Sejak arwah abah tak ada, kebun sawit kat belakang rumah kampung ni pun dah tak berapa terurus. Dengan tak berbaja, pruning semua. Betul-betul kait kutip hasil & meracun jer. Itupun sekejap kutip sekejap idak - Masing-masing ada tugas hakiki masing-masing. Tak ada masa nak uruskan pasal kebun 🥹. Upah budak kampung, buat kerja macam hangat-hangat tahi ayam. Sudahnya kita upah Bangla RISDA jer.
Kebun ada dekat 3 ekar nak kena diusahakan. Pokok sawitnya banyak. 200 pokok! Tinggi-tinggi belaka pulak tu. Sumpah tak ada kudrat kami adik-beradik nak kait sepokok-sepokok. Bukan mudah tau nak kait kelapa sawit ni. Nak-nak pokoknya besar & tinggi. Tak pandai kait. Sabit boleh makan tuan woooo... Even pakar kait buah sawit pun ada yang kecundang. Jangan main-main.
![]() |
| Upah Bangla jer senang. Nak buat sendiri tak reti. Sepokok diorang ambil upah RM8. |
Arwah abah Syu jangan cakaplah. Dia memang power & pakar bab-bab handle kelapa sawit ni, sebab dia dah ada banyak pengalaman masa kerja kat Felda & estet-estet. Tapi itulah, bila arwah abah dah tak ada rasa macam satu kerugian pulak tak cedok ilmu & belajar selok-belok ilmu pasal perladangan. So, terpaksalah kami adik-beradik cari ilmu sendiri.
Buat masa sekarang, kitaorang upah pekerja Bangla buat pruning & susun pelepah sawit tu ketepi dulu. Banyak sangat pelepah mati pun. Kalau tak buang, confirm masa nak ambil buah nanti susah. Rasanya makan masa 2 hari juga nak setelkan kerja-kerja pruning ni. Tadi pun pekerja Bangla tu sempat pruning dalam 6 pokok jer. Penat katanya! Sebab tadi pagi diorang baru habis kutip sawit kat tempat lain.
![]() |
| Adik jadi mandor terjun. Mak manager estate. Akaknya pulak jadi supervisa! Ha3 🤣. |
Syu tengok tadi buah sawitnya macam tak berapa cantik. Macam terkencat jer rupa. Saiz pun kecik. Nak kena dibaja agaknya. Setel pruning ni nanti, kita membaja lah pelan-pelan dengan adik-beradik lain. Kawan mak cakap pakai 6 kampit dah cukup dah. Cuma ratio baja NPK tu tak sure nak pakai yang mana. Ada siapa-siapa tahu tak? Boleh bagi cadangan. Makruh nak tanya ChatGPT. Kang lain di Alor nyer nanti 😂.



Comments
💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!