Mac 15, 2024
Marry My Husband
Genre :
Yeah! Settle buat movie marathon drama Korea bersiri 16 episodes Marry My Husband 😁. Serius best jalan cerita drama ni. Rasa macam geram & menyirap jer darah bila tengok perangai husband [Park Min Hwan] si Kang Ji Won dengan kawan dia [Jung Soo Min].
Dari awal sampai ke hujung jalan cerita. Ada saja agenda diaorang berdua nak jatuhkan Kang Ji Won. Sudahlah curang & khianat. Nasib baik ada Yo Ji Hyuk. Hero penyelamat Kang Ji Won.
Kalau korang nak tahu, si Kang Ji Won & Yo Ji Hyuk ni sebenarnya datang dari masa depan. Diorang berdua ni kalau ikutkan dah mati dah. Si Kang Ji Won mati sebab kena bunuh dengan husband dia yang curang dengan kawan baik dia.
Yang si Yo Ji Hyuk pula mati sebab kemalangan jalan raya dek kerana frustrated dengan kematian Kang Ji Won. Kemudian entah macam mana diorang berdua ni, dihidupkan kembali ke masa lalu untuk ubah kembali takdir diorang yang malang tu.
Pada awalnya, Kang Ji Won macam terkejut juga bila dia dibangkitkan semula ke masa lalu. Tapi, lepas dah lama-lama baru dia dapat adapt & terima. Dengan bantuan Yo Ji Hyuk, dia totally reset diri dia & cuba jadi seorang wanita yang indipendent & tegas dalam buat keputusan.
Dia bukan wanita lembik yang senang dibuli macam dulu lagi. Tambah-tambah dengan husband & kawan baik dia yang tak guna tu. Start daripada tu, Kang Ji Won nekad nak ubah nasib dia & buang semua malang dia pernah hadap di masa depan dekat kawan karib dia, Jung Soo Min.
Yo Ji Hyuk pun sama, selagi boleh dia pun berusaha sedaya upaya menawan kembali Kang Ji Won yang dia lepaskan pada Park Min Hwan tak guna tu. Walaupun dia masih trauma dengan takdir dia. Nak tahu ending macam mana? Korang kena tengok sendiri drama ni. Dekat LokLok ada! Boleh tengok dekat sana 😁.
Disember 25, 2022
Avatar The Way of Water [2022]
![]() |
SUMBER FOTO : WDW News Today |
Genre :
13 tahun tunggu filem Avatar ni keluar panggung. Akhirnya! Keluar juga. Kalau korang nak tahu, filem Avatar The Way of Water terbitan Walt Disney Pictures ni mula ditayangkan pada 13 Disember 2022 & ia merupakan sekuel filem Avatar yang telah diterbitkan pada tahun 2009.
Filem yang menelan belanja RM1.5 bilion ni memang sangat colorful & penuh dengan imaginasi. Kemudian disuntik pula dengan elemen aksi & kekeluargaan. Sekaligus menjadikan filem ni bertambah menarik. Tak banyak plot twist & senang nak digest jalan ceritanya. Teknik CGI yang digunakan jangan cakaplah. Memang luar biasa! – Menyesal pula tak tengok versi IMAX 3D 😂.
Colonel Miles hidup lagi rupanya!
Di dalam filem Avatar The Way of Water kali ini, Jake Sully bersama keluarganya hidup dalam pelarian disebabkan niat jahat orang langit yang ingin menakluk Pandora & dendam Colonel Miles. Kalau ikutkan, Colonel Miles ni dah mati dah sebenarnya dalam filem Avatar yang lepas. Tapi, dia dihidupkan kembali dengan sisa memorinya yang ada ke dalam klon Na'vi-nya 😑.
![]() |
Ketua puak Metkayina, Tonowari. |
Demi menyelamatkan isteri & anak-anaknya dari menjadi buruan orang langit & Colonel Miles. Jake Sully sanggup melepaskan jawatannya sebagai ketua puak Omaticaya & gelaran Toruk Makto yang dipegangnya selama hari ni kepada orang lain. Kemudian membawa dirinya bersama keluarga menyembunyikan diri jauh ke Selatan Pandora untuk meminta perlindungan dari puak Metkayina.
Pada awalnya Jake Sully & keluarga tidak diterima baik oleh puak tersebut. Tapi, atas dasar ehsan & rasa hormat Tonowari kepada Jake Sully. Dia membenarkannya untuk tinggal bersama puak Metkayina. Dengan syarat, Jake Sully & keluarga belajar beradaptasi dengan suasana & cara hidup puaknya. Nak tahu apa jadi lepas tu? Korang kena tengok sendiri filemnya di pawagam yang berdekatan dengan korang. Tak syoklah spill the tea dekat sini 😁.
Pada Syu, ianya satu penantian yang sangat berbaloi. Sebab jalan cerita filem Avatar kali ni memang epik & luar biasa. Penuh aksi, fantasi & sedikit sebanyak ada bermain dengan emosi juga sebenarnya. Meleleh jugalah air mata Syu tengok scene yang penghabisan tu. Tak sia-sia tunggu bertahun-tahun filem terbitan James Cameron ni 😁.
Walaupun ada sedikit plot hole dalam filem Avatar The Way of Water ni. Tapi Syu abaikan saja. Sebab pada Syu, James Cameron & krewnya dah letakkan effort yang sangat tinggi pada sekuel Avatar kali ini. Bukan mudah ya nak buat filem yang macam ni. Syu sendiri pun tak ada kegigihan & bakat macam James Cameron. Next, kita tunggu filem Alita pula. Filem ni pun antara filem yang Syu tunggu-tunggu juga sebenarnya.
November 20, 2022
Bay Yanlış [2021]
Genre :
Tahun 2017 yang lalu diorang berdua pegang watak Nazli & Ferit dalam drama bersiri bertajuk Dolunay. Kali ni sekali lagi!! Pasangan ni digandingkan bersama untuk drama yang bertajuk Bay Yanlış (Mr.Wrong). Suka tau bila diorang berdua ni berlakon. Seorang cantik & seorang lagi kacak. Memang sama padan bila digandingkan bersama. Watak yang dimainkan pun nampak hidup & bersahaja.
Untuk drama bersiri Bay Yanlis kali ni. Ia mengisahkan tentang kehidupan seorang gadis yang bernama Ezgi yang terlampau desperate nak kan pasangan dalam hidup. Selepas ditinggalkan kekasihnya. Dia terpaksa membawa dirinya untuk tinggal di tempat yang baru supaya dia dapat melupakan segala kesedihannya. Bermula dari situlah dia mula berkenalan dengan jejaka bernama Ozgur yang juga merupakan jiran sebelah rumahnya.
Nak dijadikan cerita. Ahli keluarga Ozgur sedang berusaha mencari pasangan hidup untuknya. Malangnya, Ozgur masih belum bersedia untuk mengakhiri zaman bujangnya. Jadi, dia berpakat dengan Ezgi untuk berpura-pura menjadi pasangan kekasihnya.
Dari situ hubungan mereka berdua menjadi semakin rapat & bibit-bibit cinta pun mula berputik. Tapi, lama kelamaan tembelang Ozgur & Ezgir ni pecah. Jadi kedua-dua belah keluarga Ozgur & Ezgir tak merestui hubungan diaorang berdua. Nak tahu sejauh mana mana hubungan Ozgur & Ezgir ni berakhir. Korang kena tonton sendiri drama ni sampai habis/ Sejujurnya, drama ni memang best 😊💕!
Mac 29, 2022
Magnificent Century : Kosem [2015]
Genre :
Drama Turki berjudul Magnificent Century : Kosem ni memang drama yang sangat luar biasa. Tapi malangnya rating drama ni tak berapa memberangsangkan masa mula-mula ditayangkan pada tahun 2015. Walaupun sampai 3 kali bertukar heroin. Tetap tak trending juga drama ni. Sayang sangat. Sebab dramanya memang best & sangat luar biasa. Mungkin tak ramai yang suka drama berunsurkan sejarah agaknya.
Kalau korang nak tahu, drama Kosem ni diadaptasi dari sejarah kerajaan Uthmaniyah, yang mana kerajaan ketika itu berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmed I (1603-1617). Magnificent Century : Kosem ni merupakan sekuel kepada Muhteşem Yüzyıl yang pernah ditayangkan pada 2011. Kali ni ia ditayangkan selama 2 musim, menjadikan keseluruhan episodnya berjumlah 60 episod.
Dalam drama ni diceritakan semula tentang percintaan Kosem dengan Sultan Ahmed I serta sejarah pemerintahan kerajaan Uthmaniyah suatu ketika dahulu. Sultan Kosem ni asalnya diculik & dibawa lari ke Istanbul oleh pengikut Sultan Safiye untuk dijadikan gundik Sultan Ahmed I.
Semuanya bermula dari sebuah potret yang ada terlukis wajah Kosem. Dek kerana sultan berkenan dengan kecantikkan Kosem pada potret tu, maka Sultana Safiye mengarahkan pengikutnya mencari Kosem & dibawa ke Istanbul.
Kalau korang nak tahu, nama Kosem ni asalnya adalah Anastasia & dia merupakan rakyat Greek. Setelah dibawa ke Istanbul & dijadikan gundik Sultan Ahmed I, namanya kemudian ditukar sepenuhnya menjadi Kosem atau juga dikenali sebagai Mahpeyker.
Dengar opening theme saja dah buat Syu berderau darah 😌.
Pada awalnya, Kosem ni tak suka duduk di istana. Tapi lama-kelamaan dia jatuh cinta pada Sultan Ahmed I. Walaupun Sultan Ahmed banyak gundik, Kosem ni antara gundik yang paling sultan sayang. Malah sultan nampak yang Kosem ni memang ikhlas mencintai sultan.
Bila diteliti semula jalan cerita drama ni, boleh dikatakan agak tragis juga ya rentetan sejarah kerajaan Uthmaniyah ni sebelum berada di bawah pemerintahan Sultan Ahmed I. Adalah menjadi satu kebiasaan bagi seorang sultan pada zaman kerajaan Uthmaniyah untuk membunuh saudara sendiri apabila memegang tahta kerajaan.
Korang bayangkan, masa zaman pemerintahan Sultan Mehmed III sahaja, seramai 19 orang beradik kandungnya telah dibunuh. Tak kira peringkat umur. Punya kejam kan? Demi sebuah tahta sampai sanggup bunuh kaum kerabat sendiri. Sejak pemerintahan di ambil alih oleh Sultan Ahmed I, banyak perubahan berlaku. Itupun disebabkan adanya kehadiran Kosem sebagai penasihat.
Malangnya, Sultan Ahmed I tak dapat bertahan lama. Pada usia 27 tahun Sultan Ahmed I meninggal akibat terkena penyakit typhus & pendarahan dalam perut. Sejak kemangkatan Sultan Ahmed I, Sultan Kosem menguruskan tampuk pemerintahan kerajaan Uthmaniyah bersama dengan putera-puteranya.
Drama bersiri Kosem ni memang bagus sebab sambil menonton drama kita sekaligus boleh belajar sejarah kerajaan Islam terdahulu. Memang banyak nilai & pengajaran kita boleh dapat dari drama ni. Tak tonton memang rugi sebab jalan ceritanya memang menarik.
[AMARAN : Drama ni tak sesuai untuk 18 tahun ke bawah]
Mac 25, 2022
The Whole Truth [2021]
Genre :
Korang dah tengok filem Thailand berjudul The Whole Truth ni? Ceritanya boleh tahan menarik juga. Kalau korang nak tahu cerita ni mengisahkan tentang dua orang remaja (Pim & Put) yang terpaksa tinggal bersama dengan dengan atuk & nenek diaorang. Semuanya disebabkan mak diorang dimasukkan ke hospital gara-gara kemalangan.
Sepanjang tempoh diorang membesar. Pim & Put tak pernah sekalipun berjumpa dengan atuk & nenek diaorang. Malah, diorang sendiri pun tak tahu yang diaorang ada atuk & nenek.
Sejak pindah ke rumah atuk & nenek diaorang, bermacam-macam perkara aneh diaorang alami. Semua bermula apabila Put melihat sesuatu dari satu lubang kecil yang ada pada dinding rumah atuk & neneknya.
Perkara aneh yang macam mana? Yang ini korang kena tonton sendiri di Netflix. Pada Syu, filem ni boleh dikatakan sederhana seram & boleh ditonton oleh semua peringkat umur - SELAMAT MENONTON 😉💕!
Februari 05, 2022
Erkenci Kuş [2019]
Genre :
Sejak terjebak tengok drama Turki ni memang tak berapa layan sangat drama Korea 😂. Minta maaf yer oppa-oppa & unni-unni kesayangan. Tukar angin ke Timur Tengah sekejap 😁. Drama kali ni lagi seronok. Bila tengok asyik nak tersengih seorang-seorang. Bila dah mula tengok satu episod, nak berhenti sikit punyah susah. Tambah-tambah bila watak hero tu dilakonkan oleh Can Yaman. Memang susah sikit nak lepaskan walau satu episod pun 😌.
Dalam drama yang bertajuk Erkenci Kuş ni, Can Yaman digandingkan bersama Demet Özdemir. Can Yaman memegang watak sebagai Can Divit. Manakala Demet Özdemir memegang watak sebagai Sanem Aydin. Can merupakan majikan kepada Sanem. Sebelum bekerja di syarikat Can, Sanem menguruskan kedai runcit milik ayahnya.
Demi menolak lamaran Muzzaffer, Sanem berusaha sedaya upaya mendapatkan pekerjaan lain. Jadi, dia meminta pertolongan dari kakaknya Leyla supaya merekemenkan dia bekerja di tempat di mana Leyla bekerja. Dengan bantuan Emre, Sanem diterima bekerja & di sanalah dia sering berkerjasama dengan Can.
Kalau korang nak tahu, Can ni merupakan seorang juru foto professional & dia tak berapa nak ambil pusing sangat pasal hal syarikat ayah dia. Bila ada kelapangan, Can lebih gemar menghabiskan masanya dengan melakukan aktiviti lasak. Malah, sikap & penampilannya memang jauh berbeza dengan Emre.
Nak dijadikan cerita Can ni terpaksa menjaga syarikat bersama Emre sementara ayahnya pergi membuat rawatan di luar negara. Sejak dia mengambil alih syarikat, Emre berasa kurang senang & cemburu dengan cara kerja Can yang bagus. Banyak projek Can sapu bersih sehinggakan Aylin kekasih Emre sukar untuk mensabotaj Can.
Demi memuaskan hati Aylin, Emre sanggup mempergunakan Sanem untuk mensabotaj Can dalam diam. Pada awalnya, niat Emre hanya sekadar untuk membuat Can keluar dari syarikat sahaja. Malangnya, Aylin bertindak lebih keji dengan mensabotaj hasil projek fotografi Can.
Tindakan Aylin tu sedikit sebanyak menjejaskan emosi & kerja Can. Emre berasa sangat serba salah & tak menyangka yang Aylin sanggup merosakkan kerjaya peribadi Can sebagai seorang jurufoto. Sejak dia tahu Aylin dalang kepada kejatuhan karier Can, Emre cuba menjauhkan diri dari Aylin.
Sanem? Dia pun rasa serba salah juga lepas dia dapat tahu yang Emre ni ada niat jahat nak menjatuhkan Can. Selama hari ni dia ingat Can yang jahat nak rampas syarikat dari Emre. Rupa-rupanya Emre yang jahat sebenarnya. Sanem cuba menjauhkan diri dari Can. Malangnya tak boleh sebab Can dah mula suka dengan Sanem. Sanem elak lah macam mana sekalipun, diorang tetap akan besemuka semula bila melibatkan hal syarikat.
Drama Erkenci Kuş ni kalau korang nak tahu ada 51 episod semuanya. Episod penuh drama ni ada disiarkan di siaran YTube Turkish Series. Secara keseluruhan, jalan cerita drama ni memang menarik untuk ditonton. Ada banyak adegan-adegan yang boleh buat korang tersenyum sorang-sorang 😁. Memang berbeza dengan drama Dolunay yang Syu tonton sebelum ni. Dalam drama Erkenci Kuş ni, adegan romantik komedinya lebih sikit. Jadi, tak bosan bila tengok. Apa-apa pun 5🌟 untuk drama Turki ni 😘💕.
Januari 30, 2022
Bahubali : The Begining [2015]
Genre :
Ahah!! Review filem Telegu pula dah kali ni 😅. Beberapa hari lepas Syu review drama Turki - Dolunay. Hari ni review pula filem Telegu pecah panggung yang bertajuk Bahubali. Kadawalek sungguhlah kan. Macam-macam cerita berlainan bahasa Syu tengok dalam bulan ni.
Sebenarnya, filem Bahubali ni berkurun dah Syu tonton sebenarnya. Dekat siaran televisyen tempatan pun dah banyak kali filem ni ditayangkan. Cuma Syu sahaja tak berkesempatan nak buat review. Memandang filem Tamil ni antara filem terbaik yang Syu paling suka tonton. Jadi Syu nak berkongsi dengan korang semua sejauh mana menarik & hebatnya filem ni.
Untuk pengetahuan korang, filem Bahubali ni ada dua episod. Satu Bahubali : The Beginning & satu lagi Bahubali : The Conclusion. Sejujurnya teknik sinematografi, grafik & jalan cerita filem ni memang terbaik. Kalau tak, masakan filem ni boleh jadi box office.
Mungkin ada sesetengah orang tak berapa minat filem Telegu mahupun Tamil. Tapi, kalau korang dah mula tengok Bahubali yang pertama. Korang akan terjebak sampai tengok sambungan Bahubali yang ke-2.
Di dalam filem Bahubali : The Beginning ini, diceritakan bagaimana perjalanan Mahendra Bahubali membongkarkan asal usul dirinya sebagai pewaris tahta kerajaan Mahishmati. Semua berpunca apabila, ada sebuah topeng jatuh ke lembah yang dia diami.
Topeng tu sebenarnya merupakan kepunyaan seorang gadis yang bernama Avantika. Avantika ni merupakan rakyat kerajaan Kunthana yang telah dimusnahkan oleh Bhalla setelah Devasena berada dalam tawanan kerajaan Mahismati.
Sejak memiliki topeng Avantika, Mahendra berusaha untuk keluar dari kampungnya semata-mata untuk mencari & bersemuka dengan empunya topeng tersebut. Dari situ bermulalah perjalanan Mahendra yang penuh dengan cabaran. Cabaran yang macam mana? Yang ini korang kena tengok sendiri sampai habis. Tak seronoklah jadi tukang spoiler.
Pada yang belum menonton, filem ni memang WAJIB ada dalam senarai tontonan korang. Sebab jalan ceritanya memang terbaik & menarik. Tak rugi tonton walaupun ianya filem Telegu. Jadi memang layak filem ni untuk Syu bagi 5 🌟.
Januari 27, 2022
Dolunay [2017]
Genre :
Sejak akhir-akhir ni rasa macam nak jebakkan diri tengok drama Turki. Asyik layan drama Melayu & Korea lama-lama jemu juga kan. Sekarang ni di TV3 orang ramai tengah kemaruk layan Sirah Beyaz Ask. Tak tahu dah habis ke belum drama bersiri tu ditayangkan. Syu ada tengok juga. Tapi sekejap-sekejap jer. Ada juga beberapa episod yang Syu terlepas. Faham-fahamlah bila tengok sekerat-sekerat. Mesti tak akan faham punya. Ada kelapangan nanti Syu buat drama marathon terus. Tak suka tengok cerita sekerat-sekerat. Tak puas.
Buat masa sekarang ni Syu baru selesai layan drama Turki yang bertajuk Dolunay (Bulan penuh/purnama). Jalan cerita drama Dolunay ni memang menarik. Kalau korang nak tahu, drama bergenre romantik komedi Turki ni mengisahkan tentang kisah cinta seorang gadis jelita yang bernama Nazli dengan usahawan terkenal Ferit Aslan. Nazli ni merupakan pelajar tahun akhir dalam jurusan gastronomi di salah sebuah universiti di Istanbul & dia memang suka memasak. Di Istanbul, dia tinggal sebumbung dengan adiknya yang bernama Asuman & seorang lagi rakan karibnya Fatos.
Nak dijadikan cerita, Nazli ni perlukan kerja untuk menampung hidup di Istanbul bersama Asuman. Kebetulan. Di rumah Ferit ada kekosongan kerja sebagai tukang masak peribadi. Jadi dia pun mohonlah. Tak sangka dia diterima bekerja serta merta. kalau nak tahu, jawatan yang dia pegang tu agak panas juga sebenarnya. Setiap hari mesti akan ada pekerja yang kena pecat. Jadi tak hairanlah kalau jawatan tukang masak peribadi di rumah Ferit tu selalu saja ada kekosongan. Dari saat itu, bermulah detik-detik perkenalan Nazli & Ferit. Pada awalnya, hubungan Nazli dengan Ferit boleh dikatakan agak dingin juga sebenarnya. Salah satu sebabnya adalah Ferit tak suka dengan etika kerja Nazli.
Kalau nak tahu, Ferit ni sejenis lelaki maskulin yang serius, cerewet & perfeksionis dalam apa jua perkara. Semua kerja yang dia lakukan mesti berada kena teratur & tersusun. Berbeza dengan Nazli. Nazli ni pula perangainya jenis gila-gila sikit & tidak suka terikat dengan peraturan. Keras kepala pun ya juga. Lagi dilarang lagi dibuat. Bila di tempat kerja dia suka buat perkara yang Ferit tak suka. Walaupun dah banyak kali ditegur oleh Ikbal (Pembantu peribadi Ferit). Dia tetap ulang perkara yang sama. Tapi dek kerana masakan Nazli berjaya memikat selera & hati Ferit. Jadi, agak sukar untuk Ferit lepaskan Nazli begitu sahaja. Tambahan pula, jawatan tersebut agak sukar untuk dia cari pengganti.
Setelah sekian lama bekerja di rumah Ferit, akhirnya bibit-bibit cinta antara Ferit & Nazli pun berputik. Ferit pun dah mula suka & serasi dengan sikap Nazli. Malangnya, keserasian tersebut jadi terbantut dek kerana perbuatan nakal Asuman. Asuman ni baik sebenarnya. Disebabkan dia masih muda & buta dengan duit, jadi dia sanggup bekerjasama dengan Demit & Hakan. Dek kerana perbuatan Asuman, Ferit gagal mempertahankan dirinya untuk mendapatkan hak penjagaan penuh kepada Bulut. Akhirnya, hak penjagaan tersebut jatuh kepada Demit & Hakan. Tapi masa ni, Ferit tak tahu yang semua ni berpunca dari Asuman. Malah, rahsia ni juga diketahui Nazli.
![]() |
Jelesnya tengok diorang berdua. Serasi sangat digandingkan bersama 😍. |
Selepas rahsia Asuman bocor. Ferit pun mula membenci Nazli & sukar untuk memaafkan dia. Tapi disebabkan Ferit nak rampas semula anak saudaranya kembali, dia terpaksa bekerjasama dengan Nazli. Drama ni sebenarnya ada banyak konflik tau. Jadi macam susah sikit Syu nak ringkaskan ceritanya. Syu rasa sebaiknya korang tengok sendiri drama Dolunay ni. Serius menarik. Korang boleh tonton episod penuh Dolunay di Ytube Channel Turkish Series. Kalau ikutkan, drama ni ada 26 episod. Tapi lepas dipendekkan durasi tayangan setiap episod kepada 45 minit, maka jadilah 81 episod. Jadi, pada yang menonton tu korang bertabahlah yer untuk habiskan kesemua episodnya 😅.
Secara keseluruhan, drama Turki ni memang seronok untuk ditonton. Tak bosan walaupun episodnya banyak. Bila korang mula tengok episod 1, korang akan terjebak terus sampai episod terakhir. Sebab jalan ceritanya menarik & tak membosankan. Untuk drama ni, 5 🌟 Syu bagi. Pada yang belum tengok, korang wajib tonton drama ni. Higly recommended! 👍
Disember 22, 2021
Spider-Man : No Way Home [2021]
Genre :
Lepas balik dari bercuti 3H2M : Kem Sungai Pauh, Cameron Highland & Jalan-jalan Negeri Cik Siti Wan Kembang kemarin, masih ada bersisa satu hari lagi Syu punya cuti. Memandangkan semalam tak tahu nak ke mana. Jadi, Syu booked tiket wayang & luangkan masa bersama yang tercinta tengok filem Spider-Man : No Way Home yang baru keluar panggung 15 Disember hari tu 😁. Lama juga tak masuk panggung tengok wayang. Selalu tengok movie dekat Disney HotStar jer.
Filem Spider-Man kali ni agak luar biasa yer jalan ceritanya sebab digabungkan semua ketiga-tiga Spiderman dalam satu filem. Malah, penjahat-penjahat dari Spider-Man yang sebelum-sebelum ni pun dibawakan kembali dalam Spider-Man : No Way Home ni. Jadi, sebelum korang tengok filem Spider-Man yang terbaru ni, sebaiknya korang tahu jalan cerita filem-filem Spider-Man yang terdahulu. Sekurang-kurangnya korang tak lost bila tengok filem Spider-Man : No Way Home ni.
Untuk pengetahuan korang, lepas Spider-Man mengalahkan Mysterio (Queen Beck) dalam Spiderman : Far From Home, kehidupan Peter Parker menjadi huru hara. Dia & sahabatnya tak dapat menikmati kehidupan yang normal tambah-tambah selepas identiti Peter Parker sebagai Sipder-Man didedahkan di seluruh bandar. Malah, ada segelintir penyokong Mytserio menganggap yang Spider-Man ni jahat.
Jadi, untuk menyelesaikan huru-hara ni, Peter Parker berjumpa dengan Dr. Strange untuk membuat semua orang melupakan siapa Peter Parker yang sebenarnya. Pada awalnya Dr. Strange menolak. Tapi selepas dipujuk, akhirnya Dr. Strange sudi membantu. Malangnya, semasa mantera dibaca, telah berlaku sedikit kesilapan yang menambahkan lagi huru-hara. Semuanya sebab Peter Parker telah mengganggu konsentrasi Dr. Strange membaca mantera. Kesilapan tu telah menyebabkan dimensi Peter Parker yang lain terlibat sama secara tak langsung.
Sejujurnya, masa tengok filem ni semalam, berjurai-jurai juga lah air mata Syu dibuatnya (Dalam hati : Nasiblah tak ada siapa yang perasan 😂). Bukan apa, di kemuncak & pengakhiran filem Spiderman : No Way Home ni ada beberapa adegan yang memang sedih & sebak sangat untuk diterima. Tak percaya? Korang tengok sendiri. Tapi Syu rasa, korang tak ada sampai tahap menangis berjurai-jurai macam Syu 😅. Secara keseluruhannya, filem Spider-Man yang terbaru ni memang terbaik. Cuma pengakhirannya Syu macam tak puas hati sikit. Sebab pada Syu, pengakhirannya sangat menyedihkan untuk kehidupan Peter Parker 😂.