Senarai Peserta Terpilih Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris

Julai 16, 2021

Pencarian bloglist

Kalau ikutkan lepas Isyak tadi Syu nak terus tidur jer. Tapi disebabkan terbukak TV & ada nampak cerita best. Maka, terbantutlah usaha untuk tidur tu. Bayangkanlah boleh pulak ada cerita Bollywood malam-malam gini. Korang pun tahu kan sejenis Syu ni memang tak boleh nak menolak apa jua filem Bollywood. Malam ni filem Bollywoodnya tajuk "Soldier". Ditayangkan dekat Awesome TV. Lama betul tak tengok cerita ni. Sambil mata tengok TV, tangan pun bergerak jugak create post dalam blogger.  Gara-gara filem Bollywood, adalah kerajinan nak annouce keputusan Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris. Apa kata sambil korang baca post Syu ni korang layan kejap lagu ni. Saja Syu nak suntik semangat berblog malam-malam ni ๐Ÿ˜. Esok jangan lupa, ada cerita Asoka pulak pukul 2 petang dekat saluran TV yang sama.


 

By the way seperti yang ditunggu-tunggu malam ni Syu nak announce senarai peserta yang tercalon dalam pencarian bloglist Syu. Tapi sebelum tu Syu nak ucapkan setinggi-tinggi terima kasih kepada semua peserta-peserta yang telah meluangkan masa bersegmen dengan Syu bagi mengisi kekosongan ruangan bloglist Syu. Untuk dapatkan senarai calon bloglist ni Syu guna Wheel of Names [WON] jer. Ingat nak guna Random.org. Tapi macam tak best jer. So, Syu decide untuk guna WON sebagai alternatif lain selain Random.org. Seronok jugak tentukan calon bloglist Syu guna WON ni. Rasa macam masuk dalam roda impian pulak ๐Ÿ˜. Apa-apa pun ini adalah senarai 10 calon terpilih yang bakal Syu masukkan dalam bloglist Syu. 


Wheel of names

Memandangkan Syu enjoy sangat guna WON ni. Maka Syu decide untuk tambah lagi 5 orang peserta tambahan untuk masuk dalam bloglist Syu. Bukan apa, Syu rasa macam sikit pulak 10 blogger jer letak dalam bloglist Syu. Keputusan untuk buat penambahan ni Syu buat last-last minit tau ๐Ÿ˜‚. Itulah dia sejenis Syu ni. Tak tetap pendirian. Sorry yer kengkawan. Berikut 5 senarai peserta tambahan untuk bloglist Syu. Tahniah sebab berjaya masuk dalam 5 senarai bertuah ni!! Bukan senang tau nak dapat. Tambah-tambah tuan tanah tiba-tiba nak buat penambahan. Puncanya sebab seronok main WON ๐Ÿ˜†.


Wheel of namesSo, itulah dia 15 senarai peserta yang tercalon dalam Segmen Pencarian Bloglist Syu Deris. Pada yang tak berjaya jangan sedih-sedih tau!! Next time cuba lagi. Mana tau ada rezeki korang untuk gantikan 15 peserta ni suatu hari nanti. Siapa tahu kan. Tahniah jugak Syu ucapkan pada yang berjaya. Ambik peluang ni untuk serlahkan blog korang diruangan bloglist Syu okay. Rasanya cukup untuk Syu berceloteh malam ni. Jumpa di next entry pulak. Apa-apa pun korang stay safe tau sebab kes harian Covid masih lagi atas 10K ๐Ÿ˜‚. Takut & sedih pun ada sebab 6 minggu berkurung macam tak ada perkembangan yang memberangsangkan. Kesian dekat frontliners. Harap diorang dapat bertahan ๐Ÿ˜ข.


Tahniah kepada semua peserta yang berjaya!!

What My Bawangians Say

  1. Yeay! Nama kita adalah! Hehehehe, thank youuu kak syu!
    Dan tahniah jugak diucapkan kepada yang terpilih! :D

    BalasPadam
  2. Tahniah semua. Hampa memang terbaik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Naim pun terbaik jugak!!Mekaseh tau Naim, sudi join bersegmen dengan akak ๐Ÿ˜.

      Padam
  3. Ehhh, saya nampak blog sayaaa kat situuuu..hehehe... Thanks sudi adakan segmen ni....and tahniahhh semuaaa... keep blogging!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome Nona!!Tahniah tau.Mekaseh sudi join bersegmen dengan akak ๐Ÿ˜.Semoga Nona kekal aktif berblog.

      Padam
  4. tahniah pada yang berjaya...

    BalasPadam
  5. Tahniah semua yg tersenarai ๐Ÿ˜

    BalasPadam
  6. tahniah...salam singgah di blog sis hihi..done follow juga

    BalasPadam
  7. Alhamdulillah. Nama saya ada tu. Terima kasih.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah Fairus. Sama2. Semoga Fairus kekal aktif berblog!!๐Ÿ˜

      Padam
    2. Jadi.. Saya pun buat keputusan untuk memasukkan kamu dalam bloglist saya.. Hihi

      Padam
    3. Yeke? Mekaseh tau Fairus...Hi3๐Ÿ˜

      Padam
  8. Tahniah kepada yang terpilih.
    Berkenan pula akak tengok WON tu.
    Stay safe, Syu.

    BalasPadam
  9. terima kasih syu. tahniah semua :)

    BalasPadam
  10. Wah tahniah kepada semua yang tersenarai!

    BalasPadam
  11. Balasan
    1. Yeahhhh...ur welcome. Tahniah tau!!๐Ÿ˜

      Padam
  12. salam syu..yeay menang..tqsm ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Kak Shida. Sama2. Tahniah tau kak!!๐Ÿ˜

      Padam
  13. ehhhh ada nama saya..yeayyyyyy..thanks

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome AD. Selamat berblog & sentiasa kekal aktif okey!!๐Ÿ˜

      Padam
  14. Salam Syu.. Maaf baru dapat singgah sini.. Alhamdulillah menang. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam Naniey. Tak ngape๐Ÿ˜. BTW tahniah tau sebab berjaya masuk dalam senarai bloglist Syu.

      Padam
  15. Waalaikumusalam, alhamdulillah ada rezeki cik Ash hihihi.. terima kasih syu,

    BalasPadam
  16. Lama betul tak layan cerita bollywood. Apa ii pun tahniah untuk semua yang terpilih.

    BalasPadam
  17. Baru ada masa buka blog. Wa..saya ke tu? Yeah...

    BalasPadam
  18. Nama nina tu kan mcm was2 la ๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul lah tu nama Nina.He2๐Ÿ˜
      Akak ingat tau.Semua nama Nona, Nina, Nani terpilih!!Nanu jer takde๐Ÿ˜†!!

      Padam
  19. adakah itu nama saya hehe Alhamdulilah. terima kasih kak syu. baru sempat singgah lepas busy minggu ni ๐Ÿฅฐ

    BalasPadam
  20. He2๐Ÿ˜.Nama Nad ler tu.Tahniah tau!!Selamat berblog.

    Takpe,akak faham.Bukan 24 jam nak hadap blog jer kan.Ada gak benda lain dalam hidup nak kena buat๐Ÿ˜.

    BalasPadam