Ogos 04, 2025
Comey Larhhhh...Telekung Travel Al-Mahira Ni!

Hari tu mak suruh Syu belikan telekung. Katanya mak dah niat nak bersedekah kat anak menantu perempuan kalau ada dapat "duit Sg.Buaya" - Actually, mak ada dapat duit pampasan arwah opah jual tanah Felda Sg.Buaya. So, mak cadang nak sedekahkan lah sikit. At least mengalir juga pahala arwah opah kat sana.
Mak cadang nak bagi telekung. So, Syu suggest lah kat mak beli mini telekung travel Al-Mahira ni untuk kitaorang anak menantu. Kalau bagi hadiah telekung macam ni, dah tentu-tentu kitaorang guna hari-hari buat solat. Betul tak? 🤭.
![]() |
Comel sangat! Senang nak bawa pergi travel mana-mana. |
Telekung beli kat mana?? 😁 Beli kat Shopee jer nyah! Pasal kat Tiktok tak ada jual yang macam ni. Kalau ada pun kain telekung macam ponco tu. Ringan! Senang sangat terselak bila kena tiup angin. Harga telekung travel Al-Mahira ni tak mahal mana pun. Sepasang tak sampai pun RM30.
Yang best-nya telekung ni siap ada bag sekali tau. So, senang nak simpan & very convenient untuk bawa travel mana-mana. Dekat bahagian edges telekung tu seller buat kemasan laser cut. So, telekung nampak cantik macam ada kerawang-kerawang gittew.
![]() |
Ada bag simpan telekung. Lepas tu kat bahagian leher boleh adjust dia punya zip untuk kecil besarkan bahagian muka. |
![]() |
Material sejuk & jahitan pun kemas. Untuk kemasan hujung diorang guna laser cut buat bentuk kerawang macam ni. |
Material kain telekung ni tak panas & jenis cepat kering bila dibasuh. Dekat bahagian leher pula ada zip. Kalau rasa ketat dekat bahagian dagu, korang boleh adjust ikut keselesaan. Overall, memang best telekung ni. Cuma kena ambil masa sikitlah nak tunggu ordernya sampai. Pasal telekungnya made in Indonesia 😅 - BELI SINI 👉 Mini Telekung Travel Al-Mahira
Jun 14, 2025
Breakfast di Food & Wood Craft Cafe

Memandangkan hari ni kita nak jalan jauh. So, kita isi tangki dulu di Food & Wood Craft Cafe. Kafe ni akak ipar Syu yang suggest. Katanya best. Tapi itulah, ramai bebeno manusianya pun 😅. Dah alang-alang sampai sini, kita layankan jelah.
![]() |
Penuh orang kome! Jenuh cari tempat duduk 😮💨. |
![]() |
Makan kena order sendiri. Masa order jangan lupa sebut nombor meja. Nanti makanan kome x sampai 🫣. |
![]() |
Team Ipoh & KL. Ni semua famili belah husband Syu 😁. |
![]() |
Macam-macam pilihan makanan ada kat sini. Dari menu yang ringan-ringan sampailah ke menu yang berat-berat 😋. |
Julai 29, 2024
Alkisah Glamping Di Gunung Medan Perlis
Hari tu Syu tunjuk view sunrise Gunung Medan masa time subuh kan? Ini cerita penuhnya. Kalau korang nak tahu, hari Jumaat hari tu kitaorang laki bini pergi bercuti ke Perlis 😬. Selesai tabur duit dekat Padang Besar, kitaorang bermalam di Kuala Perlis pula sebab husband Syu cakap dia teringin nak makan seafood fresh dekat medan ikan bakar sana.
Since dekat pekan hotel banyak dah fully booked. Kitaorang pun cubalah ber-glamping satu malam di Gunung Medan Glamping & Cafe Perlis. Lokasinya pun dah tak jauh dah dari pekan Kuala Perlis. Dalam 12 minit je dari tempat kitaorang glamping. So, hari ni Syu nak cerita sikitlah pengalaman ber-glamping dekat sana macam mana 🤭.
![]() |
Total dome ada 6. Ada Family Dome & Super Family Dome 🤭. |
Mula-mula Syu ingatkan tempatnya biasa-biasa je tau. Bila dah sampai. Rasa terpegun gila tengok dome-dome yang ada dekat situ 😂! Sumpah comel! Dia punya view tu macam duduk dekat oversea pun ada. Rasa macam tak percaya dekat area Kuala Perlis ni ada port glamping yang cantik untuk pergi healing. Tempatnya bersih. Suasana pun tenang & damai je. Kira jauhlah dari hiruk-pikuk bandar 😌.
![]() |
Untuk family dome ni boleh muat dalam 3-4 orang 👨👩👧👦. Harga RM170/malam untuk hari Khamis hingga Jumaat & Public Holiday). Hari lain RM120/malam. |
Dalam dome jangan cakaplah. Kelengkapan semua serba serbi lengkap Syu tengok. Masuk dekat dalam je terus
rasa tak nak keluar-keluar tau. Tambah-tambah boleh tengok movie. Aircond-nya pun boleh tahan sejuk🤣. Memang
lena betul tidur dibuatnya. Servis penghantaran makanan pun ada disediakan juga - Senarai menu & harga makanan ada diletakkan sekali dalam bilik.
Untuk pengetahuan korang, parking space dekat sini agak limited sikit sebab tempatnya berbukit. Tapi, kalau korang ambil dome 1,2 & 3, korang boleh parking kereta betul-betul depan dome. Cuma dome 4 sampai 6 sahaja korang tak boleh parking depan dome sebab laluan nak masuk ke glamping area tu agak sempit.
Setiap dome ni ada disediakan kerusi, tempat memanggang & kepala paip. Nak ke tandas & bilik mandi, korang kena menapak ke belakang sikit dalam 50 meter - Malam-malam pergi tak scary pun sebab tempatnya terang berderang.
Sunset & sunrise sumpah cantik!
![]() |
View paling mahal! Cantik kan? 🥰 |
Sambil-sambil ber-glamping, korang juga boleh cuci mata tengok pemandangan sunrise & sunset. Nak view lagi cantik, korang kena naik & tengok Viewpoint Gunung Medan. Dari tapak glamping jaraknya cuma 100 meter je - Insect repellent jangan lupa pakai tau. Nyamuk banyak sepanjang trek nak naik ke view point tu!
Setel tengok pemandangan, korang bolehlah lepak minum-minum petang dekat Glass Cafe Gunung Medan ni. Ada macam-macam makanan & minuman ada jual dekat situ. Cafe ni dibuka kepada pengunjung setiap hari dari jam 5 petang sampai 11 malam. Sabtu Ahad ada buka sekejap waktu pagi sampai 10 pagi. So, bolehlah kalau korang nak singgah breakfast.
![]() |
On the way nak naik ke Viewpoint Gunung Medan korang boleh nampak cafe ni dekat sebelah kiri. |
Actually, Syu cadang nak sambung glamping lagi satu malam. Malangnya,
dome yang kitaorang duduk tu dah fully booked sampai hari Ahad 🥹. Sedih kan! So nak tak nak, terpaksalah kitaorang check out juga tengahari Sabtu
tu. Rasa menyesal pula tak book dua malam terus. Next time kalau datang sini,
nak booking terus 2 malam. Baru puas hati!
Jun 06, 2023
Senja Nan Merah Dari Jambatan Bagan Datuk

Selesai hantar Sarah Deris balik kolej semalam, kononnya nak pergi lepak pekan Bagan Datuk & tengok sunset dekat jambatan yang baru dibuka tu.
Malangnya, kami semua dapat singgah tengok sunset saja. Sebab jalan nak masuk ke pekan Bagan Datuk jem teruk 😂. Almaklumlah, ramai yang balik bercuti agaknya.
![]() |
Kena hati-hati berhenti dekat bahu jalan atas jambatan Bagan Datuk ni. Bahaya. Sebab ada banyak kenderaan lalu lalang 😅. |
Tambah pula sekarang ni tengah musim cuti sekolah. Memang ramailah yang keluar pergi jalan-jalan habiskan sisa-sisa cuti dengan anak-anak.
Lepas tu jalan nak ke Bagan Datuk pula dah tak jauh dah macam dulu. Kalau dari Sitiawan, dah boleh terus menyeberang guna jambatan Bagan Datuk.
![]() |
Suka tengok sunset. Sunrise pun sama 😍 |
Tak payah susah-susah dah nak lalu jambatan Teluk Intan & masuk kawasan Hutan Melintang lagi 😁. Sebab dah ada laluan alternatif & cepat untuk sampai terus ke pekan Bagan Datuk.
BACA JUGA
➣ Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
➣ Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak
![]() |
Cantik kan?Tapi, mak Syu suruh masuk kereta cepat. Tak elok lepek-lepek dekat luar waktu-waktu senja macam ni 😂. |
![]() |
Yang duduk dekat tengah-tengah tu apa ya?Tongkang eak 😅? |
Cantikkan pemandangan matahari terbenam dari Jambatan Bagan Datuk ni. Tenang & sejuk mata memandang. Tapi, tak boleh tunggu lama-lama atas jambatan ni. Tambah-tambah waktu senja begini. Tak elok orang tua-tua kata 😂. Jadi, lepas ambil gambar, cepat-cepatlah beransur balik ya.
Disember 09, 2022
Taman Rekreasi Gunung Lang Ipoh
TAMAN REKREASI GUNUNG LANG IPOH | Bila datang ke Ipoh, jangan lepaskan peluang jejakkan kaki ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni. Tempatnya memang cantik & sangat memukau sesiapa sahaja yang datang ke sini. Penuh kehijauan. Seimbang dengan elemen flora & fauna.
Bekas Tapak Lombong
Kalau korang nak tahu. Taman Rekreasi Gunung Lang ni sebenarnya merupakan bekas tapak lombong yang kaya dengan hasil biji timah. Sumber berharga ini telah mula diterokai hasilnya sejak tahun 1918.
Kemudian pada awal tahun 20-an, tapak bekas lombong ni tidak lagi digunakan untuk aktiviti perlombongan. Sebaliknya, ia dibangun & dikomersialkan menjadi salah satu produk geopelancongan yang kini popular di Negeri Perak.
![]() |
Penuh dengan kehijauan. Sejuk mata memandang 😌. |
Taman rekreasi seluas 75 ekar ni dikelilingi oleh bukit batu kapur & diliputi oleh tasik yang seakan-akan kehijauan airnya. Di dalam tasik ni pula kaya dengan pelbagai spesies ikan air tawar. Contoh macam ikan patin ni. Ikannya memang besar-besar belaka. Seram pula nak dibuat makan 😂.
![]() |
Besar-besar ikannya. Takut kita 😂. |
Tarikan menarik
Hidden gems Taman Rekreasi Gunung Lang ni ada di seberang tasik. Nak pergi ke sana, korang kena menyeberang menaiki bot khas yang telah disediakan oleh Majlis Bandaraya Ipoh ni.
![]() |
Wajib naik bot. Baru boleh tengok apa ada dekat seberang lombong nun 😁. |
Actually, dari jeti nak ke seberang tasik tak lama mana pun. Cuma makan masa dalam 3 minit saja. Sambil-sambil menunggu bot, sementara tu bolehlah bagi ikan dalam lombong ni makan. Makanan ikannya ada dijual di kiosk berhampiran - RM1 sebungkus 😁.
Harga tiket bot & waktu operasi
Tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni boleh dibeli di kaunter tiket berhampiran pintu masuk. Harga tiket bot untuk masuk ke Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang tersangatlah murah.
Untuk pergi & balik, cuma RM1.50/pax sahaja dikenakan untuk pengunjung kanak-kanak & warga emas. Manakala, RM3.00/pax dikenakan kepada pengunjung dewasa. Murah kan?
![]() |
Warna hijau penyejuk mata & penenang fikiran 😌💕. |
Untuk makluman korang, taman rekreasi ni dibuka kepada pengunjung setiap hari Isnin hingga Ahad (Termasuk cuti umum) seawal jam 8 pagi. Cuma waktu operasinya ada sedikit berbeza pada hari Jumaat, hujung minggu & juga cuti umum.
Luas & santai
Taman Rekreasi Gunung Lang ni memang lokasi yang sangat sesuai untuk beriadah & luangkan masa bersama keluarga. Tempatnya memang luas & santai. Ada taman permainan, mini zoo, rumah tradisional & sarat dengan port bergambar.
![]() |
Tempatnya luas. Berkicap juga nak jalan satu taman 😂. |
![]() |
Dulu ada burung merak. Tak tahu ke mana perginya 😅. |
Actually, nak berpiknik dekat sini pun boleh. Sebab tempatnya redup & banyak pokok-pokok untuk dijadikan teduhan. Cuma korang kena berhati-hati sikit dengan monyet. Takut ada adegan rampas merampas makanan pula nanti 🤭.
![]() |
Nak bergambar dekat rumah tradisional yang dekat sebelah nun. Tapi ramai orang pula 😅. |
Pada Syu, memang satu kerugian besar kalau tak singgah ke sini bila datang bercuti di Ipoh. Sebab Taman Rekreasi Gunung Lang ni antara salah satu lokasi budget untuk korang kunjungi.
November 27, 2022
Concubine Lane Ipoh : Apa yang menarik? 🤔
Tak tahu nak ke mana lagi bila dah sampai Ipoh? Korang boleh singgah di salah satu Ipoh Heritage Trail ni. Concubine Lane nama tempatnya. Lokasinya terletak di Lorong Panglima, Pekan Lama Ipoh & dibuka kepada pengunjung seawal 7 pagi.
Sejarah Concubine Lane
Concubine Lane atau dalam bahasa Melayu-nya kita panggil "Lorong Gundik" ni sebenarnya merupakan rumah warisan tinggalan Imigran Cina. Rumah-rumah ni telah wujud sejak tahun 1908 lagi.
![]() |
Waktu ni tak ramai orang. Sebab Syu datang masa hari bekerja 😁. |
Suatu ketika dahulu, lorong ini terkenal sebagai pusat pengisap candu, perjudian & rumah pelacuran. Malah, lorong ni juga dijadikan tempat taikun-taikun Cina menyimpan perempuan simpanan/gundik & isteri kedua.
Kini, lorong ni telah diberi nafas baru & ianya bebas dari sebarang aktiviti tidak bermoral. Malah, ia dibuka kepada pelancong dengan pelbagai tarikan yang menarik.
Apa yang menarik di Concubine Lane?
Waktu hujung minggu, Concubine Lane ni memang sarat dengan pengunjung. Jadi, kalau nak datang ke sini, sebaiknya korang datang awal atau datang pada hari biasa. Kalau tak, memang stuck korang dekat dalam lorong ni 😂.
![]() |
Rambang mata bila masuk ke sini tau 😂. |
Selain Pasar Karat Loken, Concubine Lane ni juga antara TARIKAN UTAMA pengunjung-pengunjung yang datang ke Ipoh. Kalau korang nak tahu, lorong sepanjang 100m ni menempatkan pelbagai kedai cenderahati, street foods, kafe, kedai pakaian & aksesori. Antara tarikan menarik yang ada di sini :
1) Blue sand museum
Bila korang masuk ke Concubine Lane, korang akan nampak ada seekor dinosaur terpacak dekat satu kedai ni. Blue Sand Museum namanya. Kedai ni jual barangan cenderamata - Mostly keychain. Yang uniknya, keychain-nya dibuat dari sejenis pasir yang boleh glow in the dark. Memang cantik! 😊💕
![]() |
Jangan lupa singgah ke Blue Sand Museum ni. Masuk percuma 😊. |
2) Platform 9½ Cafe
Platform 9½ Cafe yang diinspirasi dari filem bersiri Harry Potter ni antara tarikan menarik yang ada di Concubine Lane ni. Tempatnya cantik & mesra foto juga. Pada yang suka bergambar tu memang sesuai sangatlah pilih kafe ni. Cuma Syu tak berapa pasti samada kafe ni berstatus halal atau tidak 😅.
3) Roti bakar pelangi KUMA
Dengar cerita, KUMA ni famous dengan roti bakar pelanginya. Tapi, Syu tak berani nak beli. Sebab tak pasti halal ke tidak 😂.
![]() |
Macam sedap. Tapi, tak berani nak cuba 😂. |
4) Bahulu Rose Hill @ Laksa-Mana
Kuih bahulu kalau makan panas-panas memang sedap kan? Nak-nak kena bahulu yang gebu, lembut & sedap. Manis pun sedang-sedang saja. Dekat Concubine Lane ni ada satu kedai jual kuih bahulu panas-panas. Kedainya betul-betul depan Laksa-Mana. Bahulu Rose's Hill namanya. Pada Syu, memang tak rugi beli. Sebab bahulunya memang sedap. Beli sikit confirm tak cukup 😂.
![]() |
Makan sebiji terus rasa tak cukup. Sanggup patah balik beli satu container terus 😂. |
Actually, ada banyak lagi tempat menarik di Concubine Lane ni. Cuma Syu tak sempat nak explore habis. Yang pasti, dalam bab makan korang sendiri kena pandai pilih. Sebab kebanyakkan yang berjual di sini mostly peniaganya bukan muslim.
Jadi, sebelum nak beli & makan. Teliti & selidik dulu betul-betul samada halal atau tidak. Even pork free & alcohol free pun belum tentu 100% meyakinkan 😅. Apa-apa pun tepuk dada, tanya iman. Bukan tanya selera ya. Kalau ikut selera memang on saja.
Oktober 02, 2022
Laman Tebu Aidil Sungai Besar, Selangor
LAMAN TEBU AIDIL SUNGAI BESAR, SELANGOR | Di Sungai Besar, Selangor ni ada satu port lepak viral yang best untuk korang minum petang bersama keluarga mahupun rakan-rakan. Tempatnya memang santai & terletak berhampiran dengan kawasan bendang. Port ni diberi nama Laman Tebu Aidil. Waktu operasinya dari pukul 11.30 pagi hingga 7.30 malam.
![]() |
Penuh lamannya dengan pokok tebu. |
Kalau dari pekan Sungai Besar, lokasinya tak jauh mana pun sebenarnya. Ada lah dalam lingkungan 10-15 minit. Cuma masa on the way nak ke sana, korang kena pandai tengok simpang. Bukan apa, takut terlajak ke depan. Sebab nak buat U-turn boleh tahan jauh juga 😅. Almaklumlah, jalannya dah jadi macam highway. Tak sama macam dedulu. Tapi, kalau follow Waze & Google Map insyaallah sampai.
Kenapa laman tebu?
Nak tahu kenapa? Sebab di sepanjang jalan nak masuk halaman kedai ni terdapat banyak pokok-pokok tebu merah yang ditanam & dijadikan sebagai hiasan & penyeri laman. Selalu kita tengok pokok tebu orang tanam pakai campak-campak & berterabur kan? Tapi, di Laman Tebu Aidil ni tak. Pokok tebunya elok tersusun & diikat kemas.
![]() |
Kalau datang time padi menguning mesti cantik bendang dekat belakang tu kan? |
Mak Syu pun rasa terinspirasi dengan cara penanaman pokok tebu dekat sini. Itu yang dia cadang nak tanam pokok tebumya dekat kampung style macam ni juga. Katanya cantik. Nampak tersusun & sejuk mata memandang. Nak ber-OOTD pun seronok. Tapi itulah. Tak sangka ya. Pokok tebu pun cantik dibuat penyeri laman. Memang kreatif betul 😊!
![]() |
Mak rasa bersemangat lepas datang sini. Katanya nak tanam pokok tebunya macam ni juga 😊. |
![]() |
Kita pun jadi bersemangat juga. Bersemangat nak bergambar! 😆 |
![]() |
Tambah-tambah bila ada bawa tukang ambil gambar sekali! 😆 |
Meriah dengan pengunjung!
![]() |
Penuh lamannya dengan pokok tebu. Pengunjungnya pun boleh tahan juga. |
Walaupun lokasinya agak tersorok sikit ke dalam. Tapi, tempatnya tak pernah putus dengan kehadiran pengunjung. Kalau datang ke sini memang bersusun kereta dekat tepi jalan. Kiranya, memang ramai pengunjung suka datang lepak ke sini makan angin.
Kalau korang nak tahu. Di Laman Tebu Aidil ni ada ramai peniaga-peniaga yang berniaga di dalamnya. Pilihan makanan & minuman pun banyak. Dari menu pembuka selera sampailah ke menu pencuci mulut. Ada laksa, pau, ayam panggang, aiskrim & macam-macam lagi. Yang pasti, ramai datang ke sini disebabkan nak minum air tebu fresh-nya.
![]() |
Sebesar muka Sarah Deris saiz paunya 😁. |
Pada yang rindukan suasana kampung, bolehlah singgah ke Laman Tebu Aidil ni. Memang best tempatnya. Boleh bergambar & at the same time boleh hirup udara segar kampung juga. Sambil-sambil tu boleh perkena air tebu fresh & pau gebu panas-panas dekat sini 😋. Memang layan!