Elak Kerongsang Gigit Tudung

Julai 16, 2021

Dalam kehidupan Syu kalau tak berdepan dengan kerongsang-kerongsang derhaka ni kan memang tak sah. Sejenis perangai kerongsang-kerongsang ni kalau tak menjahanamkan tudung tak lain tak bukan mesti hilang dari pandangan. Pasang dekat tudung dua. Time nak simpan udah hilang satu. Sampai kesudah satu-satu hilang jejak. Belilah sepapan kerongsang pun, tetap hilang entah ke mana ๐Ÿ˜†. Tu pasal kalau boleh Syu malas nak berbeli kerongsang mahal-mahal sebab tahu endingnya mesti macam ni. Tapi kalau beli kerongsang kedai dua ringgit apadahal kan. Nak miss in action lantak kan situ. Hilang beli lagi ๐Ÿ˜†!! Busuk-busuk kalau beli dekat kedai dua ringgit boleh dapat enam biji kerongsang.

Sebut jer pasal kerongsang, paling tak suka bila part diorang ni menjahanamkan tudung. Kalau beli tudung mahal-mahal, sikit punya sayang nak cucuk pin kerongsang ni. Bila nak bukak tu memang tersangatlah bercinta sebab pengakhirannya mesti digigitnya tudung. Jadi berkerut-kerut kawan tu dibuatnya. Dapat pulak pasang dekat tudung yang sehelai harga ratus ringgit, rasanya mahu menung kejap nak bercabut kerongsang ๐Ÿ˜‚. Nak cucuk kerongsang pun mungkin berfikir panjang dulu. Gara-gara takut tudung kena gigit punya pasal. Nasiblah majoriti tudung Syu harga tak sampai dua puluh ringgit. Tapi walau murah macam mana sekali pun, perasaan sayang tu tetap ada jugak. Selagi boleh, cuba jugak jaga elok-elok supaya tak rosak. Sebab nak berbeli pun bukan pakai duit petik belakang rumah. Duit hasil titik peluh sendiri jugak yang diguna untuk berbeli. Tak pun mengepau sikit duit laki ๐Ÿ˜.
Brooches
Nak dijadikan cerita, malam tadi sebelum nak tidur, Syu sempat luangkan masa sekejap kelebek kerongsang-kerongsang Syu. Korek sana korek sini, ini jer balance kerongsang Syu yang tinggal. Yang besar-besar tak tahu entah ke mana hilangnya ๐Ÿ˜†. Nampak gaya Syu kena pergi kedai dua ringgit lagi berbeli kerongsang. Syu tengok makin lama makin surut dah stok kerongsang Syu. Yang ada ni pun tak tahu sampai bila boleh bertahan. Kalau dapat jenis kerongsang yang tak derhaka mesti dia akan elok bersopan santun duduk terletak dekat tudung tak pergi mana-mana. Memandangkan Syu nak elak kerongsang ni gigit tudung Syu, maka Syu guna cara dengan meletakkan potongan kecil gelang getah untuk elakkan masalah tu berlaku. Kerongsang yang lain Syu dah buat lama dah, cuma yang ini jer Syu tak sempat buat lagi. Itu pun sebab kerongsang yang lain banyak yang dah miss in action ๐Ÿ˜ƒ. Kalau tak memang tak hairan pun sebab confident stok masih ada. Bila stok kerongsang banyak yang dah surut, maka mula lah proses mencari pengganti. Nasib kerongsang murah!!

Equipments
Barang-barang nak pasang pun senang nak dapat. Tak ada gelang getah, korang rembat jer cap penutup vape laki korang ๐Ÿ˜.

Nak letak gelang getah dekat kerongsang ni senang jer. Apa yang korang perlu buat adalah dengan mencucuk jarum kerongsang korang dekat gelang getah. Gelang getah tu make sure korang guna yang macam Syu pakai ni. Kalau korang pakai yang jenis merah & hijau tu memang tak tahanlah jawabnya sebab at the end getah tu akan kendur & melebur. Elok-elok nak elak tudung kena gigit dengan kerongsang, datang pulak isu getah lekat dekat tudung. Bertambah murung dibuatnya. By the way, lepas korang dah cucuk jarum kerongsang tu dekat getah,  korang boleh lah tarik getah tu ke belakang & gunting bagi kecik. Dah siap!! Lepas ni dah tak ada masalah kerongsang gigit tudung korang. Pada sesisapa yang pakai tudung branded-branded macam acik Fareha, Ariani & Neelofa tu, lepas ni bolehlah melaram dengan jayanya!! Tak perlu nak hadap dah isu kerongsang derhaka suka gigit tudung. Tapi untuk kerongsang yang jenis suka miss in action tu memang Syu tak dapat nak tolong ๐Ÿ˜œ. Sebab itu antara isu terbesar kerongsang yang Syu sendiri pun tak boleh nak selesaikan.

Steps
Leka pasang getah ni dekat kerongsang. Kalau ada 100 biji, kejap-kejap tu jugak habis pasang ๐Ÿ˜ƒ. 

What My Bawangians Say

  1. HAHAHAHA betul kak syu, saya beli sepapan yang 50 tuuu, hilang semuanya. Tak tahuuuuu lahh mana pergi. Menyirap aje rasanya bila cari tak jumpa hahahahaha.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan? Satu-satu hilang๐Ÿ˜‚.Beli yang sebesar-besar alam pun hilang entah ke mana.Memang menyirap dibuatnya.Tu pasal malas nak beli yang mahal๐Ÿ˜†.

      Padam
  2. keronsong ni sama dengan getah rambut. beli banyak pun hilang. Saya dah lama tak pakai keronsong. Kurang selesa pakai keronsang sebab alergik bawah dagu kalau pakai. Pakai shawl guna pin lurus tu je. lilit dan pin kan je :) Btw, bagus tips ni Syu. Tudung pun tak lah rosak

    BalasPadam
  3. Dulu belikan sepapan kerongsang dari Sabah... Entah ada lagi ke tidak. Orang perempuan memang suka letak merata. Dalam kereta pun ada. Haha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Faham!!Ha3๐Ÿคฃ
      Sebab Syu sendiri pun memang ada spare kerongsang merata2.

      Padam
  4. Balasan
    1. Terima kasih sudi luangkan masa singgah ke blog Syu.Salam perkenalan ๐Ÿ˜Š๐Ÿ’•.

      Padam
  5. ok ok ok... faham fungsi getak di situ.
    berpuluh tahun, Syu, abis tudung.
    sib baik la tudung aida x mahal mana pun :)
    tapi, still berharga la kan.

    bab brooch ni, hmmmmm beli byk mana pun, mesti ghaib!
    aida ada 2 anak dara, pepaham aje la Syu :)
    malau mau citer panjang ha ha ah ah ha...

    BalasPadam
  6. saya sebelum ni pernah juga gigit kerongsang bila nk ketatkn atau nk rapatkan tempat dia kepit jarum tu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu satu hal Kak Shida.Satu lagi bila time ​menguap ke menganga ke dan2 tu jugaklah kerongsang nak tercabut!!๐Ÿ˜‚
      Kalau g makan kenduri selalu kena.Spoil betul!

      Padam
  7. Beli banyak mana pun sudahnya tinggal 2-3 je lepas tu bila nak guna pening nak mencari. Hilang mana pun tak tahu la..
    Boleh cuba nanti ni letak gelang getah tu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tau takpe๐Ÿ˜….Try la Naniey, at least takde lah rosak tudung.Sayang beli mahal2.Kerongsang takpe, kedai 2 hengget melambak๐Ÿ˜†

      Padam
  8. Hahaha ternyata sama pula ya, kak. Bila nak pasang tudung mesti dia (brooch dan peniti) hilang entah kemana..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Satu2 hilang entah ke mana.Rasanya duit banyak habis beli kerongsang & peniti jer๐Ÿ˜‚

      Padam