Hujung Minggu Di Kampung Gelong Gajah

Julai 08, 2025

Ni semua hasil penat lelah arwah abah & juga mak. Diorang berdua suka berkebun.


Ini alkisah hujung minggu sudah. Petang sebelum balik Ipoh, kita tuai dulu hasil kebun peninggalan arwah abah. Banyak hasil tanaman & banyak juga belaan yang ditinggalkan untuk kami semua jaga. Terima kasih abah. Semoga sentiasa mengalir pahala arwah kat sana asbab hasil kebun ni.


Jerit "BALIK" diorang pun baliklah. Time makan punya pasal.



Ayam hutan adik Syu bela kat belakang rumah.


Yang ini semua ayam hutan adik Syu. Saja dibelanya kat kampung. Baka jantan yang elok dibuat denak & jual. Yang tak nak berapa nak elok tu disuruhnya mak rendangkan! He3 😁. Dapatlah kitaorang satu famili makan. Sedap tau. Rasa macam makan ayam kampung juga tapi versi ayam hutan.

 

Antara hasil yang sempat di grab dekat kebun arwah abah. Belimbing besi tu kononnya nak buat sambal hitam. 😂 Entah iya buatnya...


Inilah hasil rondaannya. Dapatlah kutip sikit pucuk ubi kerinting, belimbing buluh, daun kesum, limau kasturi & daun limau purut. Cadang nak bawa balik kelapa pandan. Tapi macam malas pula nak kait sebab dah nak senja. Lagipun minggu depan mak cakap mak ngah & cik Lah ada nak buat makan-makan dekat kampung. So, kita kupas & minum ramai-ramai masa tu nanti. Dapat juga diorang merasa air kelapa pandan arwah abah.


View senja. Nunggu masa nak maghrib.

Comments

  1. Lumayan pendapatan free, jika jual boleh untung..ayang hutan ..wah lama teringin nak pelihara..sini ada tapi amat liar terbang kehutanyang semak..

    BalasPadam
  2. banyak hasil tanaman....ayam pun banyak.....seronok tengok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni semua hasil usaha & tinggalan arwah abah. Dapatlah anak cucu semua merasa 🥰.

      Padam
  3. Best kan kat kampung macam2 hado. Semua fresh petik dari pokok.

    BalasPadam
  4. Biasalah orang tua kita, duduk kampung mesti suka bercucuk tanam...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul. Itu jelah aktiviti yang boleh dibuatnya pun 😅.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!