Syuderis Dotcom Selamat Dilahirkan

Julai 12, 2021

 

Blog

Tajuk postnya pun, macam baru lepas beranakan orang jer kan๐Ÿ˜†. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, selepas habis jer nightline bersiaran dekat TV3 malam kemarin, dengan jayanya NetKL telah memberanakan lagi sebuah domain yang bernama syuderis dotcom ๐Ÿ˜. Actually, Syu tak pernah terfikir pun nak tukar domain. Masa Syu kembali berkecimpung dalam dunia blog, niat tu hanya nak jadikan blogger ni sebagai platform meluahkan perasaan & hilangkan bosan masa lockdown jer.  


Masa nak buat pertukaran tu, lama jugak Syu ambil masa untuk berfikir. Tapi disebabkan pengaruh kuat rakan blogger Atiqah Najihah, akhirnya Syu nekad jugak untuk tidak membiarkan domain Syu menumpang dengan si budak blogspot tu lagi ๐Ÿ˜†. Macam rumah sewa vs. rumah sendiri, syok lagi duduk rumah sendiri kan ๐Ÿ˜? Tapi Syu tak mampu nak beli rumah lagi. Mampu beli rumah blog Syu jer. Jadilah kan๐Ÿ˜†. Maka dengan ini lahirlah syuderis dotcom sebagai pengganti kepada domain syuderis blogspot dotcom.


Walaubagaimanapun, Syu berterima kasih sangat dengan domain lama Syu, sebab dari situlah bermulanya Syu bertapak dalam dunia blog. Sebenarnya Syu bukanlah nak bercerita sangat pasal domain baru Syu ni. Tapi Syu nak cerita sikit macam mana proses & pengalaman Syu sepanjang pertukaran domain tu dilakukan. Domain Syu macam biasalah Syu beli melalui NetKL



Pengalaman tukar domain


Berdasarkan pengalaman Syu malam kemarin, agak payah jugak sebenarnya NetKL nak beranak kan domain syuderis dotcom ni ๐Ÿ˜. Sampaikan team NetKL terpaksa akses & kawal dari jauh (remote access & control) menggunakan software TeamViewer semata-mata untuk mengakses masuk ke account Blogger Syu. 


Nak dijadikan cerita, staff NetKL tak boleh nak proceed untuk pertukaran nama domain Syu sebab account Google Syu dah blocked akses dari NetKL untuk proceed. Puncanya sebab Syu secara tak sengaja tertekan cancel masa Google minta kod pengesahan ๐Ÿ˜†. Actually, line internet Syu agak bermasalah malam tu. Yang Gmail pun lambat nau nak sync email dekat handphone Syu. So, sampai ke sudah Syu tak tahu nombor pengesahan. Tangan ni pun apa lagi, laju jer tekan cancel ๐Ÿ˜†. 


 Tapi team NetKL memang hebat. Diorang ada jer solution lain untuk create & aktifkan domain Syu. Masa team NetKL tu buat kerja memang Syu terpaku terpana & terkesima jugaklah sekejap ๐Ÿ˜†. Korang bayangkanlah, dahlah Syu duduk sorang-sorang dekat rumah masa tu, tiba-tiba Syu nampak cursor dekat laptop dengan gembiranya bergerak ke sana ke mari. Sekejap klik sana, sekejap klik sini.Dah kenapa kan. Kita jadi cuaklah. Ingatkan syaiton ke apa kan.Tengok mouse tak bergerak. Yang Syu dengan blur-blurnya pergi godek-godek mouse untuk bagi cursor stay. Memang tak jalan lah kerja budak-budak NetKL tu nak tukar domain kan๐Ÿ˜…. 


Nasib budak NetKL tu chat dekat FB. Dia pesan dekat Syu jangan usik apa-apa dekat laptop sebab team dia dah berjaya akses masuk ke laptop Syu untuk setting domain. Yang Syu memang dah gelabahlah kan. Terkejut tengok cursor Syu tiba-tiba bergerak sendiri ๐Ÿ˜†. Ingat syaiton yang gerakkan. Kalau budak NetKL tu tak bagitahu jangan usik apa-apa, Syu rasa mahu mereput budak tu nak settlekan hal domain Syu & kemungkinan besar prose pengaktifan domain Syu akan diterminate. 


Chat


Begitulah alkisahnya. Nak tukar domain pun sikit punya gelabah. Almaklumlah, masa study dulu banyak belajar pasal pokok-pokok & haiwan. Bila kurun nak cerdik IT kan. Pegang laptop pun sebab nak buat assignments. Macam ni lah ghopernya bila tak cerdik teknologi ๐Ÿ˜†!! Pengalaman korang tukar domain macam mana pulak? Ada macam Syu ke? Share lah sikit dekat ruangan komen ๐Ÿ˜‰. Last but not least, jangan lupa update blog Syu dekat BLOGGER READING LIST okay. If not, korang takkan dapat update terkini pasal blog Syu ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•. 

What My Bawangians Say

  1. tahniah akak sbb dah beli domain. memang perlu ada domain sendiri bagi menunjukkan yg kita ni serius nak jd blogger.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Abam Kie.Betul tu.Sebab tu Syu nekad custom Syu punya domain.Lagipun satu kepuasan jugak bila dah ada domain sendiri ๐Ÿ˜.

      Padam
  2. wah tahniah syu... semoga terus berblog ya :)

    BalasPadam
  3. Balasan
    1. Mekaseh Cik Nor. Syu tukar domain dekat NetKL.Next entry Syu tunjuk stepnya macam mana yer๐Ÿ˜‰.

      Padam
  4. wahhhhh tahniah kak syu! kuat betul atiqah najihah bagi pengaruh dekat akak ye? hahaha

    semoga terusan aktif dalam dunia blogging!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal.AO punya pengaruh boleh tahan jugak๐Ÿคฃ.Kalau tak takdelah korang dua masuk dalam top 5 reading list akak๐Ÿ˜œ

      Padam
  5. Tahniah kak.. Semoga terus sukses lagi.. :)

    BalasPadam
  6. Alhamdulillah. Tahniah Syu. Semoga terus ada semangat menulis dalam dunia blogging ni.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh Kak Fizah.Kak Fizah pun,semoga akak sentiasa komited dalam memberi inspirasi kepada blogger newbies kat luar sana untuk terus berkarya macam Syu ni๐Ÿ˜Š❤️.

      Padam
  7. TAHNIAHHHH KAK SYU! Ada jugak terpengaruhhh dengan entri saya tukar domain :P
    Hahahaha, ya Allah tergelakkkk kejap bila kak syu ingat syaiton tuuuuuu, tapi scary gak ahhh tiber je cursor gerak sendiri >.>
    Moga moga lepas ni terus bersemangat update blog! ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh!! Mekaseh sebab memmpengaruhi akak!!Ha3๐Ÿ˜†

      Betul, akak dah ingat syaiton punya kerja dah masa tu๐Ÿคฃ.Tapi nasib budak NetKL tu chat kat FB. Kalau tak memang tak jadi kerja kawan tu nak tukar domain akak sebab tangan akak sibuk dok godek2 cursor. Ki3๐Ÿคญ

      Padam
    2. Comel je bila dia cakap 'jangan usik apa-apa' hahahaha.
      Dia pun geram sebab kak syu duk godek godek cursor HAHAHAHA :D

      Padam
  8. Alhamdulillah, tahniah kak syu , CCL tumPang gembira jugak
    Hari tu ada juga terbaca blogger atiqah najihah tukar domain , trpaku kejap tgh fikir sama ada nak tukar or tak .. Tgk domain netkl macam murah jugak utk bayaran setahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mekaseh CCL. Sebenarnya, ada bagusnya tukar domain ni. Especially, kalau ada join Intellifluence. Sebab rata-rata requirements dekat market place Intellifluence akan pilih influencer yang ada domain sendiri. Kalau domain tumpang ni kadang-kadang susah nak dapat job dekat market place. Tapi, bergantung pada keadaan jugak.

      Macam akak, pengalaman tukar domain tu tak sama macam Tiqah & blogger2 yang lain. Kalau CCL dah ada banyak followers & PV tinggi, akak rasa better CCL fikir panjang dulu. Sebab bila tukar domain, memang banyak benda akan terkesan especially PV & Adsense. Kiranya, blog akak jadi macam baby baru lahir gittew. Macam akak dengan Tiqah, kitorang masih lagi blogger baru & followers masih tak berapa nak banyak. So, keputusan untuk tukar domain tu memang tak akan jadi suatu masalah.

      Setakat ni yang akak nampak, NetKL jer yang murah untuk service web hosting & tukar domain. Yang lain memang mahal. Even kalau beli guna Google Domains pun diorang cas RM50. Tu tak termasuk cas tersembunyi lagi ๐Ÿ˜….

      Padam
  9. aida ucapkan tahniah ye, syu.
    blog aida da lama juga tukar ke dot com.
    more than 4 years rasanya.
    tapi blog kecil je. pelepas boring di hati, taip2 di alam maya :)
    and done masukkan blog syu dalam bloglist.

    BalasPadam