Drama Semanis Senyumanmu - Episod 2

Jun 11, 2021

Semanis Senyumanmu

Hari ni Azim datang bertandang minum petang dekat rumah kakak dia, Azreen. Masa kat sana Nisa tak habis bercerita pasal apa yang jadi semalam masa dekat Imazra Bakery. Lepas tu, Nisa siap puji yang roti bun Azra sedap. Yang si Azim ni rasa tercabarlah bila dengar Nisa cakap macam tu. Dia cakap dekat Nisa yang dia boleh buat roti bun lagi sedap dari yang Azra buat. Azim pun buat satu challenge untuk masak roti bun dengan Nisa. Hujung-hujungnya masa Nisa & Azreen buat ujian rasa, Nisa just rate 4.5 bintang jer. Nisa kata Azim punya roti bun masih tak dapat challenge Azra punya roti bun. Bila jadi macam tu, Azim jadi bertambah tak puas hati & tak suka dengan Azra.

Semanis Senyumanmu Episod 2

Malam tu, Azra keluar makan malam dengan Iman dekat satu restoran ni. Kalau ikutkan Azra memang malas nak join. Tapi disebabkan Iman yang paksa, maka terpaksalah dia turutkan jugak. Masa dekat restoran tu, Iman kenalkan Azra dengan sorang lelaki. Lelaki tu kawan Shah [teman lelaki Iman] & nama dia Iqbal. Masa mula-mula conversation tu semua berjalan agak lancar. Tapi lama kelamaan, si Iqbal ni makin lama macam makin kerek. So, Azra ni jadi tak berkenanlah. Tambah-tambah cara Iqbal bercakap macam ada berbaur sindir-menyindir. Azra jadi macam kecik hatilah bila dengar. Nak tak nak Azra mintak excuse then dia cakap dengan Iman yang dia nak balek. Yang Iqbal ni pulak jadi blur-blurlah kenapa si Azra terus balek. Padan muka kan. Siapa suruh kerek sangat kan?

Semanis Senyumanmu Episod 2

Esoknya masa dekat Restoran Sedap, bermulalah detik di mana Azim start jadi peganggur. Masa tu, Azim dengan crew memasak tengah sibuk siapkan order. Dalam tengah sibuk-sibuk tu, entah dari ceruk mana tiba-tiba muncul sorang waiter ni terlanggar Azim masa dia nak pass order dekat kaunter. Kalau ikut rules, masa dekat kitchen waiter tu memang tak boleh ada dekat area masak memasak tu. Sebab zon dapur tu memang huru-hara & dah jadi macam medan bertempur Azim & crew. Kalau ikut benda boleh jer settle. Tapi bila waiter tu asyik nak menjawab jer, Azim pun apa lagi. Makin bertambah menyiraplah dia dibuatnya. Dah lah customer tengah tunggu. Lepas tu order yang dia dah siapkan semua berterabur & pecah dekat lantai. Nak masak lagi dah sah-sah makan masa. Masa tengah kecoh-kecoh tu, tiba-tiba Naufal si bos Azim pun keluarlah tengok apa yang jadi. Sudahnya dua-dua kena marah. Azim jadi bengganglah bila dia pun dipersalahkan jugak pasal kejadian tu. Dah lah bos dia tu tahu nak mengarah jer. Azim dah tak boleh tahan marah, dia pun berhenti dari restoran serta merta. Tu pun lepas Azim rasa tercabar bila Naufal cakap yang dia boleh dapat chef yang hebat memasak macam Azim. Bersambung...

What My Bawagian Says

  1. lama nda tengok Mdrama hehe pencen sudah haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Boleh lah kalau nak tengok sekali sekala.Sometime ada Mdrama yang tak best.Tu pasal kadang-kadang malas nak tengok sangatπŸ˜…

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!