Resepi Sambal Hitam Pahang Simple Mudah & Sedap

Februari 15, 2026

Buat sambal hitam ni renyah tau sebenarnya. Banyak proses & makan masa berjam-jam nak masak. Belimbing buluh tu nak kena direbus sampai kecut dengan garam kasar sampai hitam legam. Bahan-bahan menumisnya tu pula nak kena pandai adjust. Kalau terlebih letak belimbing buluh, sambal hitamnya tu nanti jadi terlampau masam & tak sedap.


Kalau korang ada buah belimbing buluh & teringin sangat nak makan sambal hitam. Boleh try cara Syu ni. Senang. Cepat! Sedap & confirm makan bertambah-tambah nasi punya 🫣. Ni dah nak masuk bulan Ramadhan kan, memang elok sangat standby sambal hitam ni buat makan dengan nasi time sahur or berbuka puasa.


Pokok belimbing buluh
😍 Bergayut-gayut buah belimbing buluhnya. Geram tengok! Rasa nak petik bagi perabis. 


Sambal hitam Pahang
Kalau korang ada kuali legend dulu-dulu yang jenis tebal & tak melekat tu korang pakailah yang itu. Periuk tak hitam legam. Belimbing pun tak melekat.


Sambal hitam Pahang
Nak sambal hitam sedap kena lebihkan bawang & ikan bilis. Baru mantop rasa dia!


Bahan-bahan nak buat sambal hitam ni tak banyak pun sebenarnya. Just pakai cili padi, bawang merah, ikan bilis, belimbing buluh yang dah dimasak sampai hitam, gula & sedikit perasa - garam tak payah letak dah sebab dalam belimbing buluh tadi kita dah letak garam siap-siap. Nak sambal hitam sedap, jangan kedekut bahan. Masa menumis, lebihkan bawang merah & juga ikan bilis. Baru puas hati dapat makan sambal hitam sedap.


Sambal hitam Pahang
Kena masak sambalnya sampai kering & pecah minyak macam ni. Barulah sambal hitamnya tahan lama & lambat berkulat.


Comments

  1. Favourite sy ni tp x pernah la buat sendiri, pernah buat sendiri yg ala-ala je x pakai belimbing buluh tp pakai asam jawa je, hihihi... rasanya pn ala-ala jugak la janji cepat dan mudah... jgn marah eh org pahang... derhaka resepi pulak sy ni

    Pernah beli dgn ahli BAKAT di kem tentera tp dapat yg mcm terlebih bawang... x berapa sedap la jadinya, dan cepat pulak berkulat.. huhu... baik beli di shopee/tiktok lg puas hati

    Ni utk pembuka selera masa sahur mmg ngammmm ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Favorite kita juga sambal hitam ni. He3 🤭.
      Kalau guna asam jawa pun boleh jer. Kita buat yang dia. Janji dapat lepaskan teringin nak makan sambal hitam.

      Padam
  2. Proses nak rebus belimbing tu je lama. Buat sambal tu kejap je.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul, masak belimbing buluh tu yang makan masa. Semalam Syu masak atas dapur berjam jugalah. Hari ni baru siap sambalnya 😂.

      Padam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!