Sama-sama Salah Katanya 🙂‍↔️

Julai 17, 2025

Ini alkisah time raya hari tu. Cerita dah basi sebenarnya. Tapi, nak cerita juga pasal tak ada benda nak dicerita 😝. Masa ni Syu dengan si Sarah on the way nak pergi open house officemate Syu kat Batu Gajah. Entah macam mana ada seorang hamba Allah ni, jenis tak menyabar nak keluar simpang. Boleh pula dia pergi hentamnya bumper belakang kereta Syu. Padahal kereta Syu belum habis masuk simpang lagi masa tu.


Alhamdulillah. Nasib baiklah tak ada apa-apa. Just calar sikit jer dekat bahagian kanan bumper kereta - Tapi bergegar jugalah masa kena cucuk tu. Part calar tu tak jadi masalah. Boleh polish balik bagi hilang kesan cat tu. Yang Syu geram tu bila si pelaku tu tak nak mengaku salah 😑 .


Sudahlah langgar kereta orang. Nak cakap sepatah perkataan maaf dekat kita pun tidak. Sekurang-kurangnya sejuk juga hati kita. Ini tidak. Lagi disalahkannya kita ada lah. Yang lawaknya penumpang yang seorang tu dah macam orang memori lost dah Syu tengok. Baru terjaga dari lamunan gamaknya. 


Tercalar jugaklah hati kita tengok kesan calar ni 😂.


Boleh pula dia cakap dekat Sarah yang kitaorang bawa kereta dari arah kanan 😂. Padahal Syu terang-terang dari main road sebelah kiri nak masuk ke simpang kanan. Even signal nak masuk simpang pun dah terang-terang Syu ada bagi. Sepatutnya diberi keutamaan pada kereta Syu dulu.


Cik kak driver tu lagi sakan. Boleh pula dia cakap Syu dengan dia sama-sama salah?? - Rasa nak tergelak bila difikir balik 😂. Eh, banyak cantik punya perangai. Dia yang cucuh & sagat tepi punggung kereta kita. Kita pula nak dibabitkan sekali. Padahal kita memang dah dilaluan yang betul.


"Kita kena bagi laluan pada jalan utama"-Katanya. Dah tu yang pergi cucuh kereta kita tu pasaipa. Kot ya pun bagilah kita habis masuk simpang dulu 😆.


Sudahnya kita tutup cerita nak buat report polis jer. Syu pun dah malas nak hadap muka cik kak tu dah - Tengah lapar time tu. Malas dah bertelagah. Even dia salah sekalipun bukannya dia nak mengaku. Ayat dia - "Kita dua sama-sama salah". Lawak berul 😂! Ada juga orang macam ni ya? Terang-terang salah tak nak mengaku. Sabo jelah!

Comments

  1. eiiiii geram kak mieja baca.....syu kena pasang dash cam depan belakang, skrg ramai org gila atas jalan.

    BalasPadam
  2. eh eh..geram plak baca kan, patut gi balai je buat report..tgk siapa salah..
    apa pun, syukur alhamdulillah..x de apa2....

    BalasPadam
  3. Perempuan sama perempuan memang takde yang salah. Hihi. Buang masa je bertekak dengan orang gitu.

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!