Posts with the label Lumut
Memaparkan catatan dengan label Lumut. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Lumut. Papar semua catatan

Januari 28, 2026

Lunch Makanan Korea di Jang Korean Fried Chicken

Hujung minggu hari tu hantar mak dengan adik ipar pergi Annual Dinner Amanah Ikhtiar (AIM) kat Lumut Event Space. Sementara tunggu annual dinner diorang habis, Syu dengan Sarah pun singgahlah makan tengahari dekat satu kedai makan Korea ni - Jang Korean Fried Chicken nama kedainya. Dari luar nampak macam menarik. Ada pula logo halal. Lagilah kita jadi yakin nak singgah makan 😛.


Tempat selesa. Gelap redupnya tu buat kita rasa nak tido 🫣

Cadang nak makan tteokbokki. Tapi, dah sold out lah pulak. So, kita decide makan ayam goreng dengan ramen jer. Untuk ayam goreng Syu pilih set Buddy Meal Combo. Dalam set ni ada 10 ketul ayam, air & fried rice. Sos ayam gorengnya pulak boleh mix 3 jenis. Syu pilih original, classic yangnyeom & creamy onion. 


Habis seronok dia dapat dia punya Ramen 😏.


Portion macam ni boleh makan tiga orang sebenarnya 🫣.


Sedap ke tidak? Overall okaylah. Masih boleh diterima tekak. Ayam goreng rangup. Ramen pun sedap. Cukup dia punya rasa pedas masam manis - Kimchi kat sini sedap! Cuma ayam goreng letak sos creamy onion tu macam kureng sikit dia punya rasa & tekak Syu tak boleh go 😂. Untuk sos makan dengan ayam goreng, Syu lagi prefer classic yangnyeom.

Lunch Makanan Korea di Jang Korean Fried Chicken

Januari 28, 2026

Mac 09, 2024

Promosi Buffet Ramadhan Manjung 2024 : Absolute Buffet Kopee Paste @ Lumut Hotspot

Buffet Ramadhan 2024

Ramadhan dah tak lama dah. Tak tahu nak berbuka dekat mana bulan puasa nanti? Yang duduk sekitar Manjung, Lumut & Sitiawan, meh berbuka puasa di Kopee Paste bersempena Ramadhan ni nanti. Tahun ni diaorang dah tukar port baru di Lumut Hotspot dengan konsep yang lebih menarik.



Siapa-siapa yang belum booking tu cepat-cepat booking tau! Sebab ada harga terpaling special untuk korang selama 2 hari ni. Harga kali ni memang HARGA RUNTUH habis. Lagi runtuh berbanding tahun-tahun lepas!



Promosi 2 hari sahaja! 


✅Tempat terhad 

✅Lebih 100 menu Klasik dan Moden

✅10 Warung Nostalgia 

✅5 Warung LIVE COOKING

✅Cabutan Voucher SETIAP HARI 

✅PARKING YANG SANGAT LUAS

✅SURAU disediakan Lelaki & Perempuan

✅Vibe Klasik Melayu yang sebenar

✅Makanan sesuai semua peringkat Umur


Ramadan 2024 kali ni, korang wajib berbuka puasa di ABSOLUTE BUFFET KOPEE PASTE. Konsep tahun ni bertemakan tema Melayu klasik. Nak booking, boleh klik pada bannerBooking cepat, sebelum meja fully booked macam tahun sebelum ni. 



Buffet Ramadhan 2024
Klik untuk tempahan! Promosi dari 14/3/2024 sehingga 15/3/2024 sahaja.


Tarikh : 14 Mac 2024 hingga 8 April 2024

Tempat : Lumut Hotspot

Harga Istimewa : RM29.90




Promosi Buffet Ramadhan Manjung 2024 : Absolute Buffet Kopee Paste @ Lumut Hotspot

Mac 09, 2024

Februari 19, 2024

Taman Paya Bakau Lumut Perak

Ni alkisah Sabtu minggu lepas. Selesai makan kenduri. Syu, mak & Sarah Deris beransur awal. Bukan apa, malas nak melepek di tempat kenduri tu lama-lama. Jemputan pula, makin lama makin ramai. Rasa tak selesa pula dibuatnya 😂.


Jadi, kitaorang bertiga berubah haluan ke tempat yang lebih menenangkan ke taman monyet yang famous ada di daerah Manjung ni - Sekarang nama barunya Taman Paya Bakau Bandar. Tempatnya dah tak jauh dah dari tempat keduri. Dalam 10 minit macam tu.


Taman Paya Bakau Lumut Perak
Harga tiket masuk cuma RM3 untuk dewasa. Kanak-kanak & warga emas Syu tak pasti. Mungkin sama harga juga agaknya 😅


Agak lama juga Syu tak ke Taman Paya Bakau Bandar yang terletak di daerah Manjung ni sebenarnya. Since Majlis Perbandaran Manjung (MPM) tutup taman ni untuk kerja-kerja menaik taraf. Memang Syu tak pernah singgah langsung dah.


Kali terakhir Syu pergi, masa Syu buat research untuk Syu punya thesis tahun 2011 - Tajuk thesis Syu masa tu ada kena mengena dengan hutan paya bakau 🤭. Punyalah lama kan Syu tak pergi? Padahal setiap kali balik kampung, Syu selalu lalu depan taman ni 😅. Entah macam mana baru terdetik nak singgah.



Cantik & lebih terurus


Taman paya bakau Lumut Perak
Tandas baru. Harap tak ada yang salah guna & bagi rosak  😌. 


To be honest, Taman Paya Bakau Bandar Manjung yang sekarang jauh lebih cantik & terurus berbanding dulu. Masa pergi sana hari tu, dah macam-macam perubahan pihak MPM dah buat. Ada kaunter tiket. Kemudahan tandas awam & juga trek baru yang lebih selamat & kukuh untuk dilalui.


Taman paya bakau
Treknya dah tukar kepada konkrit. Dulu kayu. Nak pijak pun seram 😂. 


Paling best, sepanjang trek laluan paya bakau ni bersih & dah tak bersepah dengan sampah-sarap lagi. Monyet-monyet dalam taman paya bakau ni pun dah behave sikit diorang punya perangai. Elok sopan santun semuanya. Nampak agresif. Tapi, tak disturbing sangatlah bila lalu tepi diaorang.


Taman paya bakau


Dulu, setiap kali datang ke taman paya bakau ni. Memanjang saja monyet-monyetnya nak merampas barang orang - Auto teringat incident Sarah Deris punya botol air kena rampas 😅. Ganas & agresif diorang masa tu. Sekarang diorang dah tak macam tu dah.


Mungkin pengujung semua follow rules supaya tak beri monyet-monyet ni makanan agaknya. That's why monyet-monyetnya behave sikit perangai. Sebab diaorang pun tahu, yang pergi sana cuma datang nak tengok saja & bukannya nak bagi diorang makan. 



Jambatan gantung


Taman paya bakau
Untuk jambatan gantung, dibenarkan untuk naik menyeberang 5 orang sahaja dalam satu-satu masa. 


Jambatan gantung masih dibuka untuk pengunjung lalu menyeberang. Kalau korang datang berkunjung ke sini, korang wajib naik & lalu atas jambatan ni. Barulah korang boleh tengok pemandangan cantik hutan paya bakau ni dari atas. Tapi, kena ingat. Tak boleh naik ramai atas jambatan ni tau. Maksimum 5 orang sahaja dibenarkan dalam satu-satu masa 🖐🏻 . Kalau lebih muatan nanti takut lain pula yang jadi.


Taman paya bakau
Pemandangan dari atas menara jambatan gantung. 


Taman paya bakau
Tenang & penuh dengan kehijauan 😌. 


Taman Paya Bakau Lumut Perak

Februari 19, 2024