Pertandingan Video Pendek

Julai 27, 2021

Pertandingan video pendek INSTUN

Exam SPA online
πŸ˜† Punyalah confident ingat hari ni 29 haribulan!!


Nampak tak apa jadi kat Syu bila dah terlampau lama sangat lockdown. Punyalah semangat pagi ni bangun nak jawab exam online sampai siap kunci jam bagai. Sudahnya silap tarikh!! Kebuduhan apakah ini πŸ˜‚. Syu rasa kalau makin lama lockdown ni berlanjutan, makin mendap kepala otak Syu ni dibuatnya. Nasib ada platform untuk Syu luahkan perasaan macam Blogger ni. At least ada lah jugak perkara yang nak dicarutkan hari-hari. Mencarut ke? Emmm...rasanya mengarut adalah kan 😁. Apa boleh buat. 29 haribulan nantilah bukak balik jawab exam. Dapat tak dapat belakang cerita. Janji jawab.

Kejap tadi ada nampak PM kita bagi ucapan pasal Hari Tanah Negara. Macam tak pernah dengar pun pasal Hari Tanah Negara ni πŸ˜‚. Nak tahu punya pasal. So, gigihlah bercari info dekat Google. Godek sana. Godek sini. Entah macam mana ternampak pasal satu pertandingan ni. Macam menarik. Jadi Syu ambik peluang ni untuk share dengan korang.

Bersempena dengan Hari Tanah Negara hari ni, Syu nak ajak korang-korang yang reti bab-bab mencipta video untuk sertai pertandingan video pendek pentadbiran tanah anjuran Institut Tanah & Ukur Negara. Dengan bertemakan "Sembang Ilmu Tanah", korang boleh create apa jenis genre video yang korang nak sebab genrenya adalah bebas. Tak kiralah video animasi pendek, sketsa, drama & dokumentari sekalipun. Asalkan menepati tema πŸ˜‰. Untuk ketahui TERMA & SYARAT penyertaan yang selanjutnya, korang boleh refer dekat laman Facebook Bahagian Pengurusan & Perundangan Tanah INSTUN.


Bila tengok hadiahnya macam lumayan, rasa macam nak join jer. Bila fikir skill pun macam dah berkarat, Syu berfikir banyak kali samada nak join ataupun tak. Actually, dah lama jugak tak buat video pendek berilmiah macam ni. Last buat pun masa zaman study dedulu. Apa yang bestnya, pertandingan video pendek ni korang tak payah buat panjang-panjang pun. Cukup dalam 2 ke 4 minit gitu jer. Nama pun video pendek kan. Kalau video panjang, baik korang jadi Director macam Mamat Khalid jer terus buat movie (start merepek dah πŸ˜…).

Pada yang tak tahu nak buat videonya macam mana, korang boleh tengok contoh video peserta-peserta yang dah pernah join sebelum-sebelum ni dekat YTube Channel JKPTG Persekutuan. Rasanya masih ada masa lagi untuk korang yang berminat nak join. Apa susah. CANVA kan hado!! Pulun lah buat sehari dua ni. Mana tahu ada rezeki.

Comments

  1. Balasan
    1. Akak tak join pun Rabiah. Just share jer 😊.

      Padam
  2. Samalah kak syu, duduk rumah lama lama, otak jadi lembab pun ado hahaha.
    Nampak hadiah macam menarik, tapi kerajinan tak tinggi hahaha >.<

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah pasal.Otak akak pun makin menjadi2 lembabnya ni πŸ˜‚.Celik mata makan movie tido. Sampai tarikh & hari pun dah tak alert.Rindunya nak pergi kerja.

      Memang menarik hadiahnyer. Tapi tu lah, kerajinan akak pun tak berapa nak tinggi jugak. Ha3πŸ˜†.

      Padam
  3. Berbintang nata tngk hadiah, tapiii i is malas πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ Lagi2 lama duk uma niii, hrmmm... beku

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menarikkan hadiahnyer😁.Duit ratus2 pulak tu.Giler tak rambang mataπŸ˜….

      Sama lah. I is malas too.Ha3πŸ˜†.

      Padam
  4. Good luck untuk ujian exam online nanti! Jangan salah tarikh lagi ya!

    BalasPadam
  5. sy dari dulu teringinnnnn sgt nk join kontes cm ni tp apakan daya... skill sy x 'berseni'����

    BalasPadam
    Balasan
    1. Samalah. Tak berseni jugak!! Tolong war-warkan jer bolehlah 😁.

      Padam
  6. Semoga berjaya dalam peperiksaan tu nanti.. Jangan terlepas tarikh pulak nanti.

    BalasPadam
  7. Banyak fikir tu sampai tersilap tarikh. Cubalah Syu, mana tahu ada rezeki terpilih. Goodluck tau :)

    BalasPadam
  8. Aduh.. Sha sokong Syu.. memang tepu pun bila terlalu lama dalam rumah.. hehehe.. Sha pun baru tahu pasal Hari Tanah Negara ini.. Tq ye Syu share pasal ini..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan...lama sangat terperuk dalam rumah jadi macam benak dibuatnya πŸ˜…. Makan tido jer kerja. Bosan nau 😁.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!