Resepi Bubur Asyura Utara Sedap & Simple

Disember 08, 2025

Siapa yang tak kenal bubur Asyura kan? Setiap kali masuk bulan Muharram jer, hidangan tradisi ni mesti akan jadi sebutan, bualan & pertikaian hangat netizen-netizen. Ada yang kata bubur negeri ni begini-begini. Ada yang kata bubur negeri ni tak sedap & tak kena dengan seleralah apa lah 😅. Masing-masing sibuk berbalah & pertahankan tradisi bubur Asyura negeri masing-masing.

 

Korang kena faham. Makanan kat Malaysia ni unik. Masuklah negeri mana pun. Style masak semua tak sama. Macam kes bubur Asyura ni. Ada negeri buat bubur Asyura versi pekat & manis macam kuih talam. Ada sesetengah negeri tu pula buat bubur Asyura style bubur lambuk & ada letak sikit rempah-rempah. Macam-macam pesen. Lain tempat, lain caranya & lain juga tradisi buat bubur Asyuranya. Mungkin tak sedap pada kita. Tapi, sedap pada tekak orang lain.

 

Bubur asyura Utara
Masukkan semua bahan dalam kuali/periuk. Lepas tu kacau sampai pekat berkilat macam ni.

 

Macam Syu, dua-dua bubur Asyura Utara & bubur lambuk Syu suka makan. Dua style bubur Asyura ni memang favourite Syu dari dulu pun. Pasalnya dah biasa makan masa kecil-kecil 😋. Jadi, bila dah biasa makan, tak ada timbul isu tak makan bubur asyura style itu ini. Cuma bubur Asyura style Pantai Timur Syu belum pernah cuba lagi. Teringin juga nak rasa.

 

Hari tu Syu ada buat bubur Asyura Utara. Dah lama dah buat 😆! Tapi, tak sempat nak share resepinya - Teringin nak makan bubur Asyura style Utara. Jadi, hari ni Syu nak share resepi bubur Asyura Utara yang mudah & korang boleh masak sendiri kat rumah. Tak payah tunggu gotong-royong satu kampung pun tak apa. Boleh buat sendiri dengan famili & share dengan jiran-jiran korang. Jom kita tengok bahan-bahan & cara nak buat buburnya macam mana.


BAHAN-BAHAN


Tepung beras

Santan

*Kacang merah

*Kacang hijau

*Kacang kuda

Ubi keledek (Potong dadu)

Jagung (Syu pakai jagung tin jer) 

Daun pandan

Gula merah

Gula putih

Kacang shandong (Syu pakai kacang gajus) 

Garam & air secukupnya

 

CARA-CARA

 

  1. Rendam semua kekacang (*) semalaman sampai kembang. Lepas tu rebus kacangnya sampai empuk - Kacang Shandong tak payah
  2. Ubi keledek potong pun sama kena masak sampai empuk juga.
  3. Untuk air gula merah, Masak sehingga mendidih gula merah, gula putih, daun pandan & sedikit air. Kemudian ketepikan bagi sejuk.
  4. Dalam kuali (Pakai kuali yang tak melekat), satukan kesemua bahan-bahan & kacau sehingga adunan sebati. Bila dah sebati boleh buka api - Lepas dah buka api kena sentiasa kacau tau. Baru adunannya boleh masak sekata.
  5. Masak adunan sehingga menjadi pekat & berkilat - Masak lama sikit. Baru bubur asyuranya tahan lama. Kemudian boleh masukkan ke dalam container. Dah siap!

 

Kalau korang belum pernah rasa bubur Asyura versi Utara ni, inilah masanya! Korang cuba buat resepi ni & rasa sendiri keunikan sebenar bubur Asyura versi utara ni macam mana. Nak lagi best, korang masak ramai-ramai. Baru meriah & seronok 😉. Masak sama-sama, makan sama-sama. Tak jadi pun sama-sama! Ha3 😁. Tapi, kalau buat guna resepi Syu ni confirm jadi punya bubur Asyura korang. No worries!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!