Posts with the label Blog
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Blog. Papar semua catatan

Julai 07, 2025

Domain Dah Nak Expired. Moh Ler Kita Renew!

Macam biasa. Rutin setahun sekali mesti kena renew domain blog. Sebulan sebelum sampai tarikh expired, NetKL akan hantar mesej peringatan melalui email πŸ“§. Masa ni faham-fahamlah apa nak kena dibuat ya. Kalau tak memang sampai kesudahlah pembaca tak boleh baca korang punya blog & iklan Google AdSense (GA) korang pun tak run 😁 - GA tak run tak ada lah dapat income.

 

Domain renewal
Sebelum bayor!

 

Domain renewal
Udah bayor dia keluar ghoper ini. Nak renew lebih dari setahun kena PM NetKL.

Setahun punya renewal fee RM60. Bahagi 365 hari. Sehari dalam anggaran 17 sen. Congak-congak balik dengan income GA. Pada Syu?! tak pulang modal. HaΠ· πŸ˜‚. Tapi, tak apa lah. Kita layan saja. Dah kita pun suka berceloteh dekat blog juga kan. Esok lusa kalau blog Syuderis.com ni dah tak boleh dicapai dek pembaca. Faham-faham sajalah. Tak MALAS. Either DAH DIJEMPUT ILLAHI. Antara dua tu saja πŸ˜….

Domain Dah Nak Expired. Moh Ler Kita Renew!

Julai 07, 2025

Mei 10, 2025

Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?

Cukai
Pendapatan melebihi RM34,000 setahun diwajibkan oleh LHDN untuk membayar cukai - SUMBER FOTO: Pinterest


Bila bercakap pasal berblog, ramai yang terfikir, "Jadi blogger ni boleh dapat duit ke?" & "Kalau blog dah buat duit, nak kena bayar cukai ke tidak?" Maybe ada yang fikir jadi blogger ni kerjanya cuma menulis blog, berkongsi cerita, atau review produk je. Tapi, pernah tak terfikir bahawa seseorang blogger pun boleh dikenakan cukai? Tambah-tambah bila blog korang dah mula start buat duit.

 

For those yang baru nak berjinak-jinak dalam dunia blogger atau dah aktif menulis, soalan ni memang patut ada dalam kepala. Tapi jangan risau, dalam artikel ni kita akan bincangkan lebih lanjut pasal hal ni.


  Kalau blog korang hanya sekadar platform untuk berhobi atau untuk berkongsi pengalaman tanpa ada jana pendapatan tetap, mungkin korang boleh abaikan topik ni.

 

Apa Itu Cukai & Kenapa Blogger Kena Ambil Tahu?


Secara ringkas, cukai ni merupakan bayaran yang dikenakan oleh pihak kerajaan ke atas individu atau syarikat yang ada menjana pendapatan - melebihi RM34,000 setahun. Jadi, kalau korang sebagai seorang blogger & ada memperoleh pendapatan dari blog - Contohnya melalui iklan, affiliate marketing, penjualan produk, tajaan atau endorsement. Kerajaan berhak untuk minta korang bayar cukai berdasarkan jumlah pendapatan tu. Melainkan ada dapat pengecualian atau jika pendapatan korang tu dalam jumlah yang sangat kecil & tak melayakkan korang untuk bayar cukai.

 

Bila Blogger Kena Bayar Cukai?


Menurut sistem percukaian di Malaysia, jika korang menjana pendapatan melebihi RM34,000 setahun, korang perlu mendaftar dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) & bayar cukai. Andai kurang daripada jumlah tu, mungkin korang tak diwajibkan membayar cukai. Tapi, tetap kena buat pengisytiharan juga di LHDN berdekatan untuk pastikan rekod korang bersih dari dikenakan cukai.

 

Macam Mana Nak Bayar Cukai?


Bila pendapatan blog korang melebihi RM34,000 setahun, korang perlu daftar dengan LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri) & buat penyata cukai. Biasanya, korang hanya perlu mengisi borang e-filing secara dalam talian.


Jangan risau, sistem LHDN sekarang dah senang. Mesra pengguna & ada banyak panduan tersedia dekat diorang punya website. Kena rajin membaca & bertanya.

 

  • Daftar dengan LHDN melalui e-Daftar. Proses ni tak susah, cuma kena pastikan korang ada dokumen sokongan yang cukup.

  • Isi Borang BE (untuk individu) atau borang yang sesuai mengikut kategori perniagaan. Korang boleh buat ni secara online di portal LHDN.

  • Bayar Cukai berdasarkan pendapatan yang dilaporkan. LHDN akan kira berapa jumlah cukai yang perlu dibayar.

 

Apa Jenis Pendapatan Yang Nak Kena Isytihar?

 

Pendapatan yang perlu diisytiharkan oleh blogger tak semestinya datang dari penjualan produk atau perkhidmatan yang korang buat secara langsung. Ia boleh termasuk:

 

  • Pendapatan dari iklan: Kalau ada ads di blog, sama ada Google AdSense atau iklan lain, itu semua pendapatan yang kena isytihar.

  • Affiliate Marketing: Jika korang promote produk orang lain dan dapat komisen, itu pun kira pendapatan.

  • Tajaan: Kalau ada syarikat atau brand yang bayar korang untuk buat review atau post, itu pun kena isytihar juga.

  • Jualan Produk atau Perkhidmatan: Kalau korang jual ebook, kursus, atau servis tertentu melalui blog, itu jelas kena isytihar sebagai pendapatan.

 

Blogger Baru, Jangan Risau!

 

Untuk blogger yang baru nak mula berblog, jangan risau dengan bab-bab cukai ni. As long as pendapatan tahunan korang tak banyak, korang tak perlu risau. Tapi, bila blog dah berkembang, pastikan korang uruskan kewangan & cukai pendapatan korang dengan betul & efisien.

 

Jadi, untuk persoalan "Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?" - jawapannya adalah ya! Blogger yang ada dapat income dari berblog kena bayar cukai. Tak kira apa pun sumber pendapatan tu. kalau dah melebihi RM34,000 setahun, kena buat pengisytiharan & bayar cukai macam biasa.

 

Jangan risau, prosesnya mudah sahaja sebenarnya. Buat secara online pun dah boleh. Jadi, kalau korang betul-betul serius dengan dunia blogging ni, pastikan korang uruskan kewangan & cukai dengan sebaik-baiknya!

 

Tips Urus Kewangan dan Cukai Sebagai Blogger

 

  • Simpan Rekod Pendapatan: Pastikan korang simpan bukti pendapatan & perbelanjaan. Boleh guna aplikasi atau spreadsheet untuk track semua transaksi.

  • Buat Simpanan Untuk Cukai: Jangan tunggu sampai last minute! Setiap kali dapat duit dari blog, simpan sedikit untuk bayar cukai.

  • Runding Dengan Pakar Kewangan: Kalau tak pasti, boleh dapatkan nasihat daripada akauntan atau perunding kewangan yang arif. Diorang boleh bantu korang untuk uruskan cukai dengan cara yang betul.

Jadi Blogger Kena Bayar Cukai Ke Tidak?

Mei 10, 2025

September 21, 2023

Berapa Angka Maksimum Followers Boleh Follow Blog Korang πŸ€”?

Sebut pasal followers. Ramai ke followers blog korang sekarang? Mesti lagi ramai kan dari Syu kan πŸ₯Ή. Tapi, korang tahu tak, berapa ramai followers yang Blogger bagi untuk someone follow blog korang πŸ€”? Mesti tak tahu kan. Meh Syu nak cerita.



Tak boleh follow kalau lebih dari 50K


Follow button


Kalau korang nak tahu. Maksimum followers yang dibenarkan untuk follow satu-satu blog terhad kepada 50K sahaja. Tak kisahlah korang follow dengan klik butang follow pada widget Blogger atau korang follow secara manual sekalipun.



Bila dah sampai limit, blog tu tetap takkan dapat di-follow sampai bila-bila. Sedih kan πŸ₯²? - Melainkan ada penurunan jumlah followers pada blog tu, then korang follow. Korang kena faham. Berblog ni tak sama macam platform social media yang lain. 


Bila dah sampai limit. Akan keluar macam ni lepas korang klik butang follow pada blog yang korang nak follow tu.


Sebab ia lebih memfokuskan kepada page viewsclick through rate (CTR), click to action (CTA), search perfomance & etc. As long as bukan melibatkan jumlah followers yang ramai. Waima rating pun tak ada dalam kamus blog πŸ˜…. 



Perlu ke follow blog orang πŸ€”?


Followers ramai. Itu satu bonus! Actually, tak ada paksaan pun untuk korang follow satu-satu blog tu. Unless korang nak kembangkan circle blog korang & ambil tahu pekembangan blog rakan-rakan Blogger korang yang lain.


Walaupun, korang tak kenal rapat pun dengan tuan empunya blog tu. Tapi, atas dasar korang rasa suka & tertarik dengan content satu-satu blog tu. Jadi, korang pun buat decision untuk follow πŸ‘†πŸ».


Blogger
Dari hari tu Syu cuba follow blogger ni. Sampai ke hari ni tak dapat-dapat πŸ˜…

Hidup sebagai Blogger ni lebih kurang macam korang hidup berjiran juga. Tak nak blog sendu. Kenalah usaha tambah kawan. Nak tak nak kena beramah mesra juga dengan orang. Kalau tak, macam mana orang nak kenal blog korang. Dalam dunia Blogger, kena ada win win situation juga πŸ†. 


SUMBER FOTO : Leanplum


Selalunya, orang yang dalam circle blog korang tu jugalah yang akan membantu korang naikkan pageviews blog. Malah, diaorang jugalah yang secara tak langsung menolong korang jana pendapatan bila mana korang ada letak iklan dalam blog πŸ€‘.



Walaupun, follow blog tu bukan satu paksaan. Atas dasar support sesama bloggers. Kita follow-kan saja. Tak rugi apa pun sebenarnya. Lebih kurang begitulah alkisahnya. Nak cerita lebih lagi? Jumpa di next entri 🫑. 

Berapa Angka Maksimum Followers Boleh Follow Blog Korang πŸ€”?

September 21, 2023

Disember 29, 2021

10 Template Blog Cantik & Murah Di Etsy

Domain

Templat blog di Etsy memang cantik-cantik semuanya. Rambang mata bila tengok. Ada yang murah & ada juga yang mahal. Bergantung pada tema, susun atur & rekabentuknya. Tapi, semahal mana sekalipun template korang itu tak bermakna yang blog korang sudah cukup bagus untuk menarik minat pembaca. Blog yang terlampau sarat & serabut juga kadang-kadang boleh menyukarkan pembaca untuk cari entri yang korang dah post. 



Selain dari Etsy ni, ada banyak platform lain yang menjual templat blog. Malah, templat blog percuma pun korang boleh dapat. Cuma, apa yang tak seronoknya pasal templat percuma ni adalah bila mana CSS, html & Javascript templat tu bermasalah & corrupted, korang sendiri pun jadi buntu macam mana nak betulkan πŸ˜…. Bila korang beli secara terus dengan perekanya sendiri, sekurang-kurangnya diorang boleh tolong korang sekiranya templat yang korang beli tu bermasalah.



Berdasarkan pengalaman Syu Beli Templat Di Etsy, proses membeli templat memang sangat-sangat mudah. Malah, pereka templat blog Syu juga sangat membantu apabila ada permasalahan pada templat. Memang tak dinafikan, ada sesetengah templat blog di Etsy mahal sampai harga cecah ratusan ringgit. Tapi, kalau korang bijak memilih. Korang boleh dapat templat yang harganya tak sampai pun RM30. Tak percaya? Dekat bawah ni Syu senaraikan 10 templat blog yang cantik & murah untuk korang miliki - Klik pada gambar untuk tengok live demo.





1) Snowdrop


Template Blog Cantik & Murah





2) Orianna


Template Blog Cantik & Murah





3) Siobhan


Template Blog Cantik & Murah





4) Heather


Template Blog Cantik & Murah





5) Clementine


Template Blog Cantik & Murah





6) Lily


Template Blog Cantik & Murah





7) Soulmate


Template Blog Cantik & Murah





8) Tulip


Template Blog Cantik & Murah





9) Nettle


Template Blog Cantik & Murah





10) Dahlia


Template Blog Cantik & Murah

10 Template Blog Cantik & Murah Di Etsy

Disember 29, 2021

Julai 12, 2021

Syuderis Dotcom Selamat Dilahirkan

Blog
SUMBER FOTO : Google

Tajuk postnya pun, macam baru lepas beranakan orang jer kan πŸ˜†. Apa-apa pun syukur alhamdulillah, selepas habis nightline bersiaran dekat TV3 malam kemarin, dengan jayanya NetKL telah memberanakan lagi sebuah domain yang bernama syuderis dotcom 😁. Actually, Syu tak pernah terfikir pun nak tukar domain. Masa Syu kembali berkecimpung dalam dunia blog, niat tu hanya nak jadikan Blogger ni sebagai platform meluahkan perasaan & hilangkan bosan masa lockdown jer.  



Masa nak buat pertukaran tu, lama juga Syu ambil masa untuk berfikir. Tapi disebabkan pengaruh kuat rakan blogger Atiqah Najihah, akhirnya Syu nekad juga untuk tidak membiarkan domain Syu menumpang dengan si budak blogspot tu lagi πŸ˜†. Macam rumah sewa vs. rumah sendiri, syok lagi duduk rumah sendiri kan 😁? Tapi Syu tak mampu nak beli rumah lagi. Mampu beli rumah blog Syu jer. Jadilah kanπŸ˜†. Maka dengan ini lahirlah syuderis dotcom sebagai pengganti kepada domain syuderis blogspot dotcom.



Walaubagaimanapun, Syu berterima kasih sangat dengan domain lama Syu, sebab dari situlah bermulanya Syu bertapak dalam dunia blog. Sebenarnya Syu bukanlah nak bercerita sangat pasal domain baru Syu ni. Tapi Syu nak cerita sikit macam mana proses & pengalaman Syu sepanjang pertukaran domain tu dilakukan. Domain Syu macam biasalah Syu beli melalui NetKL. 



Jangan usik apa-apa - Staff NetKL


Berdasarkan pengalaman Syu malam kemarin. Agak payah juga sebenarnya NetKL nak beranakkan domain syuderis dotcom ni 😁. Sampaikan team NetKL terpaksa akses & kawal dari jauh (remote access & control) menggunakan software TeamViewer semata-mata untuk mengakses masuk ke account Blogger Syu.

 

Nak dijadikan cerita, staff NetKL tak boleh nak proceed untuk pertukaran nama domain Syu sebab account Google Syu dah blocked akses dari NetKL untuk proceed. Puncanya sebab Syu secara tak sengaja tertekan cancel masa Google minta kod pengesahan πŸ˜†.

 

Actually, line internet Syu agak bermasalah malam tu. Yang Gmail pun lambat sangat nak sync-kan email dekat handphone Syu. Jadi, sampai ke sudah Syu tak tahu nombor pengesahannya apa. Tangan ni pun apa lagi, laju saja tekan butang cancel πŸ˜†. 



Tapi team NetKL memang hebat. Diorang ada solution lain untuk create & aktifkan domain Syu. Masa team NetKL tu buat kerja memang Syu terpaku terpana & terkesima jugalah sekejap πŸ˜†. Korang bayangkanlah, sudahlah Syu duduk sorang-sorang dekat rumah masa tu, tiba-tiba Syu nampak cursor dekat laptop dengan gembiranya bergerak ke sana ke mari.

 

Sekejap klik sana. Sekejap klik ke sini. Dah kenapa kan. Kita jadi cuaklah. Ingatkan syaiton ke apa kan. Mana tidaknya. Tiba-tiba cursor mouse dekat laptop Syu tak bergerak. Yang Syu dengan blur-blurnya pergi godek-godek mouse untuk bagi cursor stay. Memang tak jalanlah kerja budak NetKL tu nak tukar domain kan πŸ˜…?



Nasib budak NetKL tu hantar chat dekat FB Syu. Dia pesan dekat Syu jangan usik apa-apa dekat laptop sebab team dia dah berjaya akses masuk ke laptop Syu untuk setting domain. Yang Syu memang dah gelabahlah kan. Terkejut tengok cursor Syu tiba-tiba bergerak sendiri πŸ˜†.

 

Ingat syaiton mana yang gerakkan. Kalau budak NetKL tu tak bagitahu jangan usik apa-apa, Syu rasa mahu mereput budak tu nak settle-kan hal domain Syu. Kemungkinan besar proses pertukaran & pengaktifan domain Syu akan di-terminate


NetKL


Begitulah alkisahnya. Nak tukar domain pun sikit punya gelabah. Almaklumlah, masa study dulu banyak belajar pasal pokok-pokok & haiwan. Bila kurun nak cerdik IT kan. Pegang laptop pun sebab nak buat assignments. Macam inilah ghopernya bila tak berapa nak cerdik teknologi πŸ˜†!!

 

Pengalaman korang tukar domain macam mana pulak? Ada macam Syu ke? Share lah sikit dekat ruangan komen πŸ˜‰. Last but not least, jangan lupa update blog Syu dekat BLOGGER READING LIST okay. If not, korang takkan dapat update terkini pasal blog Syu πŸ˜ŠπŸ’•. 

Syuderis Dotcom Selamat Dilahirkan

Julai 12, 2021