Ogos 14, 2025
"Kakak, Abah Dah Nak Kena Balik"-Abah
Itulah ayat arwah abah dalam mimpi Syu malam tadi. First time dapat mimpi pasal arwah abah. Selalu si Sarah yang dapat. Rasa sebak bila dikenangkan balik bait-bait ucapan tu. Sempatlah peluk arwah abah sekejap walaupun hanya dalam mimpi. Syu terjaga pun lepas husband kejut subuh tu pasal dia kena pergi kerja - Dalam hati, kenapalah pergi kejut. Kalau boleh nak nikmati momen-momen tu lama sikit. Dah lah susah nak dapat mimpi pasal arwah.
To be hosnest, Syu tak pasti mimpi ni hanya sekadar mainan tidur atau khabar yang arwah abah nak pesan kat Syu supaya Syu redha & terima kenyataan yang arwah abah dah tak ada. Dan ada kemungkin juga mimpi ni hadir disebabkan Syu terlalu rindu pada arwah abah. Apa-apa pun Al-fatihah buat hero kesayangan Syu - Idris Bin Abdul Halim. Abah akan sentiasa kekal dalam ingatan akak & doa akak sentiasa akan mengiringi abah kat sana.
Nabi ﷺ bersabda:
"الرُّؤْيَا ثَلَاثَةٌ: رُؤْيَا صَالِحَةٌ مِنَ اللَّهِ، وَرُؤْيَا مِنْ تَحْزِينِ الشَّيْطَانِ، وَرُؤْيَا مِمَّا يُحَدِّثُ الْمَرْءُ نَفْسَهُ."
"Mimpi itu tiga jenis: Mimpi baik dari Allah, mimpi yang menakutkan dari syaitan, dan mimpi dari bisikan hati (fikiran sendiri)."— Riwayat Muslim
Julai 29, 2025
Selamat Hari Lahir Abah & Selamat Berehat
Tahun ni. Bulan ni & hari ni. Tak ada lagi kek kebun untuk celebrate birthday abah dah. Tak ada lagi lagu "Selamat Hari Jadi" untuk kitaorang adik-beradik nyanyikan. Tak ada juga jerit pekik cucu-cucu sebut "Tok Wan". Mak pun sekarang dah tak sesibuk dulu. Selalunya, bila time birthday abah. Mak mesti sibuk kat dapur masak rendang, lontong, nasi impit & kuah kacang bagai. Macam nak raya! Pasal mak tahu, menu tu semua menu feveret abah.
Sekarang semua tu hanya tinggalkan kenangan jer 🥹. Abah pun dah pergi dengan tenang. Kita sebagai anak ni dah cukup lega dah tak tengok dia sakit-sakit lagi. Tapi itulah...Cuma kita yang hidup ni lah masih terkenang-kenangkan dia. Bila balik kampung tu rasa sayu sangat hati ni.
Dia punya feel balik kampung tu dah tak sama macam dulu. Ada masa terbayang-bayang arwah abah dok duduk dalam bilik. Baring atas katil. Bila time makan, rasa terngiang-ngiang bunyi tongkat arwah abah berjalan keluar bilik - Sumpah cakap. Syu rindu semua tu! 🥲
Buat abah...selamat hari lahir akak ucapkan. Walaupun abah dah tak ada, doa akak sentiasa mengiringi abah kat sana. Terima kasih abah! Terima kasih sebab dah jadi abah yang terbaik untuk kitaorang semua. Akak sayang abah dunia akhirat 🫂💕. Al-fatihah untuk arwah abah. Semoga Allah tempatkan abah dalam kalangan orang-orang yang beriman. Amin 🤲🏻.
Julai 02, 2025
Kalau Awak Rindu. Saya Lagi Rindu!
Malam tadi, tiba-tiba husband cakap dia teringat kat arwah abah Syu. Rindu katanya. Syu tengok mata dia dah bergenang. Dalam hati kita -"Lah, dah kenapa ni?". Kita pula yang jadi risau dibuatnya. Dia yang menantu kata rindu. Kita yang anaknya ni lagi lah tak terhitung rindunya. Abah kita kot! 😅
![]() |
29hb Julai ni sepatutnya hari lahir abah yang ke-61. Tapi, Allah lebih sayangkan abah. Allah jemput arwah abah ketika genap usianya 60 tahun. Al-fatihah untuk arwah abah. |
Bila teringat yang arwah abah dah tak ada, sakitnya tu macam kena hiris-hiris. Hanya Allah saja yang tahu peritnya tu macam mana 😞. Tapi, apalah daya kita nak menidakkan qada' qadar Allah. Berat macam mana sekalipun. Nak tak nak kena REDHA juga. Setiap yang kita punya tu hanya pinjaman. Bila-bila masa saja Allah boleh ambil. Selamat Hari Lahir abah! Akak sayang abah dunia akhirat.
Mei 29, 2025
Detak yang Hilang
Kepergianmu
Buat hari-hari mendatangku sayu
Syahdu...pilu...penuh rindu
Tiap kali aku terkenang
Tiap kali itu juga mata aku bergenang
Umpama ranting patah hilang tempat berpegang
Ironinya dari luar aku tampak tenang
Betah berbicara girang disaat keberangkatanmu "pulang"
Hakikatnya jiwa aku??
Seakan separuhnya pergi
Mengusung suatu kesan abadi yang tak akan pernah padam
Dulu
Tiap kali aku pulang
Acapkali ku dengar detak tongkatmu mengiringimu datang
Seperginya kau ke dunia abadi
Sepi kini mulai menyelubungi
Suram sugul tanpa sekelumit bunyi
Hilang tenggelam menggamit memori
Tilam usang tempat mu dulu beradu
Kini kosong tiada berpenghuni
Sayu hati...
Hanya bau-bau kenangan saja masih tersisa menemani
Dari sudut mata aku
Engkau pejuang
Meskipun kau tahu ajal bakal menjemputmu pulang
Namun riak wajahmu tenang tak terusik
Seakan berdamai dengan ketentuan
Sumpah...
Pulangmu abah
Jiwa aku jadi lemah
Dalam redha...
Memaksa aku pasrah
Dengan ketentuan yang tak mampu aku ubah
Api lilin dihembus angin padam
Tapi rindu padamu abah...
Ombak badai pun takkan bisa merubah
Rindu akan mu sejujurnya ibarat candu yang merasuk kalbu
Terbayang rindu
Tatkala bayangmu menerpa
Jiwaku seakan pilu
Sebak dadaku
Menahan rindu yang tak terucap
April 20, 2025
Abah Marah Pun Tak Apa 🥹
![]() |
Terasa kosong betul bila arwah abah tak ada 🥲. |
Dulu akak tak berani nak balik kampung sebab takut abah marah 🥹. Sekarang akak tak berani nak balik sebab tak mampu nak hadap kenangan-kenangan yang arwah abah tinggalkan dekat kitaorang.👉🏻👈🏻 Akak nak macam yang dulu boleh? At least abah ada...marah pun tak apalah...- Al-Fatihah untuk arwah abah 🤲🏻.
April 16, 2025
Tak Sempat!
16/4/2025 & 18/4/2025, arwah abah sepatutnya jumpa doktor pakar & buat endoskopi di Hospital Ipoh. Tapi, tak sempat. Seminggu sebelum sampai tarikh buat rawatan, abah dah dijemput pulang buat selama-lamanya. Al-Fatihah buat abah. Doa akak adik beradik akan sentiasa mengiringi abah di sana. Semoga arwah abah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & khusnul khotimah.
![]() |
Masa ni tengah tunggu giliran untuk jumpa pakar & dapatkan tarikh temujanji untuk buat endoskopi. |
Akak bangga dengan abah sebab abah mampu berjuang sehingga nafas abah yang terakhir. Tak mudah putus asa untuk kembali sihat & keep continue ulang alik hospital jumpa pakar even though abah tak larat & bertongkat. Akak sayang abah dunia akhirat!
April 14, 2025
Diari Perjalanan "PULANG" Abah

31hb Mac, 2025 (Syawal pertama) - Selesai beraya & jumpa saudara-mara. Kitaorang decide untuk bawa abah ke Hospital Manjung. Kalau ikutkan abah nak tunggu sampai pagi raya ke-2. Lepas husband Syu pujuk & bagi nasihat. Barulah abah Syu lembut hati & setuju nak pergi hospital malam tu juga.
Bukan apa, kitaorang risau. Abah dah berapa hari tak berselera nak makan & minum. Masuk sikit makanan & air abah dah mengah. Mata & badan abah pun dah kuning sangat. Mungkin disebabkan masalah hati abah tu. Lepas Isyak dalam jam 9.29 malam, kitaorang cepat-cepat bawa abah ke bahagian kecemasan untuk buat rawatan.
Masa dekat dalam wad kecemasan, doktor cakap oksigen abah drop. So, abah perlukan bantuan oksigen sepenuhnya untuk bantu abah bernafas. Blood pressure abah tak ada masalah. Elok cantik bacaannya. Cuma dekat bahagian dada tu abah rasa ketat & susah sikit nak bernafas. Nafas abah pun pendek abah cakap. Tak dapat nak tarik nafas panjang-panjang.
![]() |
Sebak tengok condition abah masa ni 🥹. |
Actually, abah ada minta nak minum air masa kena tahan dalam wad kecemasan hari tu. Tapi, Syu tak dapat nak bagi sebab pegawai perubatan tak izinkan. Kalau bagi juga risau benda lain pula yang jadi katanya. Kena pula time tu oksigen abah tak berapa cantik. So, lagi better elakkan bagi abah makan & minum buat sementara waktu - Kesian juga tengok abah. Mesti dia tengah haus sangat masa tu. Sorry ya abah 🥹.
1hb April, 2025 (Syawal ke-2) - Pukul 1 pagi, pegawai perubatan maklumkan yang condition abah dah makin stabil. Cuma abah kena banyak rehat & keep continue pakai oksigen. Berdasarkan dari result x-ray, doktor cakap dekat paru-paru abah ada air. That's why nafas abah pendek & abah jadi susah nak bernafas. Jadi, doktor sarankan abah untuk rehat. Esok pagi akan ada pakar datang melawat & discuss lebih lanjut tentang rawatan susulan abah.
Dalam pukul 1.30 pagi macam tu abah Syu di-transfer masuk ke wad 6 (Pembedahan) katil 15. Alhamdulillah, masa ni Syu tengok condition abah macam dah okay sikit. Cuma nurse tak galakkan abah banyak bergerak & kena pakai mask oksigen tu setiap masa. Malam tu, memang Syu tak balik ke kampung pun. Syu tidur dalam kereta jer. Standby gilir-gilir jaga abah dekat hospital dengan mak & Sarah.
2hb April, 2025 (Syawal ke-3) - Pagi ni nurse kata nak tukar katil abah pergi ke katil 9. Jadi, Syu layankan jelah. Setel tolong nurse tukar katil. Syu bersih-bersihkan badan abah. Tukar pampers lapik cadar semua. Masa ni Syu sorang-sorang jer uruskan abah. Mak dengan Sarah Syu suruh rehat dalam kereta. Pasal malam tadi diorang dua dah jaga abah. So, pagi ni Syu take turn pula jaga.
Jaga abah senang. Tak banyak ragam pun. Cuma part makan minum abah tu Syu rasa sebak sikit. Makan tak selera. Minum pun betul-betul 2 cups bekas ubat jer. Minum lebih tak boleh. Penat katanya. Perut abah pun kembung mengening. Keras. Banyak air. Itu yang buat abah penat-penat & tak rasa selesa tu. Sekejap nak duduk. Sekejap nak baring.
3hb April, 2025 (Syawal ke-4) - Pagi ni, lega sikit rasa hati. Abah dah boleh minum air banyak sebab doktor dah berjaya tebuk & keluarkan lebihan air dalam paru-paru abah. Cuma makan tu abah tak berapa nak sangat. Betul-betul dapat jamah empat suap jer makanan. Kalau makan terlebih abah jadi penat & susah nak nafas. Dada jadi ketat katanya. Even makanan yang hospital provide pun banyak yang abah tak sentuh.
Masa time melawat hari tu, Syu tengok ramai sudara-mara & kawan-kawan jauh abah datang tengok abah. Sembang-sembang. Gelak-gelak. Seronok! Siap ambil gambar buat kenangan lagi. Syu tengok abah pun memang happy gila time tu. Tapi itulah. Tak sangka...firasat Syu salah yang abah boleh stay lama dengan kitaorang.
Petang lepas setel tukar pampers & lapik cadar abah, Syu & Sarah balik ke kampung sekejap. Pasal katil medical & tank oksigen yang kitaorang sewa tu dah sampai kampung dah. Sambil-sambil tu Syu plan nak kemas-kemas sikit apa yang patut dalam bilik abah tu. At least selesa sikit bila abah balik dari hospital nanti.
![]() |
Time ni semangat kemas bilik abah sebab nak bagi abah selesa. Tak sangka katil medikal tu sudahnya jadi tempat pembaringan abah buat kali terakhir. |
Mak pun suruh kitaorang dua balik berehat juga. Almaklumlah, dah dua malam kitaorang dua beradik tidur dalam kereta & berkampung di Hospital Manjung nun. Dah macam orang tak tentu arah. Tapi, tak apa. Demi jaga abah. Kitaorang sanggup!
4hb April, 2025 (Syawal ke-5) - Masa ni abah dah boleh discharge. Cuma ambil masa sikit sebab tunggu tangki oksigen yang adik Syu ambil sampai - Tangki oksigen kitaorang adik beradik sewa dari Pertubuhan Rawatan Paliatif Manjung. Selagi tak ada tangki oksigen, doktor tak benarkan kitaorang bawa abah balik.
![]() |
Masa ni dekat lobi Hospital Manjung. Tengah tunggu adik ambil kereta. |
Alhamdulillah, dalam pukul 6.17 petang macam tu, kitaorang berjaya discharge abah keluar dari Hospital Manjung. Masa ni abah terlalu penat sangat. Even nak angkat kaki pun abah tak lalu. Uzur sangat keadaan abah masa tu. Sedih betul Syu tengok. Sampai-sampai kampung, abah terus rehat. Dah tak perkesah nak makan ke nak minum.
Malam sebelum balik ke Ipoh. Syu sempatlah jumpa abah sekejap. Pesan dekat abah suruh istighfar banyak-banyak. Berat hati juga nak balik masa tu sebenarnya. Tapi, atas komitmen kerja & tanggujawab pada suami. Syu terpaksa balik juga. Sarah tak balik. Memang Syu suruh dia stay dekat kampung. Stanby. Incase ada apa-apa emergency.
![]() |
Gambar last Syu sempat snap sebelum Syu balik Ipoh. Masa ni abah baring dengan kucing kesayangan dia KIKO. |
5hb April, 2025 (Syawal ke-6) - Arwah abah hembuskan nafas terakhir tepat jam 6 petang. Masa tu Syu tengah on the way dari Ipoh nak balik ke kampung. Lambat sikitlah Syu gerak balik pasal Syu menyinggah bercari jus delima. Sarah kata abah teringin nak minum 😢.
Tak sangka pula. Belum sempat bagi, Allah dah jemput abah dulu. Memang sedih gila Syu masa ni. Tapi, apalah daya Syu untuk halang abah pergi. Sampai sekarang jus delima tu Syu tak buka. Sayang! Sedih! Sedih sebab abah tak dapat minum jus delima yang dia nak.
Sampai-sampai kampung, sebak Syu tengok abah dah terbujur kaku dekat atas katil medikal. Dah tak ada dah abah yang kitaorang selalu gerunkan dulu - Abah serius & garang orangnya. Tapi, ada masa tiga suku juga perangai dia. Rasa sedih & ralat juga sebab Syu tak ada time abah hembuskan nafas terakhir.
![]() |
Malam terakhir bersama abah. Macam tak percaya abah dah tak ada. |
Syu tengok jenazah abah alhamdulillah sempurna. Tak banyak sendi-sendi abah yang nak kena digosok & dibetulkan. Hanya tinggal ikat & bagi rapatkan saja. Mata arwah abah pun elok terpejam rapat. Malam tu, Syu teman jenazah arwah sampai ke pagi. Esok pagi, abah dah nak dikebumikan dah. So, ini jer sisa masa yang Syu ada untuk bersama abah 😢.
6hb April, 2025 (Syawal ke-7) - Hari ni hari yang paling berat untuk Syu satu famili lalui. Macam tak sangka abah dah pergi bertemu dengan pencipta-Nya. Dalam tempoh 7 hari sebelum pemergian abah. Allah himpunkan semua anak-anak. saudara-mara & kawan-kawan abah. Ada yang datang masa hari kebumi & ada juga yang datang masa abah warded di Hospital Manjung. Cepat betul 7 hari tu berlalu...
![]() |
Alhamdulillah. Selesai urusan pengebumian arwah abah. |
Alhamdulillah, Allah atur cantik perjalanan "PULANG" abah. Sedih? Memang Syu sedih! Tapi, dalam kesedihan Syu tu Syu bersyukur sebab Syu sempat jaga abah sepanjang dia ada di hospital. Pasang tiub kencing abah. Tukar pampers abah. Basuh berak abah.
Lagi satu, Syu tak rasa ralat sebab abah Syu pergi dengan senyuman. Entah apalah yang Allah perlihatkan pada abah sampai abah senyum macam tu. Masyaalah. Al-fatihah buat arwah abah. Semoga arwah ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman & dipermudahkan urusannya di sana.
(P/S: Raya Haji tahun lepas, abah Syu disahkan menghidap kanser hati tahap 4. Lepas buat kemoterapi di Hospital Selayang, doktor bagitahu yang sebelah bahagian hati abah dah rosak disebabk sel kanser tu. Minggu ni abah sepatutnya buat rawatan susulan di Hospital Ipoh. Tapi, abah tak mampu bertahan disebabkan sel kanser tu dah merebak sampai ke paru-paru abah 😭)
April 05, 2025
Al-Fatihah Buat Abah
اللَّهُمَّ اجْعَلْ وَأَوْصِلْ مِثْلَ ثَوَابِ مَا قَرَأْتُهُ إِلَى رُوْحِ أَبِي ادريس بن عبد الحليم اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِعْ مَدْخَلَهُ وَتَقَبَّلْ حَسَنَاتُهُ وَكَفَرْ سَيِّئَاتُهُ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِينَ
Ya Allah, sampaikanlah seumpama pahala bacaanku kepada roh bapaku Idris Bin Abdul Halim. Ya Allah, ampunilah dosanya, kasihani dan sejahterakan dia, maafkanlah kesalahannya, muliakanlah kedatangannya, lapangkanlah kuburnya dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih
Ogos 23, 2024
Alhamdulillah Abah Okay!
Alhamdulillah. Abah okay! Kemoterapinya berjalan lancar. Cuma abah tak boleh gerak-gerak sangat pasal tube (Cannula) tu masih ada dekat dalam badan abah lagi.
Doktor cakap bacaan blood pressure abah tinggi. So, belum boleh cabut lagi tube-nya. Even lepas dh cabut sekalipun, abah kena baring lagi 3 jam untuk elakkan bleeding.
![]() |
Abah okay. Cuma doktor tak bergerak-gerak. |
Overall, condition abah okay & masih dalam pemantauan. Doktor cakap abah boleh makan macam biasa. Cuma belum boleh duduk & bergerak macam biasa. Apa-apa pun alhamdulillah. Syukur pada Allah. Mungkin esok abah dah boleh discharge.