Kalau Awak Rindu. Saya Lagi Rindu!

Julai 02, 2025

Malam tadi, tiba-tiba husband cakap dia teringat kat arwah abah Syu. Rindu katanya. Syu tengok mata dia dah bergenang. Dalam hati kita -"Lah, dah kenapa ni?". Kita pula yang jadi risau dibuatnya. Dia yang menantu kata rindu. Kita yang anaknya ni lagi lah tak terhitung rindunya. Abah kita kot! 😅

 

29hb Julai ni sepatutnya hari lahir abah yang ke-61. Tapi, Allah lebih sayangkan abah. Allah jemput arwah abah ketika genap usianya 60 tahun. Al-fatihah untuk arwah abah.

 

Bila teringat yang arwah abah dah tak ada, sakitnya tu macam kena hiris-hiris. Hanya Allah saja yang tahu peritnya tu macam mana ðŸ˜ž. Tapi, apalah daya kita nak menidakkan qada' qadar Allah. Berat macam mana sekalipun. Nak tak nak kena REDHA juga. Setiap yang kita punya tu hanya pinjaman. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil. Selamat Hari Lahir abah! Akak sayang abah dunia akhirat.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!