Posts with the label Cat lover
Memaparkan catatan dengan label Cat lover. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Cat lover. Papar semua catatan

Jun 19, 2021

D'Zahara Cat Kibbles!


Here am I again with the same issue of my cat. This time I got to change another kibbles for them. Previously, I bought Ali Cats & Misha brand. I knew, they enjoyed eating that kibbles. Unfortunately, one of my cats got some diarrhea when ate kibbles from both of these brands. So, I decided to switch to another brand of kibbles. This time I chose D'Zahara. I've seen many good reviews about it. Why don't I give it a try. Right? I don't mind if I spend a little bit on them. As long it's good for fluffy buddies. 


For your information, this kibble is suitable for all ages of cats. It contains 26% of crude protein, which is definitely enough for cat growth. The kibble size also not too big & easy for the cat to chew. If you interested to buy this kibble, you can click HERE to directly reach the seller store. Right now, D'Zahara kibbles already sold out. However, you still can purchase other brands of kibbles at the same store 😉.


Smells good. I really hope this kibbles suit my fluffy fellas this time. I'm so hectic to think about changing kibbles again 😂.


D'Zahara Cat Kibbles!

Jun 19, 2021

Jun 04, 2021

'Epiphora' Dari Air Mata Bulus


Kemarin tuan tanah Giveaway Mellow Crunch, Atiqah Najihah ada datang blogwalking blog Syu. Sambil tu dia ada tanya pasal kucing parsi Syu yang sekor tu. Disebabkan pertanyaan tu, maka tercetuslah idea nak buat content blog pasal "Ephipora: Air Mata Bulus"😁. Mungkin ada sesetengah orang tak tahu. So, ada baiknya  Syu share sikit info pasal ni.


Sebenarnya apa yang blogger Atiqah nampak kat mata kucing Syu tu, itu lah dia "Epiphora" atau nama lain dia "cat tear stains (CTS)". Epiphora ni kira istilah saintifik CTS, yang mana ia merujuk kepada simptom terhasilnya air mata kucing secara berlebihan. CTS ni kebiasaannya akan terjadi kepada kucing-kucing yang berfizikal "Brachycephalic" macam kucing baka Parsi & Himalaya. 





BRACHYPHALIC TU APA?

Auntie-auntie tolonglah kita. Kita tak reti cuci mata 😂.

"Brachycephalic" ni sebenarnya datang dari bahasa Greek iaitu "brakhu" yang bermaksud pendek. Keadaan fizikal kucing yang macam ni kita kategorikan sebagai "Brachycephalic" disebabkan struktur tengkorak bahagian muka diorang yang pendek, penyek ("flat-face") & tenggelam ke dalam ("squished-in). Brachycephaly ni bukan ada pada kucing jer tau. Anjing pun ada jugak. Kebiasaannya kita boleh nampak pada pitbulll, & bulldog contohnya.


Disebabkan faktor fizikal muka yang macam ni, maka air mata kucing ni tak dapat bertakung secara normal macam kucing-kucing yang lain. Tambah pulak, bulu-bulu dekat mata diorang ni akan asyik terkena & tercucuk dekat bahagian mata. So, keadaan macam ni kira menganggu pandangan diorang untuk melihat & sedikit sebanyak membuatkan mata diorang ni pedih. Bila mata pedih maka terhasillah air mata secara berlebihan pada mata kucing tu. Fungsi air mata tu sendiri adalah untuk membasahkan bulu-bulu dekat sekeliling kawasan mata kucing. Dengan bantuan air mata tu sedikit sebanyak akan meratakan permukaan bulu-bulu daripada menganggu bahagian mata. 

Auntie-auntie jangan lah marah kita. Kita dah lah suka nangis.

Actually, possibility kucing berfizikal "Brachycephalic" untuk kena epiphora atau CTS ni memang tinggi & ianya adalah normal. Bila diorang kena simptom ni, mata diorang memang akan sentiasa berair. Kadang-kadang tu sampai meleleh-leleh macam orang menangis. Entah apa yang sedih sangat pun tak tahu😂. Even korang lap lah macam mana sekalipun, kejap lagi mesti ada balik. Bila dah terlampau banyak sangat air mata terhasil maka terjadilah CTS ni. CTS ni kalau tak dicuci memang akan mengotorkan muka kucing. Tambah-tambah kalau kucing tu bulu dia warna putih. Sedangkan kucing Syu yang warna oren tu pun blogger Atiqah boleh nampak CTS, inikan pulak kucing berwarna putih😅.

Memang tak dinafikan yang CTS ni kebanyakkan terjadi pada kucing muka penyek. Tapi korang kena ingat. Kalau benda macam ni terjadi dekat kucing korang yang fizikal muka dia bukan brachycephalic, korang dinasihatkan untuk bawa kucing korang berjumpa veterinar. Sebab tanda-tanda CTS ni actually sangat tidak normal untuk kucing yang hidungnya helok terletak yer😂. CTS pada kucing normal tu menunjukkan simptom awal akan terjadinya penyakit mata.

'Epiphora' Dari Air Mata Bulus

Jun 04, 2021

Mei 03, 2021

3 Tips Elak Pembaziran Kibbles

Macam ni lah dilema mak-mak bulus. Dalam situasi Syu, dah macam-macam kibbles dah Syu try beli kat petshop. Tapi ada saja yang kucing-kucing Syu tak berkenan😂. Kadang tu Syu terfikir, kucing indoor memang macam ni eak perangai dia?? Ke kucing Syu jer yang macam ni?? Tapi tak semua kucing cerewet dalam pemakanan. Bergantung dengan cara asuhan kita jugak sebenarnya. Macam kucing mak Syu kat kampung diorang tak berapa sangat makan kibbles ni, diorang lebih prefer makan nasi dengan lauk ikan kembung. Berbeza pulak dengan kucing Syu. Nak kibbles jer memanjang. Nasi memang tak ingin langsung. Tapi kalau ikutkan diet nasi untuk kucing memang tak elok pun sebenarnyer. Sebab diorang ni memang pemakan daging.


Berdasarkan pengalaman Syu membela kucing ni, banyak benda jugak yang Syu belajar tentang  selera & cara pemakan diorang. Nak kata baka kucing Syu ni jenis yang mahal tidak lah. Tapi macam yang Syu perhati, kucing Syu ni memang agak picky & finicky sikit bila bab-bab makan ni. Kecuali yang kucing kampung & hidung penyek tu. Yang dua ekor ni memang senang bela sebab tak memilih makan. Jangan yang budak kayangan dua ekor tu. Memilih kemain. Daging tak makan, ayam tak makan!! Kibbles ini tak kena kibbles itu tak kena. Yang dia nak salmon & tuna!! Adoi, kadang tu pening kepala nak follow demand diorang ni😅. Tapi dah nama pun sayang kan?? So, turutkan ajer...

Tips yang Syu nak share ni adalah berdasarkan pengalaman Syu sepanjang Syu membela kucing. Kalau ikutkan ada banyak tips sebenarnya. Tapi Syu just simplified kan jadi 3. Sebab pada Syu ni tips ni memang berguna untuk korang kurang kan pembaziran kibbles yang korang dah terbeli. Harap tips ni bermanfaat untuk korang gunakan!!


1) Campur kibbles dengan wet food 


Kalau korang tengok kucing korang tak berapa suka dengan kibbles yang korang beli. Cuba korang mix dengan wet food sikit. Wet food ni bau dia agak kuat & memang sesuai untuk buka selera kucing korang untuk makan. Tak payah letak banyak. Cukup sekadar untuk bagi bau sahaja dalam makanan diorang. Setakat ni untuk kucing Syu, hanya wet food dari Smart Heart flavour tuna in jelly ni saja yang diorang berkenan. Brand yang lain macam Snappy Tom, Reflex semua tu memang diorang tak nak makan. Smart Heart ni murah jer harga dia. 😁Kalau kat SHOPEE tak sampai pun RM3 setin.


Misal kata korang takut nak beli yang tin besar ni, korang boleh cuba beli yang dalam pouch kecil. At least kalau diorang tak makan korang takda lah rasa ralat sangat. 😁Tapi setakat ni, memang tak pernah kucing reject wetfood, melainkan flavour tu memang diorang tak berkenan.




2) Treats cream



Treats ni kira macam jajan diorang lah kiranya. Sekali sekala apa salahnya pelbagai kan makanan diorang. At least takda la jemu makan  makanan yang sama jer tiap-tiap hari. Even kita yang manusia ni pun pandai rasa jemu inikan pulak binatang macam diorang. Apa Syu buat Syu letakkan sikit atas diorang punya kibbles. Bila diorang makan treats cream tu definetely diorang akan makan kibles tu sekali. Treats ni takda lah Syu bagi tiap-tiap hari. Nama pun jajan kan?? Bukannya elok sangat bagi hari-hari. Tambah-tambah kalau hujung bulan. Duit tak mandang keme oi!!😂
Tak nampak muka dah sebab semua muka pakat duduk dalam mangkuk.



3) Campur kibbles


Ada masa & ketika, kita sebagai mak-mak bulus ni cuba nak beli makanan yang terbaik unutk anak-anak bulus kita. Tengok anak bulus orang tu makan jadi gemuk elok kita pun nak ikut. Yelah, benda baik siapa tak nak bagi kan?? Tapi tulah, anak-anak bulus kita bukan faham pun dilema kita mak-mak bulus ni. Yang diorang tahu makan nak sedap & diterima tekak!! Yang mak-mak beli lah terus barang seguni. Pastu sudahnyer anak-anak pun tak nak makan. Dah jadi membazir pulak kat situ!!

So, untuk situasi macam ni solusi yang terbaik adalah dengan campurkan kibbles baru dengan kibbles yang biasa diorang makan. Ataupun guna tips yang pertama. Mix dengan wetfood. Yang ni gerenti diorang tak reject!!😁 Kalu masih jugak tak boleh menerima , korang bagi jelah kibbles tu kat stray cat belakang rumah korang. Dah confirm diorang tak memilih untuk makan sebab dah tentu-tentu diorang lapar. So, next time jangan repeat dah kibbles yang diorang tak berkenan. Kalau nak cuba jugak beri kibbles yang lain , just beli yang pek kecil dahulu untuk tester. 
Dua ekor ni memilih sikit. Pening dah kepala asyik tukar kibbles.
Kita nak keluar jenjalan ni. Tapi mummy suruh jadi model Smart Heart kejap😒.
Jenama Ali Cat (Original Atlantic Mackerel)

Setakat ni, tiga jenis brand ni saja yang dapat memenuhi selera diorang. Tapi ada masa Syu cuma jugak selang selikan dengan jenama premium macam Royal Cannin, Reflex & TOTW. Sekali sekala apa salahnyer kan?? So untuk 3 tips ni bergatung pada keadaan sebenarnya untuk korang follow. Tapi setakat apa yang Syu dah buat, tips #1 yang paling sukses!!😉

You Love Cat, Then Cat Will Love You Back!!


3 Tips Elak Pembaziran Kibbles

Mei 03, 2021