Januari 28, 2026
Lunch Makanan Korea di Jang Korean Fried Chicken

Hujung minggu hari tu hantar mak dengan adik ipar pergi Annual Dinner Amanah Ikhtiar (AIM) kat Lumut Event Space. Sementara tunggu annual dinner diorang habis, Syu dengan Sarah pun singgahlah makan tengahari dekat satu kedai makan Korea ni - Jang Korean Fried Chicken nama kedainya. Dari luar nampak macam menarik. Ada pula logo halal. Lagilah kita jadi yakin nak singgah makan 😛.
![]() |
| Tempat selesa. Gelap redupnya tu buat kita rasa nak tido 🫣 |
Cadang nak makan tteokbokki. Tapi, dah sold out lah pulak. So, kita decide makan ayam goreng dengan ramen jer. Untuk ayam goreng Syu pilih set Buddy Meal Combo. Dalam set ni ada 10 ketul ayam, air & fried rice. Sos ayam gorengnya pulak boleh mix 3 jenis. Syu pilih original, classic yangnyeom & creamy onion.
![]() |
| Habis seronok dia dapat dia punya Ramen 😏. |
![]() |
| Portion macam ni boleh makan tiga orang sebenarnya 🫣. |
Sedap ke tidak? Overall okaylah. Masih boleh diterima tekak. Ayam goreng rangup. Ramen pun sedap. Cukup dia punya rasa pedas masam manis - Kimchi kat sini sedap! Cuma ayam goreng letak sos creamy onion tu macam kureng sikit dia punya rasa & tekak Syu tak boleh go 😂. Untuk sos makan dengan ayam goreng, Syu lagi prefer classic yangnyeom.
Mac 01, 2024
Layan Teringin Sarah Deris Makan Myeongdong Topokki 😌

Semalam, singgah AEON Station 18. Saja, bawa si Sarah Deris pergi makan Myeongdong Topokki. Tak pernah makan lagi katanya. Almaklumlah, dekat AEON Manjung sana mana ada Myeongdong Topokki ni. That's why dia teringin sangat nak rasa. Tambah-tambah si Sarah Deris ni suka makanan Korea.
Punyalah gigih dia nak pesan guna GrabFood sebab teringin punya pasal. Padahal, kalau makan dekat kedai jauh lagi murah berbanding GrabFood 😂. Nasib baik akaknya perasan. Kalau tak, buta-buta dibelinya dekat GrabFood. Since akaknya ada kerajinan nak bawa ke AEON Station 18 nun. Dapatlah dia merasa 🫣.
![]() |
| Kita bagi dia rasa 🤭. |
Pesan Set Robokki & Dakganjeong Chi-Ken
![]() |
| Ayamnya sedap & juicy. Tapi kena kurangkan sikit masinnya 😅. |
Actually, Syu dah pernah makan dah Myeongdong Topokki ni sebelum-sebelum ni. Tapi, tak pernah pun buat review. To be honest, rasanya nak kata sedap sangat sampai bikin ketagih tu tak ada lah. Pada Syu, rasanya tu biasa-biasa saja - Rasa macam lagi sedap masak sendiri 😁. Tapi, kalau setakat nak mencuba & buat rasa-rasa tu bolehlah. Especially for those yang craving & teringin sangat nak cuba makan makanan Korea.
Syu pesan siap-siap dah dengan Sarah. Jangan order banyak-banyak. Bukan apa, takut tak termakan - Kita dah pernah makan, so kita tahulah rasanya macam mana 😅. So, dia just pesan 1 set Rabokki (RM15.94) dengan Dakganjeong Chi-Ken (RM10.28) saja - Tak termasuk service tax. Air dah included sekali satu set. So, korang boleh refill berapa banyak kali korang nak. Tapi, air grreen tea kosong sajalah 😆.
![]() |
| Yang ini Syu speechless. Siapa yang pernah makan mesti tahu apa yang missing dekat dalam bekas ni 🤣. |





