Disember 08, 2025
Resepi Bubur Asyura Utara Sedap & Simple
Siapa yang tak kenal bubur Asyura kan? Setiap kali masuk bulan Muharram jer, hidangan tradisi ni mesti akan jadi sebutan, bualan & pertikaian hangat netizen-netizen. Ada yang kata bubur negeri ni begini-begini. Ada yang kata bubur negeri ni tak sedap & tak kena dengan seleralah apa lah 😅. Masing-masing sibuk berbalah & pertahankan tradisi bubur Asyura negeri masing-masing.
Korang kena faham. Makanan kat Malaysia ni unik. Masuklah negeri mana pun. Style masak semua tak sama. Macam kes bubur Asyura ni. Ada negeri buat bubur Asyura versi pekat & manis macam kuih talam. Ada sesetengah negeri tu pula buat bubur Asyura style bubur lambuk & ada letak sikit rempah-rempah. Macam-macam pesen. Lain tempat, lain caranya & lain juga tradisi buat bubur Asyuranya. Mungkin tak sedap pada kita. Tapi, sedap pada tekak orang lain.
![]() |
| Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk. Lepas tu kacau sampai pekat berkilat macam ni. |
Macam Syu, dua-dua bubur Asyura Utara & bubur lambuk Syu suka makan. Dua style bubur Asyura ni memang favourite Syu dari dulu pun. Pasalnya dah biasa makan masa kecil-kecil 😋. Jadi, bila dah biasa makan, tak ada timbul isu tak makan bubur asyura style itu ini. Cuma bubur Asyura style Pantai Timur Syu belum pernah cuba lagi. Teringin juga nak rasa.
Hari tu Syu ada buat bubur Asyura Utara. Dah lama dah buat 😆! Tapi, tak sempat nak share resepinya - Teringin nak makan bubur Asyura style Utara. Jadi, hari ni Syu nak share resepi bubur Asyura Utara yang mudah & korang boleh masak sendiri kat rumah. Tak payah tunggu gotong-royong satu kampung pun tak apa. Boleh buat sendiri dengan famili & share dengan jiran-jiran korang. Jom kita tengok bahan-bahan & cara nak buat buburnya macam mana.
Tepung beras
Santan
*Kacang merah
*Kacang hijau
*Kacang kuda
Ubi keledek (Potong dadu)
Jagung (Syu pakai jagung tin jer)
Daun pandan
Gula merah
Gula putih
Kacang shandong (Syu pakai kacang gajus)
Garam & air secukupnya
CARA-CARA
- Rendam semua kekacang (*) semalaman sampai kembang. Lepas tu rebus kacangnya sampai empuk - Kacang Shandong tak payah
- Ubi keledek potong pun sama kena masak sampai empuk juga.
- Untuk air gula merah, Masak sehingga mendidih gula merah, gula putih, daun pandan & sedikit air. Kemudian ketepikan bagi sejuk.
- Dalam kuali (Pakai kuali yang tak melekat), satukan kesemua bahan-bahan & kacau sehingga adunan sebati. Bila dah sebati boleh buka api - Lepas dah buka api kena sentiasa kacau tau. Baru adunannya boleh masak sekata.
- Masak adunan sehingga menjadi pekat & berkilat - Masak lama sikit. Baru bubur asyuranya tahan lama. Kemudian boleh masukkan ke dalam container. Dah siap!
Kalau korang belum pernah rasa bubur Asyura versi Utara ni, inilah masanya! Korang cuba buat resepi ni & rasa sendiri keunikan sebenar bubur Asyura versi utara ni macam mana. Nak lagi best, korang masak ramai-ramai. Baru meriah & seronok 😉. Masak sama-sama, makan sama-sama. Tak jadi pun sama-sama! Ha3 😁. Tapi, kalau buat guna resepi Syu ni confirm jadi punya bubur Asyura korang. No worries!
Julai 10, 2025
Teringin Nak Makan Bubur Asyura Style Utara 🥹

Hujung minggu sudah kan Hari Asyura. Cadang nak buat bubur asyura sebenarnya. Tapi tak sempat nak buat pasal ada urusan kat Pantai Remis - Mak ajak beli barang rumah. Banyak barang dah tak ada katanya. Masa balik dari Pantai Remis ternampaklah acik-acik geng bubur asyura lalu kat pekan Bruas. Memang makin terliurlah dibuatnya bila terpandang 🥹.
Since barang-barang nak membubur asyuranya dah ready. So, malam tadi kita pun buatlah dalam satu kuali buat lepaskan kempunan. Memang Syu betul-betul teringin sangat nak makan bubur ni pasal dah lama sangat tak makan 😋. Dulu masa ada arwah Tok Leha, arwah lah yang selalu buatkan bubur asyura ni. Bukan sikit-sikit. Satu kawah besar dibuatnya nak bagi anak cucu makan & bawa balik.
Alhamdulillah Menjadi!
First time buat bubur asyura sendiri. Alhamdulillah menjadi juga walaupun sukatannya Syu pakai agak-agak 😅. Starting tu macam risau juga sebenarnya. Mana lah tau kot-kot bubur asyuranya tak menjadi. Tak pasal-pasal rezekinya kat tong sampah. Lagipun, kita bukan ada pengalaman masak bubur asyura. Pengalaman tengok arwah tok dulu buat masa kita kecik-kecik dulu ada lah 😂.
![]() |
| Syu letak jagung, kacang kuda, kacang hijau, kacang merah, kacang gajus & ubi keledek sikit. |
![]() |
| Saja buat lebih. Nak bagi orang kat office rasa juga. Mesti officemates Syu yang Cina dua orang tu tak pernah makan 😁. |
Bubur asyura yang Syu buat ni versi utara punya. Ada rasa manis, lemak-lemak & meriah dengan kekacang. Dia punya rasa tu ada iras-iras macam kuih kole kacang. Masa Syu duduk area Selangor dedulu, diorang kat sana tak ada buat bubur Asyura macam ni. Diorang punya bubur asyura tu more kepada bubur lambuk. Masin berlemak. Ada rasa rempah. Ada banyak sayur-sayur & juga daging carik - Nanti nak try buat yang versi bubur lambuk ni pulak lah 😋.
Pada Syu, dua-dua versi bubur Asyura ni Syu suka. Cuma bubur Asyura versi Pantai Timur jer Syu belum pernah try lagi. Entah macam mana rasanya agak-agaknya ya. Teringin juga nak cuba.
September 25, 2024
First Time Makan Bubur Nangka
Seumur hidup, baru ni pertama kali Syu cuba makan bubur nangka. Pasalnya buah nangka yang masak Syu suka buat makan mentah je 😅. Tak berapa minat kalau buat bubur-bubur ni. Tapi, memandangkan si Sarah Deris dah buat. Kita cubalah rasa juga.
![]() |
| Dalam bubur nangka ni Sarah ada letak biji sagu dengan jagung sikit buat ghaso-ghaso 🤭. |
Alhamdulillah. Sedap ya. Cuma Syu lagi prefer makan mentah juga 😅. Kalau buat bubur, isi nangka tu jadi lembik. Tak crunchy macam makan mentah. Lepas tu rasa isi nangka tu pula macam kena overshadowed dengan rasa kuah santan. Itu yang Syu tak berapa berkenan tu. Harap-harap encik suami boleh tolong habiskan 😂.


