Shopee : Akaun Kena Banned (Part 2)

September 07, 2021

Alhamdulillah, malam ni ada sikit kelapangan nak bercerita update terkini Shopee akaun Syu. Kali ni, entri nya mungkin agak panjang sikit yer kawan-kawan. Barangkali akan ada sambungan sampai ke part 3. Harap korang sudi & tabah membaca sampai habis πŸ˜‚. Pada yang tak tahu cerita. Korang boleh baca Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1). As usual, since dari hari Jumaat sampai lah ke hari ni akaun Shopee Syu masih belum boleh dilogin sebab ianya masih lagi dalam proses untuk appeal.



KENAPA AKAUN KENA BANNED?


Untuk pengetahuan korang, semalam (Isnin, 6/9/2021) lepas maghrib macam tu, Syu baru baca maklumbalas dari pihak Shopee. Email tu mentioned yang Syu ada buat payment guna kad  yang endingnya *2750 πŸ˜‚. Transaction-nya masa bulan June. Bapak punya lah lama. Yedak? Dah nak dekat dua bulan, baru hari ni diorang perkesah nak banned akaun Shopee Syu. Apa kejadahnya semua ini? Ha3πŸ˜†. 



Email dari Shopee tu bagitahu Syu ada buat pembelian "cat food (D'Zahara)"? Bila Syu terpandang perkataan "cat food" tu baru Syu teringat kenapa sampai boleh kena banned!! πŸ˜‚ .  Actually, ada cerita disebalik  beli makanan kucing  ni hari tu. Tapi Syu tak cerita. Sebab malas!! πŸ˜‚. Tak sangka pulak boleh sampai kena banned semata-mata nak beli makanan kucing. Ha3. Cerita pasal  cat food D'Zahara tu korang boleh baca dekat SINI. Tapi dalam bahasa Inggeris lah sebab postnya masa hari Sabtu. Hari Sabtu kan hari berbahasa Inggeris 😁.



Kalau korang nak tahu, 2 bulan lepas (16/6/2021) Syu accidentally terguna kad bank husband Syu untuk beli makanan kucing. Kebiasaannya, Syu memang dah link siap-siap dah ShopeePay wallet dengan kad bank Syu. Siapa yang kaki Shopee tu mesti ada yang buat macam ni jugak. Bukan apa, senang. Lagipun, kalau guna ShopeePay wallet boleh dapat free shipping & cashback coins 😁.


Shopee | Akaun kena banned
Gara-gara beli makanan kucing!! RM60 jer pun. Menyampah tau!!  πŸ˜‚.


Nak dijadikan cerita, sebelum ni husband pernah suruh topup ShopeePay wallet Syu untuk beli barang. Syu pun tak ingat beli barang apa.  Kettle rasanya. Sejenis Syu ni kalau nak tahu pelupa jugak sebenarnya  πŸ˜†. Jadi husband pun dengan baik hati suruh add kad bank dia untuk topup Syu punya ShoppePay wallet. Nak belanja katanya. Okay tutup cerita tu kad situ. 


Then, masa hari kejadian tu, husband Syu tak ada dekat rumah sebab pergi kerja. Syu pulak terdesak sangat nak kena beli makanan kucing. Sebabnya makanan kucing Syu just tinggal setong jer lagi. Kalau habis satu tong tu memang berlaparlah anak-anak bulus Syu. Bila nak proceed dengan payment, amount dalam ShopeePay wallet Syu tak cukup. Jadi, terpaksalah topup. Kalau tak guna Shopee Pay nanti tak dapat free shipping. Itu yang gigih sangat nak topup jugak. 



Masa nak topup tu, ada dua kad bank yang dah di link kan. Syu pulak tak ingat nombor hujung kad bank Syu yang mana satu. Syu pun selamba badak jelah submit payment guna kad yang endingnya *2750. Padahal yang tu kad bank husband Syu. Yang husband pulak tak tahu. So, bila dia nampak ada duit lesap dalam akaun, terus dia buat report dekat Maybank. Masa dia buat report tu, dia ada kat tempat kerja. Husband pun tak tanya Syu. Syu pun tak bagitahu sebab Syu sendiri pun tak tahu ter-topup ShopeePay guna kad bank dia.  Salah sendiri jugak sebenarnya sebab terlebih yakin!! Rasakan. Ha3 πŸ˜†. 



Tadi, ada jugak terbaca post BOLA KATOK pasal pengalaman dia pernah kena banned dengan Shopee jugak sebab buka aplikasi Shopee guna Blustacks. Pada Syu, step untuk appeal tu macam lebih kurang sama, cuma part submit dokumen tu ada sedikit berbeza. Barangkali, isu akaun Shopee Syu ni ada melibatkan kad bank orang lain. That's why, dokumen tu kena bagi lebih sikit. Kat bawah ni list WAJIB yang Shopee suruh Syu submit untuk di review :


  • Gambar IC / passport 
  • Penyata akaun bank : Akaun yang dah di link untuk topup Shopee Pay
  • "Dispute explanation" - Kena bagi penjelasaan sikit pasal apa yang dah jadi.
  • "Purchase confirmation" - Nyatakan YA/TIDAK untuk pembelian yang dah dibuat dengan duit yang dah ditopup ke akaun Shopee Pay. 


Actually, dokumen yang Shopee mintak tu Syu dah prepare dah. Cuma nak mengarang ayat tu yang kena berfikir panjang sikit. Sebab dah melibatkan hal laki bini πŸ˜‚. Jadi, nampak tak kat sini? Even korang husband & wife sekalipun, kalau salah guna akaun Shopee tetap kira as a fraud & tak terkecuali dari kena banned. 



Harap-harap dapatlah balik akaun Shopee Syu tu. Nak signup akaun baru pun tetap tak boleh, sebab nombor handphone dah linked dengan semua 3rd party account (Gmail & FB). Tak tahulah berapa lama akan ambil masa untuk dapatkan semula akaun Shopee Syu tu. Dah lah balance ShopeePay ada lagi dalam RM40. Coins pun banyak. Sayangnya kalau akaun tak boleh dapat balik. Apa-apa pun yang pasti, 9.9 ni tak boleh shopping!! (Nanges tepi bucu katil 😒)




Pengajaran : Lain kali kena ingat nombor belakang kad bank bila nak top up ShopeePay. Jangan selamba sembrono pergi topup guna kad bank orang lain πŸ˜†. Tambah-tambah kalau dah link dengan kad bank husband. Para suami pulak, sebelum buat report, make sure tanya orang rumah dulu πŸ˜‚. Jangan asyik nak ingat scammer jer memanjang. Tak memasal Shopee akaun bini kena banned. Dah tak boleh nak shopping!! Ha3.





BACA JUGA


 πŸ‘‰ Shopee : Akaun Kena Banned (Part 1)

πŸ‘‰ Shopee Akaun Kena Banned : Cara Kemukakan Rayuan

What My Bawagian Says

  1. Aiseyman.. Macam tu pulak ceritanya.. Harap-harap awak dah terlepas dari kena banned..

    BalasPadam
  2. Dahsyat ni. Tapi pelik jugak baru sekarang nak kena banned. Kalau lah ada orang jahat yang memang salah guna beriban riban duit, tak ke naya.

    Siapa yang bersalah dalam kes ni? Shopee atau kucing? 🀣

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah pasal. Dekat dua bulan baru nak banned. Mungkin baru dapat report dari pihak MAYBANK agaknya. Tu yang lambat sikit ambik action.

      Honestly, salah sendiri sebenarnya sebab tak ingat nombor kad bank sendiriπŸ˜‚. Eh, kucing tak pernah salah. Yang diorang tahu, makanan kena sedia ada depan mata πŸ˜†.Shopee tuan kena banned, diorang peduli apa. Janji perut ada isi. Ha3🀣.

      Padam
  3. ooo gitu al kisahnya... x pernah nak link bank kad, selalu top up buat online banking jer terus

    BalasPadam
  4. Macam tu ceritanya. Nak selamat lagi tak perlu link. Saya tak link dengan bank card. Biasa topup pun kena login bank semua macam bayar online. Harap dapat semula akaun Syu. Banyak tu boleh shopping macam macam.

    BalasPadam
  5. Aduhaii kak syu, maafkan saya sebab gelakkk sekejap hahaha. Gara gara beli makanan kucing ye, sampai kena banned acc shopee. Saya dulu linkk acc bank dengan shopee or lazada. Tapi lepas terbaca yang ada orang suggestkan tak perlu link, saya terus remove. Moga moga dapatlah acc shopee kak syu balik tu ye, takpe kak syu, acc shopee husband kak syu kan ada hahahaha :P

    BalasPadam
  6. Hi kak syu, boleh saya tau..kak syu dh dpt balik ke acc kak syu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi. Dah dapat semula dah. Akak dah boleh log in akaun Shopee macam biasa.

      Padam
  7. Larr, ssbb tu jer, bhya jugk yer..kena hati2..

    BalasPadam
  8. Berapa hari akak dapat login acc semula ? & Shopee ada bagitau tak bila acc dah boleh pakai balik ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kurang dari tempoh 24 jam. Lepas jer akak buat appeal, ShopeePay Team ada hantar satu email bagitahu yang akaun Shopee dah boleh log in & guna macam biasa😁.

      Padam

πŸ’• Sebarang pertanyaan & cadangan, sila tinggalkan diruangan komen yer sayang-sayang sekalian!! Fikir yang baik-baik.Tulis yang baik-baik.Insyallah, semuanyer akan baik-baik belaka. Lagi satu, tolonglah jangan klik & sabotaj iklan kita sesedap rasa. Nanti tak pasal-pasal GA suspend akaun kita πŸ˜‚. Tolong yer sayang-sayang sekalian!!