Port Makan Yong Taufu Sup Zul Yong Taufu Padang Astaka Sitiawan

Januari 29, 2026

Mana cukup tengahari makan ayam goreng dengan ramen jer 🫣! - Lunch Makanan Korea Di Jang Korean Fried Chicken. Setel kutip mak & adik ipar kat Lumut Event Spot. Kita sambung makan yong taufu pulak kat Padang Astaka, Sitiawan. Kalau kat Taiping famous yong tau fu Bomba. Kat Sitiawan sini, yong tau fu Padang Astaka selalu jadi port orang singgah makan yong taufu panas-panas.


Zul Yong Taufu Sitiawan
Ada juga orang meniaga kat kiosk tepi gerai ni. Tak sure diorang jual apa pasal Syu maleyh nak jalan 🤣


Yong taufu
Rambang mata tengok. Rasa macam nak pilih semua 😂.


Biasanya Syu makan dekat gerai yong taufu yang dekat Dataran Muhibbah tu. Lepas adik ipar cakap kat situ kedainya macam tak berapa bersih, kita pun tukarlah dekat port dia selalu makan yong taufu dengan laki dia. Nama kedai tu Zul Yong Taufu. Tempatnya betul-betul bersebelahan Padang Astaka. Siapa rajin exercise kat sini petang-petang tu, boleh lah singgah makan yong taufu kat sini.


Kat Zul Yong Taufu ni port makannya santai sikit. Tak sesak macam kat gerai yang Syu biasa pergi tu. Even nak parking pun senang. Dekat depan kedai jer. Selain yong taufu, menu masakan panas macam nasi goreng mee goreng pun ada juga jual kat sini - Mak & adik ipar Syu cakap sedap!. Since tujuan asal kitaorang ke sini nak makan yong taufu, so tak ada lah kitaorang order barang pemakan lain.


Yong taufu sup
Macam banyak fishcake dengan tauhu fucuk jer. Ketam tipu pun tenggelam ke dalam tak nampak bayang.


Yong taufu
Ha! Makan kenyang-kenyang. Nanti kat rumah tak gaduh nak masak.


Apa yang Syu perasan, yong taufu kat sini mostly makan dengan kuah sup & sambal. Sos yong taufu warna hitam, manis-manis pedas macam kita selalu makan kat Taiping tu tak ada diorang buat 🥹 - Yang hairanya, bila Syu berbeli kat pasar malam ada pula orang berjual 😅. Actually, makan dengan kuah sup pun dah okay dah sebenarnya. Kuah supnya tak pedas. Budak-budak pun boleh makan juga.

 

Overall, yong taufu Zul ni memang sedap. Especially dia punya kuah sup & sambal. Kalu korang ada turun Sitiawan, korang singgahlah makan yong taufu kat sini. Memamgn puas hati. Yang tak makan yong taufu jangan risau. Kat sini pun diorang ada jual makanan panas. Kabor jer ke deme nak makan apa. Diorang buat!




Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!