Sihat Tapi Tak Sedap!! ๐Ÿ˜‚

Julai 25, 2021

Alhamdulillah, seronok bila dikurniakan suami yang suka berbeli barang tiba-tiba tanpa pengetahuan isteri ๐Ÿ˜†. Tahu-tahu ada jer abam posmen hantar barang dekat depan rumah. Tak sangka dibelikannya air fryer untuk Syu. Saja nak suprise katanya. Bukan apa, sebab sejenis Syu ni memang tak suka mintak-mintak dengan suami beli benda-benda yang bukan keperluan melainkan barang pemakan ๐Ÿ˜. 

Air fryer

Pada Syu kalau rasa satu-satu barang dapur tu jarang diguna, lagi baik jangan dibeli. Sebab bagi Syu ianya mungkin akan jadi satu pembaziran. Tapi kalau suami dah beli, terima jelah kan๐Ÿ˜„. Rezeki jangan ditolak ye dak? Mungkin niat dia nak memudahkan kerja isteri memasak kat dapur. Husband Syu cakap nak cuba gaya hidup sihat. Tak nak makan minyak-minyak. Syu yang isteri ni dengarkan jelah. Sebab Syu dah dapat telah yang ending airfryer ni jadi macam mana. Percayalah cakap Syu, esok lusa ada air fryer ni berhabuk duduk dekat ceruk dapur nun ๐Ÿ˜. Tengok yogurt maker yang beli hari tu pun dah cukup. Sampai kesudah tak guna. Elok duduk terletak dekat rak dalam beg plastik. 

Air fryer

Kalau korang nak tahu, air fryer yang husband Syu beli ni saiznya 5L jer. Muatlah takat nak masuk ayam sekor yang bersaiz sederhana. Kalau ayam besar mungkin tak muat melainkan potong kecik-kecik. 

Air fryer

By the way, sampai-sampai jer airfryer tu kitorang laki bini pun cubalah test masak nugget & kentang. Inilah hasilnya bila masak guna air fryer. Sejujurnya lah kan, masak guna air fryer ni memang tak sedap ๐Ÿ˜‚!! Husband Syu pun cakap benda sama. Bila dengar dia cakap macam tu, korang nampak tak penghujung kehidupan air fryer Syu ni dekat mana? Di CERUK DAPUR DALAM KOTAK ๐Ÿ˜†. 

Cook nugget & fries with air fryer
Tengoklah kejadiannya. Macam sedih jer rupa nugget & kentang Syu ni ๐Ÿ˜…. 

Tu pasal Syu malas nak beli air fryer ni. Sebab kelengkapan dapur yang sedia ada pun tak sepenuhnya Syu pakai. Rice cooker Syu yang kat dapur tu baru sekali jer Syu guna untuk tahun ni. Itu pun guna sebab nak masak nasi ayam. Selebihnya Syu banyak guna steamer untuk masak nasi. Makan pun berdua jer. So, macam tak pada pulak nak masak seperiuk besar ๐Ÿ˜. 

What My Bawangians Say

  1. Balasan
    1. Betul.Berkali2 mau naik bil letrik๐Ÿ˜….Lagipun ada jugak terbaca yang air fryer ni tak berapa elok sangat dipakai.

      Padam
  2. Sesekali ok Syu kalau nak guna..boleh pelbagaikan..mana tau nak baut ayam BBQ ke...boleh je...

    BalasPadam
    Balasan
    1. ๐Ÿ˜Syu baru jer kejap ni buat ayam BBQ. Memang elok kejadianyer.First time masak guna air fryer.Bolehlah kalau sekali sekala nak cuba๐Ÿ˜Š

      Padam
  3. HAHAHAHA dah nampak dah kat mana duduknya air fryer kak syu lepas ni.
    Sesekali boleh guna. Takut lama lama tak pakai, rosak pulak. Tapi memang pun, goreng nugget pakai air fryer tak sedapppp. Saya pun letak minyak masak sikit :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan.Akak pun dah nampak dah kat mana ending AF akak๐Ÿ˜….

      ๐Ÿ˜‚Memang tak sedap!!Kering & keras dibuatnya akak punya kentang & nugget.Tulah,mungkin akak kena spray minyak sikitlah sebelum masak macam Tiqah buat๐Ÿ˜.Takpe,nanti cuba lagi.

      Padam
  4. jarang la yang sihat tu sedap... tak caya cuba kunyah panadol...hahaha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ha3,tak lalu nak kunyah K.Yan.Selama hari ni kalau makan panadol Syu telan jer๐Ÿ˜†

      Padam
  5. Lepas ini kak syu kerap masuk dapur la haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin itu yang husband akak harapkan.Ki3๐Ÿ˜†.

      Padam
  6. Syu..xpa skali2 mkn benda xbminyak hehee..lgpn air fryer byk lg kegunaan dia..cuba try buat benda lain hehee..

    BalasPadam
  7. Bestnya dapat air fryer. Saya pun tak ada lagi air fryer. Kalau tak okay yang bergoreng cuba yang panggang ke buat kek ke. Kot berguna juga :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Husband beli yang murah2 jer K.Fizah. Jadilah, takat nak buat tambah pekakas dapur๐Ÿ˜.

      Syu pun rasa macam tu.Tadi try buat BBQ, elok kejadiannya.Mungkin nak masak kentang & nugget tak berapa sedap kalau guna AF ni.Next time nak try buat kek pulak๐Ÿ˜‹.

      Padam
  8. Sedap juga yang goreng pakai minyak tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ๐Ÿ˜…Actually, goreng pakai minyak sedap lagi.Bila Syu masak kentang & nugget guna AF,kentangnya jadi macam keras kejung๐Ÿ˜….Nuggetnyer pulak jadi kering.Mungkin nak kena spray minyak sikit agaknya sebelum masak guna AF.

      Padam
  9. Balasan
    1. Pada akak, boleh lah...kalau sekali sekala nak guna.

      Padam
  10. Hehe..As tak reti la nak masak guna AF tu... Masak pun sekali sekala so masak macam biasa jer la... Tapi bagus lah husband syu, dia ambil tahu hal-hal dapur...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Syu pun tak reti gak As. Jenuh tengok YTube nak masak apa guna AF ni. Tapi bolehlah kalau sekali sekala nak pakai.

      Husband Syu dia memang suka membeli. Bila dia tengok kat rumah orang lain ada, dia pun nak ada kan jugak kat dalam rumah dia ๐Ÿ˜….

      Padam
  11. Rumah saya pun ada, tapi jarang guna.. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esok lusa air fryer Syu pun jadi macam air fryer Fairus punya jugak.Ki3๐Ÿ˜.

      Padam
  12. untung dpt airfryer..
    ni kalo suami sy mmg xla dia layan.. haha

    BalasPadam
  13. Sekali sekala boleh la tukar selera guna airfryer. Belum nak beli lagi benda ni..takut tersimpan elok dlm kotak ja nanti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Esok lusa Syu punya AF ni pun tak terpakai. Bukan nak guna selalu pun ๐Ÿ˜…. Jawabnyer masuk dalam kotak balik.

      Padam
  14. Cik TK tak ada AF, jadi tak pasti nak kata apa. tapi ada juga tgk di video2 orang yang guna airfryer ni kadang sapu minyak sikit. Rasanya kena sapu minyak sikit tu..

    BalasPadam
  15. santekkkk nyerrr kaler pinkkk������

    BalasPadam
  16. hari tu ditanya, antara AF dgn PC mana lagi keperluan. Aien kata PC. haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau dibagi pilihan macam ni, silap2 akak jawab PC jugak๐Ÿ˜†.Masalahnya tak dibagi pilihan,tup2 terus dah dibaginya jawapan.

      Padam
  17. Hehehe.. jangan gitu.. mungkin Syu boleh guna sekali sekala untuk masak benda lain.. Kalau masak daging berger dalam nie best tau syu.. Sha pun tak pandai sangat nak guna air fryer ini..

    BalasPadam