segan mati tak mahu tu belimbing buluhnya. Sekarang banyak juga dia berbuah. |
Semalam masa kat kampung, kita kasi clear-kan semua belimbing buluh yang ada berbuah dekat pokok. Yang montel-montel kita ambil buat sambal hitam Pahang. Yang budak lagi kita biarkan dia membesar dengan jayanya. Esok lusa dia dah cerdik kita sambalkan dia pula 😆. Tak gaduh nak berbeli sambal hitam dah. Pasal belimbing kat kampung dah melambak! Rajin dengan tak rajinnya nak menyambal 😁.
![]() |
| Time ni tengah ada kerajinan nak menumbuk guna lesung batu. Sikit tak apa lah. Kalau banyak memang ketor tangan 😂. |
Ini dia sambal hitam Pahang style Syuderis. Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah bagi sedap 😁 - Dapat perkena dengan nasi panas & ikan goreng sedap woooo...First time buat sambal hitam. Tapi itulah, sambalnya betul-betul dapat dalam seperiuk kecil jer. Merasalah bawa balik seorang sikit semalam buat ghaso-ghaso. Nanti kalau ada lagi belimbing buluhnya, nak petik buat sambal hitam macam ni lagi. Idak ler rosak buahnya asyik bedebab ke tanah macam tu jer 😁.
Julai 10, 2025
Teringin Nak Makan Bubur Asyura Style Utara 🥹

Hujung minggu sudah kan Hari Asyura. Cadang nak buat bubur asyura sebenarnya. Tapi tak sempat nak buat pasal ada urusan kat Pantai Remis - Mak ajak beli barang rumah. Banyak barang dah tak ada katanya. Masa balik dari Pantai Remis ternampaklah acik-acik geng bubur asyura lalu kat pekan Bruas. Memang makin terliurlah dibuatnya bila terpandang 🥹.
Since barang-barang nak membubur asyuranya dah ready. So, malam tadi kita pun buatlah dalam satu kuali buat lepaskan kempunan. Memang Syu betul-betul teringin sangat nak makan bubur ni pasal dah lama sangat tak makan 😋. Dulu masa ada arwah Tok Leha, arwah lah yang selalu buatkan bubur asyura ni. Bukan sikit-sikit. Satu kawah besar dibuatnya nak bagi anak cucu makan & bawa balik.
Alhamdulillah Menjadi!
First time buat bubur asyura sendiri. Alhamdulillah menjadi juga walaupun sukatannya Syu pakai agak-agak 😅. Starting tu macam risau juga sebenarnya. Mana lah tau kot-kot bubur asyuranya tak menjadi. Tak pasal-pasal rezekinya kat tong sampah. Lagipun, kita bukan ada pengalaman masak bubur asyura. Pengalaman tengok arwah tok dulu buat masa kita kecik-kecik dulu ada lah 😂.
![]() |
| Syu letak jagung, kacang kuda, kacang hijau, kacang merah, kacang gajus & ubi keledek sikit. |
![]() |
| Saja buat lebih. Nak bagi orang kat office rasa juga. Mesti officemates Syu yang Cina dua orang tu tak pernah makan 😁. |
Bubur asyura yang Syu buat ni versi utara punya. Ada rasa manis, lemak-lemak & meriah dengan kekacang. Dia punya rasa tu ada iras-iras macam kuih kole kacang. Masa Syu duduk area Selangor dedulu, diorang kat sana tak ada buat bubur Asyura macam ni. Diorang punya bubur asyura tu more kepada bubur lambuk. Masin berlemak. Ada rasa rempah. Ada banyak sayur-sayur & juga daging carik - Nanti nak try buat yang versi bubur lambuk ni pulak lah 😋.
Pada Syu, dua-dua versi bubur Asyura ni Syu suka. Cuma bubur Asyura versi Pantai Timur jer Syu belum pernah try lagi. Entah macam mana rasanya agak-agaknya ya. Teringin juga nak cuba.
Julai 04, 2025
Rockmelon Manis Semanis Kamu!
Lama betul tak makan buah rock melon ni. Bukan selalu dapat beli. Pasalnya buah ni memang mahey! Harga sebiji kadang-kadang nak dekat RM20 (Itupun ikut gred). Lebih pun boleh jadi - Padanlah dengan harga. Pasal nak tanam & jaganya pun renyah. Bila jumpa harga sebiji RM10, kita pun apa lagi. Boronglah lebih sikit! Baru boleh makan puas-puas 😁.
![]() |
| Ini kalau beli dekat pasaraya, mana dapat harga RM10 sebiji rupa ini! |
To be honest, isi rock melon-nya memang manis & juicy. Tak rugi Syu borong lebih 🤭. Thanks anne jual murah. Merasa juga makan buah rock melon sebiji RM10. Tak kisahlah bukan gred A pun. Janji isi cantik & manis! Semanis kamuwah! 😘💕
[P/S: Anne jual rock melon ni datang dari Bidor semata-mata nak clear-kan stock sebab nak elak buahnya dari rosak. Jual mahal tak ada yang nak beli katanya. So, dia jual murah-murah jer. Tak ada timbang-timbang]

















