Touch Down Putrajaya

Julai 31, 2025

Ni alkisah Isnin hari tu. First time naik lori pagi-pagi buta pergi ke branch Punchong sana. Selalu kitaorang suruh pekerja Bangla yang ikut lori pasal nak renew pasport di kedutaan. Kali ni kitaorang HR pula yang take turn sampai di "Bangla" kan dek abang lori - Abang lori driver dapat info kata ada dua Bangla nak ikut dia pagi tu. Dia tak sangka pula sudahnya orang HR yang ikut dia 😂.

 

Kena stop kejap kat tepi jalan pasal ada roadband sampai pukul 9.30 pagi. Ni kalau jalan juga confirm kena saman 😅.


Actually, kitaorang ada benda urgent nak kena di setelkan kat Jabatan Imigrisen Putrajaya sana (Bahagian Keselamatan & Pasport ). Dah alang-alang lorry driver ada singgah branch Puchong turun barang. Kitaorang decided untuk ikut trip dia sekali time subuh tu - Malas nak drive. Dah lah jauh! Lagipun, Puchong ke Putrajaya sana dah tak jauh mana dah. Naik grab pun dah okay. More convenient & tak gaduh nak fikir pasal parking bagai.


Boleh tahan cepat juga urusan kat kaunter Jabatan Imigrisen Putrajaya ni. Terbaik!


Setel urusan kat Jabatan Imigrisen. Kitaorang singgah pula ke Jabatan Tenaga Kerja (JTK) pasal ada beberapa perkara yang kitaorang nak kena clarify dengan officer. Yang tak gemor tu JTK office nyer nun jauh masuk ke dalam sana. Lepas tu nak kena beratur panjang pula ambil pas masuk. Udahlah paneyh hangat pijor kome! Dengan nak kena menapak lagi 😮‍💨.

 

Cantik reka bentuk banggunan nyer. Tapi tak tahu department apa jer yang duduk kat sini selain JTK 😅. 


To be honest, banggunan kat Putrajaya ni semua cantik-cantik & unik belaka. Yang bestnya, lain Jabatan & Kementerian lain dia punya design. Baik luar mahupun dalam. Masing-masing ada dia punya identiti.


 

Short Tour Jap!

 

Putrajaya paneyh kome! Nasib ada bawa payung 🌂.


Kerja kitaorang dah setel! So, sementara menunggu abang lori setelkan dia punya trip hantar barang, kitaorang pun buatlah aktiviti selingan sikit. Bukan selalu datang ke sini pun. Sementara masih ada masa, kita utilize kan sisa-sisa masa yang ada tu sebaik-baiknya 😁.


Jauh jugalah kitaorang menapak dari JTK sana. Udah ler paneyh bederik. Menangis jugalah ketiak 😂. 


Ini jer yang sempat di snap. Next round kita cover tempat lain.


Hasil selingan tu dapatlah snap gambar Masjid Putra & Pejabat Perdana Menteri dalam sekeping dua untuk buat kenang-kenangan. Nak menyinggah tempat lain tak cukup masa. Setel urusan kat sini. Kitaorang pergi lunch kat Alamanda Putrajaya pula. Nanti ada free kita cerita kat next entri ☺️ - 😁 Ni haaa...korang sambungannyer 👉Lunch di Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center

Comments

  1. Teringat dulu pernah ke sini..depan Putrajaya lapang sangat bersih..unik bangunan juga memang dapat lihat panorama yang menarik..adab tasik dan tempat makan, depan masijd.

    BalasPadam
  2. Best orang kerja kat Putrajaya bangunan cantik2.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau xpe! Tapi itulah...hangat pijor Putrajaya nyer 🤣

      Padam
  3. sempat ek jadi tourist kat putrajaya.. hehe.. ye, sekarang ni panas ting ting la.. payung pun tak lut..

    BalasPadam
  4. lama tak lepas kat dataran putrajaya tu luas

    BalasPadam
  5. comel ayat syu awal-awal tu hhehehhe....banyak urusan sekali jalan, senangkan....Alhamdulillah sempat juga ronda-ronda.. 💝💝

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah...sempat!
      Tapi berkicaplah jugak 😂

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!