Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda

September 08, 2021

Giveaway

"DANIA SAYANG"


Dania sayang, 

Di mana jua dirimu bertapak, 

Tak kira dimana kakimu berpijak, 

Tetap berpegang pada pesan,

Berdiri teguh memeluk iman, 

Di lupa jangan,

Ditinggal pun jangan. 


Roda itu,

Santapannya adalah berputar,

Lurus laluan, 

Elok pengakhiran.

Barangkali? 

Ada hari? 

Boleh jadi? 

Beronak berliku jalannya.


Benar Dania sayang, 

Sekilas pandang, 

Tampak elok, 

Hakikatnya jelas,

Terlihat buruk, 

Jadi, berwaspadalah. 


Jikalau yang pahit itu tampak manis sentiasa, 

Nescaya terlihat, 

Bosannya dunia, 

Mungkin sedap di mata, 

Namun hakikat, 

Bisa racunnya. 


Ingat Dania sayang, 

Hati mesti cekal, 

Jiwa harus kental, 

Bila rendahnya duduk, 

Yang tinggi acapkali ditenang,

Bahkan, 

Dipejam mata terbayang-bayang. 


Andai tinggi tapak berdiri,

Nescaya, 

Ada banyak mata memerhati.

Makin besar bahtera dikemudi, 

Seiring jua beban yang digalasi. 


Kekal ingat wahai Dania sayang,

Walau setinggi mana puncak didaki,

Tetap diturut resminya padi,

Tunduk merendah kekal berisi, 

Walau hayat dituai dan ditampi, 

Masih tetap hidup berbakti. 


Dania sayang, 

Andai tempatmu berpaut kian rapuh, 

Kekal yakin & terus utuh,

Menyerah tidak,

Berpaling jangan sekali,

Teruskan terbang tanpa menyerah,

Jangan dikhuatiri sayap yang patah.



✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽✽



Tudia, sakan susun ayat untuk giveaway cipta sajak blog kak Suriaamanda kita. Yang pasti, bait-bait ayat tu tetap tak boleh challenge sasterawan negara kita. Agak lama jugak Syu tak buat sajak ni. Jenuh jugaklah nak memikir ayat. Bila baca balik macam cacamerba pun ada bait-bait ayatnya😆. Sajak ni dicipta khas bersempena hari lahir anak kak Suriaamanda kita. Hajat nak menang tu memang jauh sekali lah. Tapi, kalau ada rezeki. Pucuk dicita ulam mendatang! 😁💕


Pada yang nak join, make sure korang follow semua syarat-syarat yang kat bawah ni okey. Untuk maklumat lebih lanjut, korang boleh klik pada banner untuk ke pautan giveaway tuan tanah. Jom semua!! Kita meriahkan giveaway ni ramai-ramai. Mana tahu ada terselit rezeki korang untuk menang hadiah dari Shein Malaysia 😉💕. 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN


  1. Follow blog Suriaamanda 
  2. Follow Instagram SA 
  3. Follow Facebook SA 
  4. Copy & paste banner di atas. Buat entri "Giveaway Cipta Sajak Sempena Ulangtahun Kelahiran Ainnul Dania Huda"
  5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen giveaway kak SA (Klik banner) 
  6. Pemenang akan dipilih oleh Dania berdasarkan sajak yang berjaya memikat hatinya
  7. Sajak perlulah berkaitan tentang Dania dan dunia pembelajaran dia
  8. 3 orang Pemenang di cari untuk giveaway ini
  9. 10  penyertaan kak SA kita akan masukkan ke dalam Bloglist Ahli- Ahli Mesyuarat Tingkap di sidebar (Guna Random.org)
  10. Tarikh penyertaan :  5 September 2021 - 30 September 2021 (Pengumuman akan dibuat pada 1 Oktober 2021)
3 Hadiah yang bakal disediakan adalah dari Shein Malaysia.

What My Bawangians Say

  1. Fuyooo... Mmg kalah sasterawan camni hehe.. Manthop!!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allah...idaklah hebat mana pun kak Ret. Boleh lah takat nak perah otak sikit-sikit. Sajak kak Ret best lagi!!Hi3 😁.

      Padam
  2. Balasan
    1. Jom join Naim. Bagi meriah. Mana tahu kot2 ada rezeki😁.

      Padam
  3. wow bestnya sajak syu.. goodluck ye semoga menang

    BalasPadam
  4. Sekali keluar idea, tu dia berjela panjangnya. Hebat hebat. Semoga ada rezeki menang nanti. Aaaminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi3. Tu pasal malas nak start walau satu perkataan pun kak. Bila idea datang, dia punya mencurah-curah tu macam iklan Coco Crunch 😆!! Susah nak berhenti.

      Amin kak. Pucuk dicita ulam mendatang. Besar tapak tangan, nyiru saya tadahkan 😁.

      Padam
  5. Tenkiuuuu.....pening la Dania nak pilih pemenang nanti ni..hehehe....thanks join ye Syu....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ur welcome kak!! Takpe, kita bagi "Damia sayang" pening-pening lalat sikit jer. Hi3 😁.

      Padam
  6. Boekkkk ahh sajak kak syu! Saya nak join jugakk tapi duk fikir sajak tuuu, allahuuuu memang tak berapa pandai nakk buat sajak >.< Apa apa punn, goodluck kak syu! ;)

    BalasPadam
  7. Mudah2an jadi pilihan Dania nanti
    Tahniah Dania dapat sajak best

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin wak. Harap Damia anak kak SA suka sajak ni😊💕.

      Padam
  8. Panjang juga sajak dsri kak syu .
    All the best yaa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah. Ingat nak buat beberapa perenggan jer. Tak sangka jadi panjang berjela😆. Mekaseh CCL. Jomlah join sekali😊💕.

      Padam
  9. Good luck! Pandainya cipta sajak.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bolehlah sikit-sikit. Jom kak, join GA ni😊💕.

      Padam
  10. Wahh terbaik sajak tu syu, akak ni xpandai nak bersajak sejak tinggal sekolah bertahun2 hahaha

    BalasPadam
  11. Jika abe kie jadi hakim, memang hadiah tu dlm tangan! Puitis bangat bait2 sajak itu. Tahniah!

    BalasPadam
  12. guud luck akak! best la sajak ni.. layan je bila baca

    BalasPadam