Puasa Tasu’a & Puasa Asyura: Puasa Sunat Penuh Keberkatan

Julai 05, 2025

Assalamualaikum korang! Harini nak kongsi sikit pasal puasa Tasu’a & puasa Asyura. Mungkin ada yang dah biasa dengar, tapi ramai juga yang masih keliru — apa perbezaan,  kenapa kita digalakkan berpuasa & bila tarikh yang sebetulnya untuk kedua-dua jenis puasa ni.

 

Dari Abu Hurairah RA, Rasulullah SAW bersabda:

أَفْضَلُ الصِّيَامِ، بَعْدَ رَمَضانَ، شَهْرُ اللَّهِ المُحَرَّمُ وأَفْضَلُ الصَّلاةِ، بَعْدَ الفَرِيضَةِ، صَلاةُ اللَّيْلِ

"Puasa yang paling utama setelah Ramadhan adalah puasa di bulan Allah, iaitu MUHARRAM. Sedangkan solat yang paling utama setelah solat fardhu adalah solat malam."-HADIS RIWAYAT MUSLIM, 1163


 

Apa Itu Puasa Tasu’a & Puasa Asyura?

 

Okay, simple je sebenarnya.
Puasa Tasu’a = Puasa pada 9 Muharram
Puasa Asyura = Puasa pada 10 Muharram


Dua-dua ni puasa sunat yang sangat digalakkan. Nabi Muhammad SAW sendiri pun berpuasa Asyura, malah Baginda ajar kita untuk puasa sehari sebelum atau selepas Asyura supaya nampak puasa kita yang beragama Islam ni berbeza dengan budaya berpuasa orang Yahudi masa tu.



Fadilat Puasa Asyura

 

Puasa Asyura & Puasa Tasu'a


Ni part paling best. Puasa Asyura ni menghapuskan dosa-dosa kecil setahun yang lepasMasyaAllah, banyaknya pahala! Dalam hadis sahih riwayat Muslim, Nabi SAW bersabda: 

 

  Puasa Asyura, aku berharap kepada Allah agar dihapuskan (dosa-dosa) setahun sebelumnya.


Bayangkan, hanya dengan puasa sehari, Allah bagi peluang bersihkan dosa kita setahun. Rugi kan kalau tak buat?

 

 

Kenapa Digalakkan Puasa Tasu’a?


Kalau ikut sejarah orang Yahudi masa tu, puasa 10 Muharram ni adalah untuk meraikan hari Nabi Musa a.s diselamatkan dari Firaun. Jadi, Nabi SAW nak kita ni berbeza dengan kaum yang itu, maka Baginda sarankan puasa sehari sebelumnya (9 Muharram) atau tambah sehari selepasnya (11 Muharram).


Tapi kebiasaan kita kat Malaysia, ramai yang buat puasa Tasu’a & Asyura (9 & 10 Muharram) — insyaallah dah cukup ikut sunnah dah tu.

 

 

Bila Tarikh Puasa Tasu’a & Asyura?


Untuk tahun 2025 ni, tarikh 9 Muharram jatuh pada hari ini 5 Julai 2025 (Sabtu), dan 10 Muharram jatuh pada 6 Julai 2025 (Ahad). Jadi, kalau korang nak rebut pahala berganda, bolehlah plan puasa dua hari ni. Insyallah mudah je. Kalau tak dapat puasa Tasu'a hari ni. Boleh ganti 11 Muharram (Isnin) minggu depan.

 

 

Niat Puasa Tasu’a (9 Muharram)

 

نَوَيْتُ صَوْمَ تَاسُوعَاءَ سُنَّةً لِلّهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma Tasu’a sunnatan lillahi ta’ala

Sahaja aku berpuasa sunat Tasu’a kerana Allah Ta‘ala

 

 

Niat Puasa Asyura (10 Muharram)

 

نَوَيْتُ صَوْمَ عَاشُورَاءَ سُنَّةً لِلّهِ تَعَالَى
Nawaitu sauma ‘Asyura sunnatan lillahi ta‘ala
 

Sahaja aku berpuasa sunat Asyura kerana Allah Ta‘ala


Syu doakan semoga perkongsian ni bermanfaat untuk korang semua. Jangan lupa share dekat family & kawan-kawan — mana tahu boleh jadi asbab pahala berpanjangan, insyallah.


Kalau suka artikel ni, jemput singgah lagi kat blog Syu ya. Nanti Syu share banyak lagi cerita pasal amalan sunat, tips ibadah & kisah-kisah menarik. Selamat berpuasa Tasu’a & Asyura, semua! 🌙✨

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!