Januari 28, 2026
Lunch Makanan Korea di Jang Korean Fried Chicken

Hujung minggu hari tu hantar mak dengan adik ipar pergi Annual Dinner Amanah Ikhtiar (AIM) kat Lumut Event Space. Sementara tunggu annual dinner diorang habis, Syu dengan Sarah pun singgahlah makan tengahari dekat satu kedai makan Korea ni - Jang Korean Fried Chicken nama kedainya. Dari luar nampak macam menarik. Ada pula logo halal. Lagilah kita jadi yakin nak singgah makan 😛.
![]() |
| Tempat selesa. Gelap redupnya tu buat kita rasa nak tido 🫣 |
Cadang nak makan tteokbokki. Tapi, dah sold out lah pulak. So, kita decide makan ayam goreng dengan ramen jer. Untuk ayam goreng Syu pilih set Buddy Meal Combo. Dalam set ni ada 10 ketul ayam, air & fried rice. Sos ayam gorengnya pulak boleh mix 3 jenis. Syu pilih original, classic yangnyeom & creamy onion.
![]() |
| Habis seronok dia dapat dia punya Ramen 😏. |
![]() |
| Portion macam ni boleh makan tiga orang sebenarnya 🫣. |
Sedap ke tidak? Overall okaylah. Masih boleh diterima tekak. Ayam goreng rangup. Ramen pun sedap. Cukup dia punya rasa pedas masam manis - Kimchi kat sini sedap! Cuma ayam goreng letak sos creamy onion tu macam kureng sikit dia punya rasa & tekak Syu tak boleh go 😂. Untuk sos makan dengan ayam goreng, Syu lagi prefer classic yangnyeom.
Ogos 01, 2025
Lunch Di Black Canyon Coffee Alamanda Putrajaya Shopping Center

![]() |
| Nah! Sempat amik gambar depan pintu je. Isi dalam maleyh nak amik. Udah lapor! 😂 |
Alang-alang dah touch down Putrajaya, kita singgah kat Alamanda Putrajaya makan tengahari. Perut dah lapar sangat dah ni. Energy dah habis banyak pasal sibuk dok berjalan time tengah-tengah hari rembang, semata-mata nak tengok & ambil gambar Masjid Putra & Pejabat Perdana Menteri 🤣. Dari kompleks KESUMA sana ada lah dalam 25 minit macam tu kitaorang berjalan - Sampai sunburn lah muka dibuatnya.
![]() |
| Masuk sini dapatlah sejukkan badan sikit. Cuaca kat luar Putrajaya memang panas betul kome! 🥵 |
Dari Masjid Putra nak pergi ke Alamanda Putrajaya memang idak ler kitaorang dua nak jalan kaki kome. Kitaorang order GRAB jer. Lebih mudah & cepat. Lagi satu pasal kitaorang dua dah maleh! Plus paneyh 🤣! Even dah pakai payung pun tak lut. Dia punya bahang tu toksah cakaplah. Panas membara melempang-lempang muka!! 😵💫
![]() |
| Syu makan set Chicken Pad Kra Pao & Si Choy pula makan set Green Curry Chicken. Total semua RM55 jer. Kira murahlah kan? |
Sampai Alamanda Putrajaya sana, Syu ajak kawan Syu makan kat Black Canyon Coffee jer. Situ tak ramai orang & lebih selesa sikit nak berchit-chat. Lagipun, kawan Syu tak pernah makan kat Black Canyon Coffee ni juga. So, memang elok sangatlah ajak dia makan kat sini & bagi dia rasa sedap ke tidak Black Canyon Coffee ni kat tekak dia - Choy cakap sedap! 😁
Pada Syu, nasi Pad Kra Pao dengan tomyam dia memang sedap. Cuma daun Thai basil dalam Pad Kra Pao tu jer Syu tak berapa minat sangat - 😂 Tak ada Thai basil tak jadilah nama dia Pad Kra Pao kan?? Tapi Syu makan lah juga pasal Thai basil-nya diorang tak letak banyak. Untuk green curry chicken?? Urmmmm...Syu tak minat! Ha3. Banyak beno terungnya. Karinya pula rasa plain. Air?? Sedap! Especially watermelon frost tu. Nak-nak minum time tengah cuaca panas macam ni 😘.
Januari 22, 2024
Alkisah Malas Keluar Lepas Tu Malas Balik 🤭
Hujung minggu, seperti biasa diluangkan untuk berehat. Kalau tak pergi ke mana-mana. Syu duduk diam-diam dalam rumah. Buat aktiviti sendiri. Tak ada kerajinan nak berblog. Syu layan movie & TikTok. Tak pun kemas rumah 😬.
Bukan tak nak keluar pergi mana-mana sebenarnya. Cuma, kadang-kadang tu Syu rasa malas nak bersiap & hadap "ketertiban" umat manusia di atas jalan raya 😅.
Almaklumlah, time hujung minggu mesti ramai yang keluar pergi jalan-jalan punya. Tapi itulah, bila dah keluar. Rasa malas pula nak balik rumah - Dah seronok punya pasal 🤭. Sejenis perangai kan! Korang macam ni tak kadang-kadang 🤪?
![]() |
| Makan nasi ayam pedas Secret Recipes dengan cousin encik husband. Sedap! 😋 |
![]() |
| Selfie satu muka tak nak balik rumah 🤣. |
![]() |
| Usha adik manis sementara tunggu kopi & toasties siap 🤫 |
![]() |
| Sambung makan pretzel yang Syu tapau dekat AEON Kinta City tadi. Kopi minum esok. Dah cukup manis dah hari ni |









