Nak Buatnya Punyalah Berjam-jam, Makannya Sekejap Jer!!πŸ˜‚

Jun 11, 2021

Hari ni hari terakhir Syawal. Pejam celik dah habis raya. Sampai ke sudah tak dapat balek raya jumpa family. Dengar khabar, PKP 3.0 dilanjutkan sampai 28 Jun ni. Lepas ni Syu WFH tanpa gajilah gamaknyer. Kalau macam ni lah keadaannya, terpaksa jugaklah Syu buat bisnes sampingan dekat rumah.



Perit jugak kalau macam ni. Even Syu tak banyak komitmen. Tapi kalau tak ada income ape ke halnyer. Ye dak? Kadang-kadang Syu terfikir, macam mana agaknyer orang yang ada banyak komitmen bulanan tu yer? Dengan segala macam loan nak bayar. Kalau Syu, boleh kemurungan nak berfikir. mana nak bercari duit.



Right now, Syu malas nak serabut-serabutkan kepala πŸ˜…. Apa kata kita lupakan sekejap pasal PKP 3.0 yang dilanjutkan tu. Sekarang ni Syu nak cerita apa yang Syu buat sepanjang-panjang hari dekat rumah πŸ˜‚. Pagi tadi Syu sempatlah jugak kelebek blog sekejap. Sambil-sambil tu buat review pasal drama Semanis Senyumanmu. After that, terus Syu menyepi & hilang dari radar sampai dah malam macam ni baru muncul balek. 



Actually kalau korang nak tahu, ini lah hasil aktiviti Syu hari ni. Start dari pukul 3 petang sampai pukul 5 petang berdiri dekat dapur menggolek benda alah ni πŸ˜…. Sakit jugak lah kaki berdiri lama-lama. Tapi bagus jugak. Duduk lama-lama menghadap notebook pun tak sihat jugak. At least kalau dapat bagi kejang-kejang sikit urat kaki ni okay jugak. Memandangkan hari ni special sikit, so Syu layankan ajer permitaan tekak ni [Entah bila hari yang tak special pun tak tahu 😁].


Bila buat sendiri memang puas hati sebab dia punya garnish & sos tu kita boleh letak banyak mana yang kita nak πŸ˜‹.
 

Sebelum tu, pada yang belum tahu Syu nak bagitahu pada korang yang nama makanan ni adalah takoyaki. Makanan ni sebenarnya merupakan salah satu snek yang berasal dari Jepun. Rasa dia lebih kurang jer macam jemput-jemput Malaysia 😁. Cuma filling & garnish dia meriah sikit. Adunan takoyaki ni simple jer sebenarnya. Yang renyah tu part nak menggoreng dia, sebab sebijik-sebijik nak kena masak & golek-golek sampai jadi bulat macam ni. Resepinya kalau korang nak korang boleh klik dekat SINI.


Ni rupa sebelum di makeup. Memang hodoh sikit bila dia togel 😁.

Untuk buat adunan dia, korang just campurkan semua bahan kecuali dia punya filling, garnish & sos. Masa korang nak masak baru masukkan filling yang korang nak satu persatu dalam setiap lubang takoyaki pan. Pan tu make sure korang sapukan minyak sikit bagi mengelakkan tepung takoyaki dari melekat.



Pada yang baru pertama kali nak cuba buat, mungkin prosesnya akan ambik masa yang agak lama sikit. Tapi, kalau korang dah banyak kali praktis & dah biasa. Insyallah sekejap jer boleh siap πŸ˜‰. Bila korang cuba buat sendiri, at least korang tahu segala effort peniaga-peniaga takoyaki dekat luar sana. Jadi tak hairanlah kalau 6 biji harga jualannya boleh jadi RM5. Sebab nak masak pun memang sangat memerlukan effort & kesabaran.


Ni kalau makan sambil layan movies memang best!! Elok-elok sepinggan, boleh jadi bertambah-tambah jawabnyer πŸ˜†.

Comments

  1. Ok clap2 mmg rajin sungguh syu.. Aritu dumpling.. Kali ni takoyaki plk.. Agak2 esk apa eh 😜

    BalasPadam
    Balasan
    1. 😜Tunggu...
      Mana tahu kambing golek sekor ke,ki3 😁.

      Padam
  2. Alaaa lamanya tak makannnnn, haritu dahh nak beli set takoyaki sekali dengan pan dekat shopee sebab nak makan sangat tako ni >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli pan jer Tiqah.Adunan dia senang jer nak buat.Cuma nak mengolek bagi bulat tu kena bertabah sikitπŸ˜‚.

      Padam
  3. Aduhai, cantik rupa paras kejadian takoyaki tu. Syok tu makan depan TV :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh.Bolehlah nak buat makan.Tapi tulah,berejam nak kena menghadapπŸ˜‚

      Padam
  4. dulu pernah kerja kedai takoyaki ni memang dugaan masa buat tu kalau nda ngam sotongnya bole terbang hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang nak kena sabar buat takoyaki niπŸ˜…
      Terbang ke mulut tak ngape,jangan terbang ke tanah.Rugi.Sotong mahal!!Ki3πŸ˜†

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!