Posts with the label Giveaway
Memaparkan catatan dengan label Giveaway. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Giveaway. Papar semua catatan

Mac 29, 2024

Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ

Salam Jumaat korang! Hari ni dah masuk 19 18 Ramadhan dah kita ya. Sekejap betul rasa. Pejam celik biji mata tahu-tahu nanti dah masuk 1 Syawal. Tapi itulah. Bila duduk dekat office, rasa macam lambat sangat masanya berjalan. Seminit tu rasa macam sejam lamanya. Mereput menunggu.



Setiap hari, rasa tak sabar nak tunggu pukul 6. Mata pula asyik nak layu saja. Kelebek file ni tak kena. Kelebek file tu tak kena. Bosan asyik tatap benda yang sama hari-hari. Permit pekerja asing pun tak berapa banyak nak kena handle lately ni 😮‍💨. So, tak banyak kerja nak kena dibuat - Okay, enough berceloteh!

 

 

Special giveaway Mommy EEZ


By the way korang dah join ke belum Giveaway Mommy EEZ ni? Kalau belum, meh pakat join ramai-ramai bagi meriah. At least ada modal untuk korang bercerita dalam blog. Ada rezeki boleh dapat hadiah special dari Mommy EEZ.


Klik untuk info lebih lanjut!👆


Untuk pengetahuan korang, giveaway ni berlangsung sampai 8 April 2024. So, cepat-cepatlah submit penyertaan tu ya. Pada yang dah join, ALL THE BEST Syu ucapkan! Details lebih lanjut boleh klik pada banner.




Giveaway by Blog The Story of Mommy EEZ

Mac 29, 2024

Januari 20, 2024

Giveaway Perfume SR

Ini dia! Giveaway Perfume SR! Giveaway 2024 yang ke-3 untuk Syuderis.com sertai. Korang dah submit penyertaan ke belum? Kalau belum, jom kita pakat join ramai-ramai bagi meriah. Giveaway ni berlangsung sampai 25hb Januari 2024 ni. Syarat-syarat penyertaannya mudah saja. Boleh klik banner di bawah untuk details lanjut. Selamat ber-giveaway you all 😘!


Giveaway 2024
Submit penyertaan korang sekarang sebelum tamat tarikh penyertaan 😉!


Giveaway Perfume SR

Januari 20, 2024

Januari 18, 2024

Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Blogger Cuya

Bagi memenuhi titah permaisuri Kerajaan Kelapa 🤭. Syu nak join giveaway sampul raya rare 2024 by blogger Cuya. Giveaway ni giveaway yang ke-2 yang Syu join untuk tahun 2024. Harap rezeki menyebelahi Syu tahun ni.


Giveaway 2024


Jom korang! Kita meriahkan lagi giveaway Cuya ni. Mana tahu boleh menang sampul duit raya rare. Boleh juga guna masa nak bagi duit raya nanti 😁. Syu tengok sampul rayanya semua comel-comel. Paling Syu suka sampul raya yang ada ada tulis - "JANGAN BUKA DEPAN ORANG". Berguna sangat sampul ni orang-orang macam Syu 🤣.


Giveaway blog
Klik untuk details lanjut pasal giveaway ni! 


Bila sebut pasal giveaway sampul raya ni, teringat Syu masa mula-mula join Giveaway Sampul Raya Hipster blogger Azhafizah. Tak sangka dapat momento dari nismilan (Negeri Sembilan)! Harap tahun ni ada rezeki menang giveaway sampul rare dari blogger Cuya pula!



Kalau berjaya, tak gaduh dah Syu nak berbeli sampul duit raya! By the way, all the best Syu ucapkan pada semua rakan-rakan blogger yang dah join! Semoga ada rezeki menang giveaway. Selamat ber-giveaway semua 🥰!

Giveaway Sampul Raya Rare 2024 By Blogger Cuya

Januari 18, 2024

Januari 12, 2024

Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

Korang dah join giveaway blogger sis Roziah Muhammad Nor? Syu baru ni nak join 🤪. Harap ada lah rezeki untuk permulaan 2024 ni. Korang dah submit penyertaan ke belum?


Kalau belum, boleh klik banner di bawah untuk info lebih lanjut pasal giveaway ni. Pada yang dah sertai, all the best Syu ucapkan! Semoga ada rezeki buat korang semua 🥰. 

 

Giveaway
Jom sertai ramai-ramai! Baru meriah 🥳. 

Giveaway By Blog Roziah Muhammad Nor

Januari 12, 2024

Mei 04, 2023

Life is Beautiful Giveaway By Mummy Ayu

Esok lastday! Esok last day! Esok last day giveaway Mummy Ayu (MA) 🤪! Tarikh penyertaan sampai 5.5.2023 saja. Korang dah join ke belum? Yang belum join, jom! Pakat ramai-ramai meriahkan giveaway Mummy Ayu. Jangan risau! Masih sempat lagi buat submission 😁


Giveaway
Klik banner untuk ke link penyertaan 😘. 

Pasal blog MA ni, Syu paling suka hasil & style penulisan MA. Bersahaja & ringkas saja. Bukan macam Syu. Tulis berjela-jela - Sejenis tak reti nak tulis pendek-pendek sebab banyak sangat benda nak diluahkan sebenarnya 🤭. Silap-silap orang pun malas nak baca 🤣.



Apa-apa pun, teruskan menulis blog begitu ya MA. Coretkan saja apa yang MA nak ditulis. Sebab blog MA tu kan MA buat macam diary MA juga. So, tulis saja ikut cara MA. Cuma nasihat Syu, buat perenggan sikit masa menulis & letak iklan (In article ads) dalam perenggan tu. Dapatlah lebihkan sikit duit iklan 🤭. 

Life is Beautiful Giveaway By Mummy Ayu

Mei 04, 2023

Mac 13, 2023

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin & NHHM

Salam Isnin buat semua sahabat Blogger. Ada lagi ke yang belum sertai giveaway Thrice the Charm by AtiqahNabilah Samsudin & NHHM ni? Pada yang belum join. Jom! Pakat ramai-ramai kita meriahkan giveaway ni 😁. Tarikh penyertaan dibuka hingga 15hb Mac 2023. Syarat-syarat penyertaannya mudah saja. Boleh klik pada banner untuk ketahui lebih lanjut pasal giveaway ni.


Klik untuk maklumat lanjut.


Agak lama juga blogger Atiqah Najihah tak buat giveaway sebenarnya- Samalah dengan tuan tanah blog Syu Deris.com ni juga 🤭. Sekali dia buat, terus collaborated berjemaah dengan Bella & NHHM 😁. Apa-apa pun syabas buat Atiqah Najihah kerana berjaya meracun kawan-kawannya untuk berblog 😁.



Di kesempatan ni, Syu nak ucapkan SELAMAT DATANG juga buat 2 pendatang baru dalam dunia Blogger - Bella & NHHM. Semoga terus kekal konsisten menulis blog tanpa rasa jemu! Buat peserta-peserta giveaway. Goodluck & all the best buat korang! 😚💕

Thrice The Charm Giveaway by Atiqah, Nabilah Samsudin & NHHM

Mac 13, 2023

Februari 26, 2023

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies

Selamat berhujung minggu semua rakan Blogger Syu. Mesti ramai keluar pergi bercuti jalan-jalan dengan anak-anak time musim cuti sekolah ni kan? Tak pun pusing-pusing satu Malaysia makan nasi minyak. Almaklumlah, cuti sekolah. Inilah masa yang sesuai pun nak buat kenduri 😁. 



By the way, memandangkan hari ni Syu ada kelapangan sikit. Syu cuba nak cuba juga submit penyertaan giveaway blogger Anies. Bukan apa, saja nak cuba nasib. Ada rezeki boleh menang botol air La gourmet® Hydration Bottle ni. Syarat penyertaannya mudah saja. Korang hanya perlu :-


  1. Follow blog Anies
  2. Tulis entri giveaway bertajuk "La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies" 
  3. Letakkan banner giveaway & backlink ke entri giveaway
  4. Tag 3 rakan Blogger
  5. Tinggalkan link penyertaan di ruangan komen entri giveaway


Klik untuk maklumat lanjut 👆🏻. 


Penyertaan giveaway ni terbuka kepada blogger-blogger Malaysia sahaja & akan ditutup tarikh penyertaannya pada 28hb Februari 2023 ni. Pada yang nak sertai giveaway ni, make sure korang follow kesemua syaratnya supaya korang layak untuk menang La gourmet® Hydration Bottle ni okay! All the best Syu ucapkan 😉.


(Sarah Deris, Azwar Syuhada & Aienienka. Jom join Giveaway 😁!) 

La gourmet® Hydration Bottle Giveaway by Anies

Februari 26, 2023

Januari 23, 2023

Giveaway 23rd Anniversary Ciknur & Husband

Klik banner untuk ke link penyertaan.


Tak tahu apa nak dicelotehkan di blog? Jom sertai giveaway  Cik Nur bersempena ulang tahun perkahwinan Cik Nur & suaminya yang ke-23 tahun pada 13hb Februari 2023 ni nanti. Untuk pengetahuan korang, giveaway ni akan berlangsung mulai hari ini sehingga 13 Februari 2023.


Syarat penyertaan


  1. Follow  blog "Dapur Cik Nur"- Yang penting ada list kat blog korang
  2. Buat entri bertajuk "Giveaway 23rd Anniversary Ciknur & Husband"
  3. Sertakan sedikit ucapan indah
  4. Tinggalkan link penyertaan di ruang komen giveway


Semoga kedua pasangan diberi kesihatan yang baik & berkekalan jodohnya hingga ke jannah. Bukan mudah ya nak harung 23 tahun. Syu yang baru setahun jagung dalam alam perkahwinan ni pun kadang-kadang termenung sekejap nak hadap 😂.  

Giveaway 23rd Anniversary Ciknur & Husband

Januari 23, 2023

November 19, 2022

Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog

Kehabisan idea nak tulis blog macam Syu 😅? Jom kita pakat ramai-ramai sertai giveaway anjuran blogger Syazni Rahim ni. Syarat penyertaannya mudah sahaja & terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia.

 

Giveaway



SYARAT PENYERTAAN


  1. CREATE ENTRI bertajuk "Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog"
  2. COPY & PASTE banner giveaway pada blog
  3. BACKLINK banner ke entri giveaway
  4. Jangan lupa TINGGALKAN link penyertaan di ruangan komen pada entri giveaway



Nak tahu lebih lanjut lagi pasal giveaway ni. Korang boleh klik pada banner. Untuk makluman korang. 3 pemenang yang bertuah akan dipilih secara UNDIAN RAWAK & bakal menerima hadiah MISTERI. Jadi, jangan lepaskan peluang okay! Pada yang dah sertai - ALL THE BEST! 😊💕



Giveaway Sweet Disember By Syazni Rahim Blog

November 19, 2022