Layan Teringin Sarah Deris Makan Myeongdong Topokki 😌

Mac 01, 2024

Korean foods

Semalam, singgah AEON Station 18. Saja, bawa si Sarah Deris pergi makan Myeongdong Topokki. Tak pernah makan lagi katanya. Almaklumlah, dekat AEON Manjung sana mana ada Myeongdong Topokki ni. That's why dia teringin sangat nak rasa. Tambah-tambah si Sarah Deris ni suka makanan Korea.


Punyalah gigih dia nak pesan guna GrabFood sebab teringin punya pasal. Padahal, kalau makan dekat kedai jauh lagi murah berbanding GrabFood 😂. Nasib baik akaknya perasan. Kalau tak, buta-buta dibelinya dekat GrabFood. Since akaknya ada kerajinan nak bawa ke AEON Station 18 nun. Dapatlah dia merasa 🫣. 


Myeongdong Topokki
Kita bagi dia rasa 🤭. 



Pesan Set Robokki & Dakganjeong Chi-Ken


Myeongdong Topokki
Ayamnya sedap & juicy. Tapi kena kurangkan sikit masinnya 😅. 


Actually, Syu dah pernah makan dah Myeongdong Topokki ni sebelum-sebelum ni. Tapi, tak pernah pun buat review. To be honest, rasanya nak kata sedap sangat sampai bikin ketagih tu tak ada lah. Pada Syu, rasanya tu biasa-biasa saja - Rasa macam lagi sedap masak sendiri 😁. Tapi, kalau setakat nak mencuba & buat rasa-rasa tu bolehlah. Especially for those yang craving & teringin sangat nak cuba makan makanan Korea.


Syu pesan siap-siap dah dengan Sarah. Jangan order banyak-banyak. Bukan apa, takut tak termakan - Kita dah pernah makan, so kita tahulah rasanya macam mana 😅. So, dia just pesan 1 set Rabokki (RM15.94) dengan Dakganjeong Chi-Ken (RM10.28) saja - Tak termasuk service tax. Air dah included sekali satu set. So, korang boleh refill berapa banyak kali korang nak. Tapi, air grreen tea kosong sajalah 😆.


Myeongdong Topokki
Yang ini Syu speechless. Siapa yang pernah makan mesti tahu apa yang missing dekat dalam bekas ni 🤣. 


Comments

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!