Drama Semanis Senyumanmu - Episod 13

Julai 01, 2021

Semanis Senyumanmu

Semanis Senyumanmu Episod 13

Lepas balik dari jumpa Azim, Azra rasa frust sangat. Dia cuba bagitahu Iman yang dia dah cuba beri ruang pada Azim untuk berterus terang. Tapi Azim pulak macam cuba mengelak. Setiap kali Azra tanya, mesti Azim akan tukar topik. Bila Azim buat macam tu, Azra rasa macam dia bertepuk sebelah tangan. Iman pun nasihatkan Azra supaya beri ruang pada Azim untuk buktikan apa yang dia rasa pada Azra sebab hubungan diorang berdua pun baru jer elok. So, macam tak bagus kalau nak gopoh-gopoh.


Semanis Senyumanmu Episod 13


Malam esoknya, Azim ajak Azra keluar makan dekat warung. Masa tu diorang berdua masing-masing sempat bertukar-tukar cerita pasal kehidupan & kampung halaman diorang. Bila Azra cakap dekat Azim yang dia dah lama tak balik kampung, so Azim pun offerlah diri dia untuk temankan Azra. Pada awalnya, Azra menolak sebab nak drive ke kampung dia agak jauh jugak. Memandangkan Azim tak kisah, so Azra pun akur jelah. 



Hujung minggu tu, Azim pun bawaklah Azra balik ke kampung dia. Masa dekat kampung, Azra memang happy sangat-sangat dengan Azim. Azra rasa berterima kasih sangat pada Azim sebab dia sudi luangkan masa dia untuk bawak Azra balik kampung & at the same time Azra bersyukur yang Azim sudi datang balik berjumpa Azra untuk perbaiki hubungan diorang. Bersambung...



Comments