Ahad lepas, pagi lagi kami dah keluar cari lauk & barang pemakan 🤭. Bila teringat kat Beruas ada pekan sari, semua pakat bersiap nak ikut. Dengan pengantin-pengantin baru pun ikut join sekali. Lagipun, time ni lah nak keluar tengok suasana pekan Beruas yang sebenar. Ada ramai orang & bukan macam pekan mati yang tak ada apa-apa aktiviti.
![]() |
| Tak ramai yang meniaga pasal ada laluan yang ditutup untuk renovation 🥹. |
![]() |
| Macam-macam ada jual. Dari makanan sampai lah ke barangan basah 😁. |
Pekan Beruas ni kecil jer & idak ler sesibuk macam Pekan Parit sana. Tapi, setiap kali hujung minggu, akan ada ramai pengunjung luar datang bertandang sebab kat sini ada hidden gems yang boleh dikatakan agak menarik juga untuk diterokai selain dari sejarah Pekan Beruas tu sendiri.
Next round, kita pergi Muzium Beruas pula. Dapat juga tambah-tambah ilmu sikit pasal sejarah keagungan kerajaan Gangga Negara & Beruas ni. Dengar cerita, pekan Beruas ni dulu tempat pelabuhan kapal-kapal besar. Macam menarik kan? Ahad ni nanti kita pergi explore. Dah lama juga Syu tak pergi Muzium Beruas. Kali terakhir pergi masa tingkatan satu dulu 🤭.
[P/S : Kuih talam kat Pekan Beruas ni sedap-sedap tau. Almaklumlah, air tangan orang lama. Kalau datang sini petang-petang, jangan lupa singgah beli. Kiosk kuihnya tu betul-betul depan stesen bas pekan Beruas.



Geram tgk bantal kekabu tu =D
BalasPadamKan...geram jer tengok. Cadang nak beli jugak. Tapi, kat rumah plak dah banyak bantal 🤭.
PadamPasar sekarang dah tak meriah macam dulu.
BalasPadamItulah tu...
PadamPeniaga-peniaga pun tak berani juga nak berniaga macam-macam. Takut tak ada yang nak membeli.