Lunch Makanan Korea di Jang Korean Fried Chicken

Januari 28, 2026

Hujung minggu hari tu hantar mak dengan adik ipar pergi Annual Dinner Amanah Ikhtiar (AIM) kat Lumut Event Space. Sementara tunggu annual dinner diorang habis, Syu dengan Sarah pun singgahlah makan tengahari dekat satu kedai makan Korea ni - Jang Korean Fried Chicken nama kedainya. Dari luar nampak macam menarik. Ada pula logo halal. Lagilah kita jadi yakin nak singgah makan 😛.


Tempat selesa. Gelap redup buat kita rasa nak tido 🫣

Cadang nak makan tteokbokki. Tapi, dah sold out lah pulak. So, kita decide makan ayam goreng dengan ramen jer. Untuk ayam goreng Syu pilih set Buddy Meal Combo. Dalam set ni ada 10 ketul ayam, air & fried rice. Sos ayam gorengnya pulak boleh mix 3 jenis. Syu pilih original, classic yangnyeom & creamy onion. 


Habis seronok dia dapat dia punya Ramen 😏.


Portion macam ni boleh makan tiga orang sebenarnya 🫣.


Sedap ke tidak? Overall okaylah. Masih boleh diterima tekak. Ayam goreng rangup. Ramen pun sedap. Cukup dia punya rasa pedas masam manis - Kimchi kat sini sedap! Cuma ayam goreng letak sos creamy onion tu macam kureng sikit dia punya rasa & tekak Syu tak boleh go 😂. Untuk sos makan dengan ayam goreng, Syu lagi prefer classic yangnyeom.

Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!