Audit Blog

Julai 11, 2021

SEO
SEO

Sejak beberapa hari ni Syu sibuk buat audit blog. Entah mana datang keinginan nak buat pun Syu tak tahu. Mungkin sebab Syu ada terbaca artikel dekat satu blog ni agaknya. Dalam blog tu ada sebut pasal Search Engine Optimization (SEO). Tapi Syu tak ingat Syu baca siapa punya blog post ๐Ÿ˜†. So, nak tak nak tangan ni pun gatal lah bercari apa ke bendanya SEO tu. Blogger tak reti apa, almaklumlah memang macam ni ๐Ÿ˜‚. Tapi alhamdulillah, semua kerja-kerja pencarian artikel pasal SEO abam Google yang tolong. Terima kasih banyak!! Penyudahnya, banyak jugaklah tab yang Syu bukak semata-mata nak cari pasal SEO ni. Bila abam Google dapat cari artikel pasal SEO dengan mudah, kat situ lah korang boleh nampak fungsi sebenar SEO ni. 


Perlu ke SEO? 


Mesin pencarian optimum atau Search Engine Optimization (SEO) ni penting sebenarnya untuk jadikan blog kita ni mesra pencarian atau pun tak. Bila kita buat audit blog, sekurang-kurangnya kita tahu kenapa blog kita berat, lambat loading & tak mesra mesin pencarian (Search Engine). Lepas Syu run audit, baru Syu nampak dekat mana isu SEO yang ada dalam blog Syu. Busuk-busuk adalah dalam 13 isu ๐Ÿ˜…. Boleh dikatakan banyak jugak tu sebenarnya untuk blogger newbies macam Syu ni. Kalau korang tengok, skor SEO Syu pun tak berapa nak cantik. Selain tu, dengan buat audit SEO ni korang sekaligus boleh dapat timbang berat blog korang. Dari sini korang boleh tahu cara untuk kurangkan masa page korang loading ๐Ÿ˜‚.

Bila skor SEO korang tinggi, kebarangkalian untuk korang layak diletakkan dalam ranking teratas mana-mana mesin pencarian adalah tinggi & sekaligus ia boleh meningkat trafik blog korang jugak. Tak kiralah korang ada Adsense mahupun apa jenis platform pengewangan website (website monetization platform) sekalipun, peningkatan & penurunan trafik ni sedikit sebanyak akan mempengaruhi jumlah pendapatan korang. 

Audit blog
Seram jugaklah tengok skor cenggini rupa. Tengok 13 failed tu pun dah macam satu kegagalan dalam hidup dah ๐Ÿ˜‚. 

SEO
Setiap permasalahan akan ada tutorial berbentuk video ni. 

Pada yang tak reti macam mana nak betulkan isu SEO, korang jangan risau. Dalam SEO Site Checkup ni akan ditunjukkan satu persatu cara nak selesaikan masalah korang. Video tutorialnya memang senang nak faham. Cuma Syu nak bagitahu awal-awal, untuk menjawab permasalahan yang berkaitan dengan javascript sememangnyer tak ada yer kengkawan ๐Ÿ˜Œ. So, yang ada masalah javascript macam Syu mohon bertabah lah yer. Berat bahu memikul, berat lagi mata nak memandang. Bukan apa, sakit mata tau tengok ada merah-merah ni. Tambah bila ada tulis perkataan "high" & "failed" ๐Ÿ˜‚. 


Untuk pengetahuan korang, blog audit yang Syu buat ni untuk domain Syu yang lama. Domain yang baru Syu masih belum lagi cuba buat audit. Rasanya mungkin tak perlu kot. Sebab banyak jugak isu SEO blog Syu dah selesaikan. Lagipun, content blog, html, CSS semua tu tetap sama, cuma domain jer yang bertukar nama. Kebiasaannya, kalau tukar domain ni ia hanya akan effect pada Adsense & sesetengah widget jer. Pada Syu, nak run audit test banyak-banyak kali pun nak buat apa. Cukup sekadar kita tahu skor & perbaiki segala isu yang timbul berkaitan dengan SEO. Sebab SEO ni penting untuk naikkan page views korang.


Senarai SEO Checker


Buat masa sekarang, 5 SEO checker ni jer yang Syu rasa bagus untuk audit blog. Pilih mana satu yang korang nak guna ๐Ÿ˜Š. Nak guna kelima-lima SEO checker ni pun tak ada hal. 

๐Ÿ‘‰ SEO Site Checkup

๐Ÿ‘‰ SEOBILITY

๐Ÿ‘‰ SEOptimer

๐Ÿ‘‰ Sitechecker

๐Ÿ‘‰ SEO Tester 


Tapi yang paling terbaik SEO Site Checkup lah. Sebab setiap isu SEO yang korang ada, dia akan tunjukkan step by step macam mana nak perbetulkan isu tu. Tapi malangnya, macam Syu bagitahu tadi untuk isu berkaitan javascripts memang SEO Site Checker tak boleh nak tunjuk macam nak fix dia punya error. Part yang ni memang kena cari expertise dalam javascripts. Yang sedihnya pasal SEO checker ni ianya bukanlah free untuk selama-lamanya ๐Ÿ˜‚. Kalau sign up pun dapat tempoh percubaan 14 hari jer. Korang kena faham, sejenis Syu ni malas nak sign up account, tambah-tambah masa nak sign up tu ada mintak nombor akaun bank bagai. Eh, memang tak kuasa nak layan.


Tapi ada cara nak test banyak kali. Korang boleh switch browser yang lain setiap kali nak buat blog audit guna SEO checker ni ๐Ÿ˜‰. Syu tahu sebab Syu sendiri dah cuba ๐Ÿ˜†. Tapi lepas beberapa kali audit, endingnya korang tetap akan disuruh sign up. Cubalah audit korang punya blog, at least korang dapat tahu sejauh mana skor & permasalahan SEO blog korang. Dah buat audit blog, korang sharelah sikit skor dekat ruangan komen. Syu pun nak tahu jugak ๐Ÿ˜. 

What My Bawangians Say

  1. rabia pun masih newbie jugak dlm blog ni
    tak faham sgt pasal seo sebelum ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. ๐Ÿ˜ŠTakpe Rabiah.Pelan2 kayuh.Akak pun newbies jugak.Mula2 tu memang banyak benda yang akak tak tahu.Tapi lepas baca perkongsian blogger2 lain, akak betulkan sikit-sikit kesilapan blog akak.

      Padam
  2. Terinspirasi nak buat entri dekat blog lepas baca entri kak syu ni hehehehe.
    Score saya 70 je kak syu, apa benda tak faham :(
    Udahlahhh nak kena sign up semua, memang idok lerr hahahaha. Cukup setakat tahu berapa tahap skor SEO. Tapi yang mana faham, boleh lah ubah sikit hehehe.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ni pendapat akak lah,kadang-kadang skor tinggi pun tak guna jugak Tiqah kalau contents blog caca merba.SEO ni just nak memudahkan orang nampak website kita bila di search .Cantik SEO cantiklah ranking dalam search engine & senang orang cari.

      Akak pun memang idak ler nak sign up Tiqah.Tak kuasa nak masukkan details semua tu๐Ÿคฃ.Tiqah ingat akak rajin?Ha2๐Ÿ˜œ

      Padam
  3. Bagus juga ni. Boleh tengok score seo blog. Thank u sharing

    BalasPadam
  4. Bagus Syu rajin audit blog. Saya paling kurang pun check broken link. Kadang ada je benda yang tak dapat nak fixed. Sudahnya mana yang tak dapat solve, saya biarkan je. huhu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tengok mood jugak Kak Fizah.Kadang kalau malas, Syu lantak kan ajer๐Ÿคฃ.

      Padam
  5. wah banyak juga saya kena improve ni kak syu
    blog baru ginilah...kalau lama sikit, isnyaAllah senang sikit nak jaga SEO

    bagus kak syu kasi semua link tu, lepas ni bolehla refers selalu/

    good sharing kak syu ^_^ thank you

    BalasPadam
  6. Kejap lagi boleh check SEO blog . CCL pun bukan mahir sangat dlm bidang SEO ni walaupun dah lama menapak kat blog

    BalasPadam
  7. aida ada masa once a week audit blog sendiri jugak.
    cek broken link, cek berat blog, cek google console.
    ada time, perbaiki entri lama2.
    dulu kala main taip aje. dgn gambar besar. gambar blur.
    keywords pun xde.
    slowly la. blog pun da lebih 10 tahun. terlalu byk entri lama yg takde mutu, syu.
    jenuh nak edit satu persatu.

    BalasPadam