#1 : Giveaway By Shida Radzuan

September 19, 2021

Giveaway Shida Radzuan

Memandangkan hari ni ada kelapangan, Syu cadang nak buat giveaway marathon lah. Selalu buat movie marathon kan. Kali ni buat giveaway marathon pulak 😆. Ni kalau ada 100 giveaways, mau kepak jari menaip. Nasiblah giveaway yang Syu bookmark tak sampai 10. Kalau tak, memang tak berani nak buat giveaway marathon 😆. So, giveaway marathon yang pertama yang Syu nak sertai hari ni adalah giveaway dari kak Shida kita. Syu panggil giveaway ni giveaway tak ada angin tak ada ribut. Sebab kak Shida buat pun tergempar & santai-santai gitu 😅. 


Sejujurnya, ini lah antara salah satu sebab kenapa Syu suka blog ni. Malas nak selindung-selindung dah. Actually, Syu suka join giveaway dari blog kak Shida ni. Walaupun tak pernah menang hadiah utama. Tapi Syu suka. Sekurang-kurangnya content blog Syu terisi dengan aktiviti. Selain dari giveaway, Syu suka perkongsian masak-memasak dari kak Shida. Kalau tengok menu-menu yang kak Shida post dekat blog memang boleh mengundang lapar sungguh 😂. Especially, post pasal resepi mi MAGGIE tumis hari tu. Dah lah Syu blogwalking pukul dua tiga pagi. Elok-elok tak lapar terus jadi lapar 😂. Padahal, mi MAGGIE je pun 😁. Pada yang berminat nak join giveaway by Shida Radzuan ni korang boleh klik banner untuk terus ke link penyertaan. Berikut antara syarat-syarat penyertaan yang korang kena follow.
 


SYARAT-SYARAT PENYERTAAN

1) Buat satu entri bertajuk Giveaway by Shida Radzuan
2) Follow Sosmed kak Shida : Blog + Facebook + Instagram + Twitter
3) Letak banner giveaway berserta backlink
4) Cerita sikit dalam entri : Apa yang korang suka tentang blog kak Shida
5) Submit link penyertaan diruangan komen di blog Shida Radzuan


Untuk makluman korang, giveaway ni akan berlangsung selama 15 hari sahaja. Mulai 18hb September 2021 sehingga 2hb Oktober 2021. Pemenang yang bertuah akan memenangi hadiah misteri dari kak Shida kita & keputusannya akan diumumkan melalui cabutan nama. Lagi satu, dengar cerita kak Shida akan tambah hadiah lagi kalau penyertaan peserta melebihi 50. So, apa tunggu lagi. Jom kita sama-sama meriahkan giveaway ni. Lagi ramai join, lagi meriah😊💕. 



Comments

  1. Balasan
    1. Mekasih. Jemput join sekali bagi meriah 😊💕.

      Padam
  2. Balasan
    1. Alright. Mekaseh. Jemput join sekali tau 😊💕.

      Padam
  3. Terima kasih syu sudi join GA xde angin tak ada ribut ni hehehee
    Good Luck okay, tgu keputusannya nanti..

    btw sebut pasal tgk entri makan tgh2 mlm kak shida pn selalu terkono hahaa ^_^

    BalasPadam
  4. Jalan-jalan dari giveaway yang sama. semoga berjaya :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Fariha pun sama. Semoga berjaya tau 😊💕.

      Padam
  5. Salam singgah dari giveaway yang sama, best of luck to you.. Semoga ada rezeki untuk semua peserta...

    https://www.shikinrazali.com/2021/09/giveaway-by-shida-radzuan.html

    BalasPadam
  6. goodluck dan semoga dimurahkan rezeki (",)

    BalasPadam
  7. Goodluck. Ika datang dari giveaway yang sama :)

    https://ikashoid.blogspot.com/2021/09/giveaway-by-shida-radzuan.html

    BalasPadam
  8. jalan-jalan dari giveaway yang sama

    https://www.mialiana.com/2021/09/giveaway-by-shida-radzuan.html

    BalasPadam

💕 Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita 😂. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!