Drama Semanis Senyumanmu - Episod 15

Julai 06, 2021

Semanis Senyumanmu

Keesokkannya masa dekat bakeri, Iman tengok Azra badmood sangat pagi tu. So, Iman cuba tanya Azra apa yang dah jadi malam tadi. Nak tak nak Azra pun cerita dengan Iman yang dinner malam tadi memang best & semua berjalan dengan lancar, sampailah satu part bila mana Azim melutut nak bagi hadiah. Azra bagitahu Iman yang Azim cuba buat gimik melamar macam mana yang Joe pernah buat pada Azra. Pada Azra, malam tu Azim cuba nak permainkan Azra. Tapi, Iman rasa Azra mungkin dah salah faham dengan tindakan Azim. Sebab Iman tak rasa yang Azim akan buat sampai macam tu sekali. So untuk dapatkan kepastian tentang apa sebenarnya yang terjadi malam tadi masa dekat Restoran Sedap, Iman pun buat keputusan untuk menelefon Azim. Lepas dah telefon & dapatkan penjelasan Azim, barulah Iman faham yang Azra sebenarnya dah salah faham dengan apa yang Azim dah buat. Mungkin Azra masih trauma pasal hubungan dia dengan Joe sebelum-sebelum ni. Iman nasihatkan Azim supaya mintak maaf & berterus terang dengan Azra. 


Semanis Senyumanmu Episod 15


Lepas jer Azim berbual dengan Iman, Azim telefon Naufal untuk mintak cuti sebab nak settlekan hal antara dia dengan Azra. Disebabkan Naufal rasa bersalah, dia benarkan Azim off hari tu. Azim pun pergilah ke bakeri Azra semata-mata nak pastikan Azra berada dalam keadaan okey. Ternyata sepanjang-panjang hari tu, segala apa yang Azra buat semua serba terkena. Tempahan customers yang dia buat semua tak menjadi. Azra jadi buntu sangat. Iman jadi serba salah bila tengok keadaan Azra macam tu. So, Iman suruh Azra berehat sekejap untuk releasekan tekanan dia. Sambil tu, Iman sempat nasihatkan Azra yang Azra mungkin dah salah faham dengan Azim pasal apa yang dah jadi malam tadi. Azra pun akui apa yang dibuat malam tadi pada Azim agak keterlaluan. Sepatutnya dia kena lebih sabar & tunggu apa yang Azim cuba nak sampaikan pada dia. Hari tu, Iman tutup Imazra Bakeri buat sementara waktu dengan alasan oven bakeri diorang rosak. Dengan bantuan Iman, akhirnya Azra dapat recover dari kesedihan dia.

Semanis Senyumanmu Episod 15

Malam tu Azra stayback dekat bakeri semata-mata untuk siapkan semua tempahan customer. Iman pun terkejut sangat bila keesokkan paginya dia ternampak Azra tertidur dekat meja masa dia nak bukak kedai. Bila Iman tengok keadaan Azra yang keletihan pagi tu, nak tak nak Iman suruh Azra cuti selama 3 hari. Dalam tempoh 3 hari tu Iman tak bagi Azra jejakkan kaki pun dekat bakeri. Sebab pada Iman, Azra memang perlukan rehat sangat-sangat. 


Semanis Senyumanmu Episod 15

Sepanjang ketiadaan Azra di bakeri, Azim & Izat ada datang buat discussion dengan Iman macam mana nak selesaikan masalah antara Azim dengan Azra. Azim jadi buntu sangat sebab dia dah cuba call Azra banyak kali semata-mata untuk ceritakan hal sebenar. Tapi malangnya, Azra tak jawab pun satu call dari Azim. Malam tu, Azim, Iman & Izat berbincang dengan betul-betul teliti pasal plan diorang untuk jernihkan kembali hubungan Azim & Azra. Selepas 3 hari Azra berehat, Azra pun kembali bekerja macam biasa. Maka bermulalah tugas Iman untuk pancing Azra supaya misi dia dengan Azim & Izat berjaya. Bersambung...



Comments

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!