Dynamite Kiss (2025)

Januari 21, 2026

 


Genre : 


Romantik komedi


Pelakon : 

Jang Ki Yong [Gong Ji Hyeok], Ah Eun Jin [Go Da Rim], Kim Mu Jun [Gim Seon U],  Woo Da Vi [Yu Ha Yeong], Jung Ga Hee [Gong Ji Hye]



Rating :

🌟🌟🌟🌟🌟/5

✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽

Selain Scarlet Heart, Dynamite Kiss ni pun antara drama favorite yang buat Syu susah nak move on. Even dah habis tengok full episodes pun still dok ulang-ulang tengok & keep on blushing sorang-sorang 🫣. Sumpah! Memang romantik gila drama ni. Kena pula hero heroin-nyer muka herloks! Drama ni ada 14 episode jer. Tak banyak plot twist. Tapi, setiap episodnya boleh buat korang renyih sorang-sorang macam kerang busuk. Awas! Ha3.

 

Dynamite Kiss


Meh kita spill sikit pasal drama ni. Nak dipendekkan cerita, si Go Da Rim ni accidently terjumpa dengan si Ji Hyeok ni masa kat Pulau Jeju. Kalau ikutkan Go Da Rim ni sepatutnya pergi ke Pulau Jeju tu dengan boyfriend dia. Tapi, entah macam mana boyfriend dia last minute minta break sebab dah ada partner baru. Persiapan nak ke Pulau Jeju dah ready. Nak tak nak terpaksalah si Go Dan Rim ni pergi juga sorang-sorang.


Masa kat Pulau Jeju tu, si Da Rim ni secara tak sengaja terserempak dengan ex-boyfriend dia dengan girlfriend baru. Nak tutup malu punya pasal, dia pun cakaplah dia datang Pulau Jeju tu dengan kekasih dia, Ji Hyeok. Sepanjang berada kat Pulau Jeju tu, berlakonlah si Go Dan Rim ni dengan Ji Hyeok macam sepasang kekasih. Ji Hyeok pula gentleman. Dia layankan jer karenah si Go Dan Rim.


Macam mana boleh jadi Dynamite Kiss?? Ahaaa...yang ni korang kena tengok sendiri. Tak bolehlah nak spill habis kat sini. Tak syok jadi tukang spoiler. Korang yang tak ada Netflix, boleh tengok full episodes dekat apps Loklok. Drama ni best. Rugi sangat kalau kurang tak tengok. Next, kita nak tengok drama Korea “My Beloved Thief” pulak 🤭. Katanya drama ni pun best jugak.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!