Teringin Nak Makan Bubur Asyura Style Utara 🥹

Julai 10, 2025

Hujung minggu sudah kan Hari Asyura. Cadang nak buat bubur asyura sebenarnya. Tapi tak sempat nak buat pasal ada urusan kat Pantai Remis - Mak ajak beli barang rumah. Banyak barang dah tak ada katanya. Masa balik dari Pantai Remis ternampaklah acik-acik geng bubur asyura lalu kat pekan Bruas. Memang makin terliurlah dibuatnya bila terpandang 🥹.

 

Since barang-barang nak membubur asyuranya dah ready. So, malam tadi kita pun buatlah dalam satu kuali buat lepaskan kempunan. Memang Syu betul-betul teringin sangat nak makan bubur ni pasal dah lama sangat tak makan 😋. Dulu masa ada arwah Tok Leha, arwah lah yang selalu buatkan bubur asyura ni. Bukan sikit-sikit. Satu kawah besar dibuatnya nak bagi anak cucu makan & bawa balik.

 

 

Alhamdulillah Menjadi! 


First time buat bubur asyura sendiri. Alhamdulillah menjadi juga walaupun sukatannya Syu pakai agak-agak 😅. Starting tu macam risau juga sebenarnya. Mana lah tau kot-kot bubur asyuranya tak menjadi. Tak pasal-pasal rezekinya kat tong sampah. Lagipun, kita bukan ada pengalaman masak bubur asyura. Pengalaman tengok arwah tok dulu buat masa kita kecik-kecik dulu ada lah 😂.


Syu letak jagung, kacang kuda, kacang hijau, kacang merah, kacang gajus & ubi keledek sikit.


Saja buat lebih. Nak bagi orang kat office rasa juga. Mesti officemates Syu yang Cina dua orang tak pernah makan 😁.


Bubur asyura yang Syu buat ni versi utara punya. Manis & meriah dengan kekacang. Dia punya rasa tu ada iras-iras macam kuih kole kacang. Masa Syu duduk area Selangor dedulu, diorang kat sana tak ada buat bubur macam ni. Diorang punya bubur asyura tu more kepada bubur lambuk. Masin berlemak. Ada rasa rempah. Ada banyak sayur-sayur & juga daging carik. Nanti nak try buat yang ini pulak lah 😋.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!