Lama Betul Menyepi??

Disember 06, 2025

Lama betul menyepi ya?? He3 😁. Actually, kita ada jer kat sini! Tak pergi ke mana pun. Alhamdulillah, sihat walafiat kembang setaman macam pau terlebih yis. Tak dan nak menulis & up cerita kat blog. Ada juga buka blog sekali sekala. Tapi just sekali lalu jer sebab nak tengok pageviews & income Google Adsense ada beranak ke tidak 😂 - Tak banyak, tapi ada lah sikit buat ghaso-ghaso.


Sejujurnya awak memang banyak kerojer lately ni 😅. Dengan sibuk kemas barang nak pindah. Uruskan hal si Sarah. Attend kursus, dengan kenduri bagai. Eh! macam-macam lah. Tak menang kaki tangan. 24 jam sehari tu rasa macam tak cukup 😂. Jadual padat sesaja pasal banyak bebeno agendanya.



Sekarang ni tengah pelan-pelan perkesahkan hal rumah baru pulak - Idaklah baru sangat rumahnya. Rumah subsale jer 🫣. Hari tu Syu betul-betul sempat angkut & susun sikit-sikit jer barang-barangnya. Tak sempat pun nak kemas-kemas. Rumah tak ada bilik stor. So, terpaksa sepahkan ruang tamu utama buat isi barang-barang.


Masuk-masuk rumah baru, Syu banyak fokuskan kat bahagian dapur. Pasang kabinet sinki semua. Ini pun tak setel lagi pasang tau. Ada lagi kabinetnya kat dalam kotak tu tak berbukak. Nak gantung kat dinding, driller pulak melingkup 🥹. Tertangguh lagilah kerja Syu nak siapkan dapur nampak gayanya.


Tinggal nak pasang kabinet atas jer lagi. Tapi malangnya, driller rosak 🥹. 


Deko-deko?? Yilek! Pasal balik kerja Syu dah penat. Rumah pun dah jauh sikit dari tempat kerja. Sampai-sampai rumah pun terus sibuk sesohkan benda pemakan jer. Tak lalu nak kelebek itu ini. Nanti ada kelapangan kita ceritalah satu persatu apa yang jadi sepanjang kita menyepi hari tu. Okay, chiao!

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!