Simbol-simbol Pada Produk Penjagaan Diri & Kosmetik

Julai 23, 2021

Kita semua tahu yang setiap produk makanan yang dijual di pasaran ada tarikh luput. Begitu jugak dengan produk penjagaan diri & barangan kosmetik.  Tak kiralah pengunanya dari kalangan kaum adam mahupun kaum hawa. Masing-masing ada barangan kosmetik & barangan penjagaan masing-masing. Tapi, tak semua pengguna tahu pasal segala simbol yang ada pada barangan kosmetik & produk penjagaan diri.

Korang pernah nampak simbol-simbol ni? Kebiasaannya, kalau tak ada letak dekat barang mesti akan ada dekat kotak. Kalau korang nak tahu ada sebab kenapa simbol-simbol ni dilabelkan pada produk penjagaan diri & barangan kosmetik korang. Even macam Syu sendiri pun tak pernah ambik tahu pasal simbol-simbol tu. Pada Syu, selagi tak habis, selagi tu lah boleh pakai πŸ˜…. Padahal salah sebenarnya tu tau. 


Bila sentuh bab barangan penjagaan diri & kosmetik, ada beberapa simbol pada label packaging yang korang kena ambik tahu. Dekat sini Syu senaraikan 10 simbol yang selalu kita jumpa pada mana-mana label produk penjagaan diri & kosmetik di pasaran. Ada sesetengah simbol tu mungkin korang tak pernah nampak sebab simbol tu kebiasaannya akan dilabel pada produk-produk berasal dari luar negara. Setiap simbol ni mempunyai maksud & fungsi yang tersendiri tau. Jom kita tengok apa simbol-simbolnya.



1) Tempoh selepas pembukaan (Period after Opening - PAO)


PAO

PAO ni merujuk kepada tempoh masa pengunaan bila mana sesuatu produk itu dah dibuka. Huruf "M" tu merujuk kepada bulan. Bila korang nampak 36M macam kat bawah ni bermakna korang ada masa 36 bulan sahaja untuk guna sesuatu produk tu. Kalau dah lebih, jawapannya adalah tong sampah!!😁



2) Kitar semula (Mobius loop)

Simbol "Mobius loop" atau jugak kita panggil simbol segitiga kitar semula ni antara simbol yang selalu kita nampak dekat label produk. Kebiasaanya akan duduk betul bersebelahan dengan simbol PAO. Bila korang nampak simbol ni, itu menunjukkan bekas produk tu korang boleh gunakan semula. Lepas basuh bersih-bersih, korang boleh letak barang lain dalam tu. Kalau korang tak nak. Korang boleh asingkan mengikut kategori sisa yang ada dekat rumah korang. 


3) Baik sebelum tarikh luput (Best Before End of Date - BBE)


Jika satu-satu produk tu mempunyai jangka hayatnya kurang dari 30 bulan, BBE mesti kena ada pada label. Selalunya dekat sebelah simbol jam pasir ni akan diletak tarikh luput produk tu. Diikuti dengan tarikh ianya dihasilkan. Kadang-kadang ada sesetengah label takkan diletak simbol ni. Biasanya manufacturers akan terus letak tarikh luput dengan singkatannya "Exp.". Tarikh luput ni akan dilabelkan samaada pada kotak bungkusan atau pada botol produk tu sendiri. Bukan apa, tak semua pengguna tahu simbol-simbol ni. Jadi, adalah lebih baik diletakkan terus tarikh luput supaya senang untuk pengguna rujuk & tak payah nak tercari-cari maksud simbol jam pasir tu apa.


4) Mudah terbakar (Flammable)


Simbol ni memang dah selalu nampak. Bila tengok gambar api, dah confirm ianya mudah terbakar. Kebiasaannya Syu selalu nampak simbol ni pada botol deodorant 😁. Kalau dah nampak simbol ni janganlah korang gatal-gatal nak cucuh api bagai. Even botolnya pun jangan korang cuba-cuba nak bakar walaupun isi dalamnya dah habis. Bahaya. Sebab potensi untuk terbakar & meletup tu ada.


5) Rujuk kepada sisipan (Refer to insert)

Kalau korang nak tahu, simbol ni merujuk kepada arahan untuk korang rujuk leaflet atau sisipan. Kadang-kadang ruangan dekat produk mungkin agak  terhad untuk diletakkan sebarang arahan & panduan penggunaan. Jadi, simbol ni digunakan untuk arahkan korang rujuk sisipan yang dah disertakan. Biasanya dalam sisipan tu terkandung segala mak nenek arahan penggunaan, amaran & maklumat produk. Tu pasal ada sesetengah manufacturers tak dapat nak letakkan semua perkara dekat sesetengah produk kosmetik. Salah satunya sebab produk terlampau kecil. Jadi itulah gunanya simbol tangan & buku ni. 


6) Trademark titik hijau ( The Green dot)

The Green Dot ni memang selalu sangat kita nampak dekat mana-mana packaging produk. Simbol ni sebenarnya adalah satu simbol kitar semula yang berbayar yer kawan-kawan. Bukan senang-senang boleh letak simbol ni. Bila ada simbol The Green Dot ni, ia menunjukkan bahawa pengeluar dah membayar organisasi pemulihan dan kitar semula yang berkelayakkan untuk menguruskan sisa pembungkusan. Nak apply simbol ni pengeluar kena daftar  & bayar yuran dekat REPAK. Bila dah berdaftar dalam REPAK, baru simbol ni boleh digunakan pada pembungkusan. 

Simbol ni tak semestinya menunjukkan yang bungkusan satu-satu produk tu boleh dikitar semula, telah dikitar semula atau akan dikitar semula yer. Ianya hanyalah trademark berbayar bagi menguruskan sisa pembungkusan. Tapi Syu rasa "The Green Dot" ni agak tidak praktikal untuk digunakan di Malaysia. Bukan apa, tengok diri sendiri buang sampah pun dah cukup πŸ˜‚. Macam mana nak recycle semua sisa packaging sedangkan dah bercampur-campur dengan sisa makanan. Selama hari ni pun, Syu cuma asingkan botol-botol jer. Tak pernah pulak Syu asingkan packaging produk macam botol deodorant tu. Nampak gayanya Syu kena asingkanlah lepas ni.



7) E-Mark

Simbol huruf "e" ni merujuk kepada berat bersih sesuatu produk penjagaan diri & barangan kosmetik. Huruf "e" ni akan ada betul-betul sebelah label berat ditunjukkan. So, dari situ korang akan tahu berat sebenar sesuatu produk tu.


8)  Simbol CFC 

Kalau korang nampak simbol arnab-arnab ni, itulah dia simbol CFC. CFC tu singkatan kepada "Cruelty free certification". Setakat ni hanya ada 3 simbol CFC jer yang diiktiraf iaitu Leaping bunny, People for Ethical Treatments of Animals(PETA) & Choose Cruelty Free (CCF). Ketiga-tiga simbol ni datang dari tiga organisasi yang berbeza. Tapi dengan satu matlamat iaitu menghalang mana-mana produk digunakan kepada haiwan sebagai bahan ujikaji sampel. Cuma yang internationally used adalah logo yang arnab melompat tu. Yang dua lagi, banyak digunakan di USA & Australia. Korang boleh fahamkan lagi pasal logo ni dekat webpage Stephanie Kilbourn. Dia ada cerita lebih lanjut tentang perbezaan ketiga-tiga simbol arnab comel ni 😁.


9) GMP Certtified


Simbol GMP ni merujuk kepada amalan pengilangan yang baik. Dengan ada sistem ni, kita sebagai pengguna tahu segala produk yang dihasilkan oleh pengeluar ni terjamin hasilnya dan dikawal secara konsisten mengikut piawaian kualiti yang telah ditetapkan. Kebiasaannya pensijilan GMP ni dikeluarkan untuk meminimumkan risiko yang terlibat dalam mana-mana pengeluaran farmaseutikal. Kiranya GMP ni menjadi penanda aras lah kiranya kepada kualiti sesuatu produk tu.



10) Forest Stewardship Council (FSC)

Simbol FSC ni mewakili Majlis Pengawasan Hutan® & ia menunjukkan bahawa produk yang korang beli tu diperakui di bawah sistem FSC . Apabila korang nampak logo FSC pada label, itu bermakna pengeluar produk tu menggunakan sumber pembungkusan yang mampu membantu memelihara sumber hutan. Kebiasaanya pengeluar akan menggunakan pembungkusan produk yang dikitar semula. Contoh macam kotak bungkusan produk yang korang beli tu. 

So, itulah antara simbol-simbol yang korang boleh nampak dekat packaging produk barangan penjagaan diri & kosmetik korang. Actually ada banyak sebenarnya simbol-simbol. Cuma ianya banyak dilabelkan pada produk-produk international. Apa yang syu tunjuk ni hanya sebahagian simbol-simbl yang selalu kita nampak pada produk yang kita selalu beli πŸ˜‰.

Comments

  1. Terima kasih share Syu. Berguna sangat ni. simbol no.1 paling biasa jumpa. Yang tu dah faham :) yang lain ada yang tak pernah jumpa

    BalasPadam
  2. Perkongsian yang menarik.. Elok juga bagi mereka yang nak berbisnes kosmetik mengetahui perkara ini.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!