Dulu memang tak pernah teringin nak makan sambal hitam ni. Pertama kali makan sambal ni masa tiga tahun lepas. Itupun accidentally terselit order dengan si mama Fairil. Ingatkan tak sedap sambal hitam ni. Rupa-rupanya sedap juga- Kenapa?? Kenapa baru hari ni aku tahu yang sambal hitam ni sedap nak mampus! 😂
![]() |
Dulu hidup segan mati tak mahu tu belimbing buluhnya. Sekarang banyak juga dia berbuah. |
Semalam masa kat kampung, kita kasi clear-kan semua belimbing buluh yang ada berbuah dekat pokok. Yang montel-montel kita ambil buat sambal hitam Pahang. Yang budak lagi kita biarkan dia membesar dengan jayanya. Esok lusa dia dah cerdik kita sambalkan dia pula 😆. Tak gaduh nak berbeli sambal hitam dah. Pasal belimbing kat kampung dah melambak! Rajin dengan tak rajinnya nak menyambal 😁.
![]() |
Time ni tengah ada kerajinan nak menumbuk guna lesung batu. Sikit tak apa lah. Kalau banyak memang ketor tangan 😂. |
Ini dia sambal hitam Pahang style Syuderis. Alhamdulillah dengan izin Allah, Allah bagi sedap 😁 - Dapat perkena dengan nasi panas & ikan goreng sedap woooo...First time buat sambal hitam. Tapi itulah, sambalnya betul-betul dapat dalam seperiuk kecil jer. Merasalah bawa balik seorang sikit semalam buat ghaso-ghaso. Nanti kalau ada lagi belimbing buluhnya, nak petik buat sambal hitam macam ni lagi. Idak ler rosak buahnya asyik bedebab ke tanah macam tu jer 😁.
Kalau original Pahang belimbing tu kena rebus dengan garam kasar sampai kecut dan hitam. Hihi
BalasPadamYa betul! Berjam-jam nak tunggu. Tapi awak x mampu nak rebus lelama. Nak cepat. Udah lapor 🤣.
Padam