Goodbye!! Hello!!

September 02, 2021

Goodbye & hello

Goodbye hello


Sekian lama menyepi. Hari ni Syu muncul balik. Lama jugak yer Syu tak bersiaran di blog ni. Ada dekat seminggu jugaklah πŸ˜‚. Untuk pengetahuan korang. Lepas jer kena vaksin hari tu, Masuk jer hari kedua, Syu tak berapa nak sihat. Kira kuat jugak penangan dos kedua yer. Hari pertama okay. Elok jer gembira-gembira siap boleh pergi bercari tong mo & nasi kukus dekat Seri Iskandar. Bila masuk jer hari kedua, nah...terus auto mengigil, sakit kepala & demam (Dalam hati : ingatkan kebal sangat sebab hari pertama tak rasa apa. Rasakan πŸ˜†).  Esoknya baru Syu rasa okey sikit. Itupun, lepas telan beberapa biji Paracetamol. 

Sejak beberapa hari ni pun Syu masih sibuk dengan urusan kerja, movie marathon & projek menjahit Syu. Syu sempat jengah blog pun sebab nak blogwalking & balas komen rakan-rakan blogger. Saja buat ubat rindu. Itupun just go through roughly guna phone jer. Tapi tak best!! Sebab feel dia tak sama macam kita tengok through screen laptop. Isunya, nak bukak laptop pulak malas sebab meja kerja Syu bersepah dengan barang menjahit πŸ˜‚. 

Dengar khabar, tak lama lagi barangkali, no more work from home (WFH) untuk Syu πŸ˜…. Semalam, kawan sekerja Syu roger Syu. Dia bagitahu yang permohan untuk mula beroperasi dah pun disahkan oleh MITI. Jadi nak tak nak, Syu dah kena buat persiapan sikit untuk lapor diri ke office. Mana-mana dokumen kerja nak kena di-compile bagi elok & tertib. At least bila masuk kerja, bos tahu apa kita buat kat rumah selain makan, tido & menggemokkan diri πŸ˜†. Tak salah kan kalau propa sikit dengan bos. Hi3.

By the way, pejam celik dah masuk bulan September yer kengkawan. Bulan kegemaran Syu  ni 😁. Harap bulan September ni Syu boleh kekalkan momentum Syu berblog. Bukan mudah yer sebenarnya πŸ˜‚.  Kadang mood tu macam ke laut jer. Tambah pulak lepas ni dah nak kena start kerja semua bagai. Kalau boleh Syu nak duduk rumah jer tau. Tapi apa kan daya. Kat belakang rumah Syu tak ada tanam pokok duit untuk dipetik hari-hari. So, nak tak nak kena lah usaha jugak pergi keluar bekerja πŸ˜‚. Apa-apa pun , hello September!! Be nice with me okay!! Tak nak noti-noti. Harap bulan ni & bulan-bulan seterusnya jugak, segalanya berjalan dengan smooth like smoothies!! Manis, sejuk & menyegarkan gitu!!

What My Bawagian Says

  1. Alhamdulillah . Semoga kak syu sentiasa sihat selalu

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah.. Semoga dipermudahkan segala urusan Syu.
    Projek jahit apa tu??

    BalasPadam
  3. Amin3. Mekaseh Naniey. Syu buat jewellery pouchπŸ˜πŸ’•.

    BalasPadam
  4. Betul. sekejap je masa berlalu. Coming back here is like looking at my old blog. Suke suke suke.

    BalasPadam
  5. betul tu skejap je dh bulan 9.. smoga lepas ni akan lebih baik dari sbelumnya.. amin

    BalasPadam
  6. Dah nak masuk akhir tahun. Cepat je rasanya.

    BalasPadam
  7. Semoga hari-hari mendatang baik-baik sahaja untuk kita umat bumi ini..

    BalasPadam
  8. Samalah dengan saya kak syu, penangan vaksin haritu, mood malas makin menjadi jadi >.< Tapi kita lawan! Hehehe. Dah kena masuk office, memang lagi sibuk la nanti kak syu, tapi takpe, setelkan mana penting dulu, blog ni sekadar sampingan aje.

    BalasPadam
  9. Dah baik ke dari side effect vaksin tu. Boleh tahan kuat juga penangan second dose. Apapun semoga Syu cepat sembuh dan sihat. Aaaaminn..

    Selamat kembali bertugas dan semoga semangat terus berblog.

    BalasPadam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!